Prolog

9 1 0
                                    

Suasana di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pagi Hari Jumaat ini sangat mengheningkan . Kedengaran esak tangis daripada setiap ahli keluarga Allahyarham Aiden . Atau nama lengkapnya Syaifuddin Bin Dato' Solahuddin .

Anak kecil ini baru sahaja menginjak angka lima tahun beberapa hari yang lalu . Tapi sayangnya Allah lebih menyayanginya . Anak kecil ini juga merupakan seorang penghidap kanser hati tahap empat .

Segala macam cara sudah dilakukan oleh ahli keluarganya bagi menyembuhkannya namun tetap gagal . Sudah beratus-ratus ribu dihabiskan oleh Dato' Solahuddin dan Datin Salshabilla bagi merawat anak bongsunya namun hampa kerana tiada perkembangan positif sama sekali .

Dengan menjalani rawatan moden yang sedia ada seperti kemoterapi dan pembedahan hati malah membuatkan keadaan Aiden semakin memburuk daripada hari ke hari . Iya memang benar beberapa bulan yang lalu Aiden pernah dinyatakan bebas daripada kanser . Namun siapa sangka kalau Allah berkehendak lain . Sakit kanser hatinya datang kembali di saat dia sedang bermain bersama kawan-kawannya di tadika pada waktu rehat .

Dan pada saat penyakit kansernya kembali malah membuatkan keadaannya semakin memburuk . Aiden malah harus terus menginap di hospital bagi memudahkan doktor pakar untuk merawat dan melihat perkembangannya lebih lanjut .

Namun malang sekali baru sahaja beberapa hari Aiden dirawat di hospital tersebut . Aiden dinyatakan kritikal dan harus dipindahkan daripada wad biasa ke wad ICU . Dan pada malamnya keadaan Aiden bertambah kritikal dan akhirnya Aiden langsung tidak sedarkan diri . Setelah diperiksa oleh doktor pakar yang merawatnya . Aiden dinyatakan sudah tidak bernyawa lagi .

....................

"Mummy... Semua perkara tentang pengebumian Aiden dah siap ke...??" Tanya Huda dengan esak tangisnya . "Semua dah siap sayang... Tinggal urusan pengebumian Aiden sahaja... Jujur mummy sebenarnya tak sanggup nak hadapi semua benda ni sorang-sorang... Jadi mummy mohon sangat-sangat dekat Huda... Tolong jangan tinggalkan mummy sendirian... Okay..." Datin Salshabilla menjawab soalan anak perempuannya itu sambil menangis teresak-esak .

"Mummy please... Jangan menangis lagi... Okay... Huda janji dengan mummy... Huda tak kan pernah tinggalkan mummy sorang-sorang untuk hadapi semua benda ni... You not be alone... Mummy..." Ujar Huda lalu memeluk erat mummynya sambil juga menangis teresak-esak .

..........................

"Dato'... Segalanya sudah tersedia ke...?? Saudara-mara Dato' semuanya dah sampai...?? Bukan apa... Tak elok kalau lambatkan proses pengebumian Arwah Aiden ni... Arwah Aiden ni dah tenang pun di sisinya... Kita yang hidup ni kenalah menguruskan segala-galanya dan meneruskan kehidupan kita seperti biasa kembali..." Tanya Imam Syamim menginginkan kepastian daripada keluarga Aiden .

"Alhamdulillah... Saudara-mara saya semuanya dah sampai ustaz... Kalau tak ada apa-apa lagi... Boleh lah kita mulakan urusan pengebumian Aiden ni ustaz..." Pinta Dato' Solahuddin sambil bergelinangan air mata .

"Okay baiklah... Kalau Dato' dah kata macam tu... Marilah kita laksanakan urusan pengebumian jenazah Arwah Aiden..." Ujar Imam Syamim dengan nada sedih .

"Baiklah... Kita boleh mulakan sekarang urusan pengebumian jenazah... Memandangkan kesemua saudara-mara Arwah sudah ada..." Ujar Imam Syamim pula kepada kesemua ahli kariah masjid dan beberapa orang penggali kubur yang menguruskan urusan pengebumian tersebut .

Setengah jam sudah pun berlalu . Urusan pengebumian Arwah Aiden sudah lama selesai . Bacaan talkin juga baru sahaja selesai . Akan tetapi esak tangis ahli keluarganya yang hadir menjadi semakin kuat . Lebih kuat daripada tadi .

"Mohon bersabarlah... Dato'... Datin... Ada hikmah disebalik sesuatu perkara yang terjadi di dalam hidup kita... Cuba ingat balik macam mana keadaan keluarga Dato' dan Datin sebelum Arwah Aiden sakit dan selepas Arwah Aiden sakit... Dulu sebelum Arwah Aiden sakit... Ada Dato' dan Datin solat...?? Sebelum Arwah Aiden sakit... Ada Dato' dan Datin mengaji...?? Sebelum Arwah Aiden sakit... Ada Dato' dan Datin membayar zakat... Baik fitrah mahupun harta...?? Sebelum Arwah Aiden sakit... Ada Dato' dan Datin meluangkan waktu walau sedetik pun untuk anak-anak Dato' dan Datin...?? Cuba Dato' dan Datin renung-renung balik... Kesemua silap dan salah Dato' dan Datin sebelum Aiden sakit... Dan Alhamdulillah... Look now... Dato' dan Datin sudah pun berubah bukan 100%... Bukan juga 200%... Tapi malahan Dato' dan Datin sudah pun berubah 1000%... Dan tentunya selepas Aiden sakit... Now you can see right... Betapa hebatnya aura seorang Aiden yang terlantar sakit sehingga mampu menyedarkan kembali Daddy dan Mummynya yang sudah pun alpa dengan keindahan dunia yang fana ini... Jadi saya mohon dekat Dato' dan Datin janganlah bersedih di atas kematian Arwah Aiden... Bukan tak boleh nak bersedih... Tapi jangan terlalu larut dengan kesedihan yang berpanjangan... Dato' dengan Datin harus tahu... Apabila meninggalnya seseorang anak adam itu maka terputuslah semua perkara... Kecuali tiga benda ni... Yang pertama Ilmu yang bermanfaat... Yang kedua amal jariah yang berpanjangan... Dan yang ketiga ialah doa daripada anak yang soleh... Jadi doalah banyak-banyak untuk Arwah Aiden... Sedekahkan Al-fatihah banyak-banyak untuk Arwah Aiden... In Shaa Allah syurga untuknya..." Nasihat Imam Syamim sambil tersenyum .

SKRIP KEHIDUPAN (Sudah Di Update...☺)Where stories live. Discover now