jihye's.
Aku rasa macam nak hempuk saja kepala bila teringatkan semula perkara gatal yang aku buat beberapa hari yang lalu. Sebab sesungguhnya itu bukan aku. Tapi aku tak tahulah kenapa diri aku jadi memberontak, melawan sifat innocent aku dan malukan diri sendiri depan Baekhyun.
Aku nampak macam terdesak mahukan dia bila aku buat macam itu. Aku cuma mahu buat dia sedar yang aku tak boleh berdingin dengan dia dalam waktu yang lama. Tak boleh. Dan aku buat begitu supaya dia sedar yang aku terima dia, dan aku tak perlukan orang lain selain dia.
Tapi dia, tetap dia. Dia tetap dengan kehendak dia.
Walaupun perjanjian masih berlanjut, aku dan dia tak macam dulu. Aku sudah mula berbaik dengan dia. Dan dia pun, selalu juga bercakap dengan aku. Kakak banyak nasihatkan aku, minta aku jalinkan hubungan yang aman dengan Baekhyun. Aku pun tak tahulah macam mana Baekhyun boleh yakinkan kakak dulu bagi aku keizinan untuk berkahwin dengan dia. Dan sekarang, kakak pula yang yakinkan aku bahawa Baekhyun adalah kebahagiaan aku.
Tapi, Baekhyun sendiri yang tukarkan kebahagiaan itu menjadi satu perkara yang sukar untuk dicapai dengan perjanjian tak masuk akal dia ini. Bila aku fikirkan semula, alasan dia berkahwin dengan aku tidak berasas dan bodohnya aku, baru sekarang menyedarinya.
Aku janji pada diri aku.
Aku akan terima dia seadanya, aku tak kisah apa punca dia menjadi begitu tapi aku yakin dengan keputusan aku. Aku suka dia, aku sayang dia sebab dia dapat terima kekurangan aku dan bantu aku, berikan aku semangat untuk hidup. Sebab itu, aku akan buat dia menyesal sebab buat perjanjian ini. Tak, aku tak marahkan dia sebab buat aku jadi alat perjanjian dia, malah aku sayangkan dia. Jadi. .
I'll make him fall for me.
Tak kisahlah dia hendak kata aku apa lagi selepas ini. Dia suami aku, dan aku ada hak.
Just wait and see, Byun Baekhyun.
*****
Aku baru sahaja ingin berbaring bila aku dengar bunyi pintu depan dibuka. Baekhyun sudah balik ke? Awal pula dia balik. Biasanya dalam jam sekarang ini dia belum balik lagi. Ish aku, macamlah tahu sekarang jam berapa. Bersyukur lah kalau dia balik awal.
Aku baru bangun dan ingin berura-ura keluar dari bilik untuk pergi sapa Baekhyun tapi terbatal bila dia dulu masuk dan baring atas katil. Aku terkejut. Sebab selalunya dia tak macam ini. Selalu dia elak dari berada dekat dengan aku, macam semalam. Dia sanggup tidur di bilik sebelah dari tidur di sini. Aku tahu dia cuma elak dari berbuat benda yang tak patut berlaku antara aku dan dia.
Baekhyun takut kalau dia akan menyentuh aku. Aku tahu.
Aku duduk bersimpuh jepun atas katil. Aku dapat tangkap suara dia mengeluh halus. Bunyi macam dia kepenatan. Aku menggigit bibir bawah. Tangan aku menggenggam cadar katil.
“Awak?”
“Hm?”
“Awal awak balik hari ini?”
“Hm. .”
Sah dia kepenatan.
Aku dekati dia dengan teragak-agak sebab risau kalau dia akan terus melenting. Aku sentuh lengan dia perlahan dan tepuk-tepuk tanda minta dia pandang aku.
“Kenapa?” Soalnya tiba-tiba, aku geleng laju. Hish, kenapa pula aku menggelabah ini?
“Err. . .awak penat ke?”
YOU ARE READING
[EDIT] CAFFEINE
FanfictionCAFFEINE \ B.BAEKHYUN ❝cinta dia seumpama kafein, dan aku ketagih akan dia my sweet latte husband ❞ ON-GOING ☑️ WOLY STORYLINE ROMANTIC/SAD/COMEDY