"Reen standby" ujar jurugambarnya.
Gadis yang digelar Reen itu berjalan ke arah tempat yang latar belakangnya putih. Di hadapannya terdapat kamera yang bila-bila sahaja bersedia mengambil gambarnya.
Klik
2 years later
Dalam dua tahun ini banyak yang telah berubah. Berubah dengan apa yang dia ada sekarang. Dua tahun itu juga merupakan permulaan hidupnya sebagai seorang anak yang dibuang oleh keluarga kandungnya sendiri. Dihina,didera oleh ibu yang melahirkannya sendiri. Dipukul oleh ayahnya sendiri. Dicaci oleh abangnya sendiri. Bagi mereka aku hanya seorang yang menyusahkan.
Sampai la satu malam, aku diusir dari rumah yang dihuni olehku selama 16 tahun. Ya aku masih seorang budak ketika itu. Masih naif untuk hidup di luar.
Kemudian,selepas beberapa malam merantau mencari makanan dan tempat tinggal, aku hampir- hampir dilanggar.
Dengan budi pekerti yang dimiliki wanita itu dia mengambilku lalu membawaku dan dijadikan anak angkatnya. Aku diasuh,dididik dan diberikan kasih sayang.
Segalanya cukup sehingga sekarang dan aku nekad membuang orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku selama 16 tahun aku hidup. Dan sekarang permulaan bagi aku,Nureen Qairina.
Tiada lagi Nureen yang naif dan dengar kata. Semuanya telah mati. Mati suatu ketika dahulu.
"Reen, Aunty panggil" panggilan Mya menyentakkan lamunan Nurin di bilik pakaian.
"Hah mama panggil. Ok. Kau nak balik dah ke?" Soal Nureen kepada rakannya. Mya Adeliya. Kawan pertamanya semasa dia sama-sama belajar dan kini nama kedua-duanya makin meningkat naik dalam industri peragaan.
"Haah la"
"Ok then bye" ucap Nureen lalu bergegas mencari mamanya.
"Ma kenapa?" Soal Nureen.
"Oh yea— Reen malam ni ikut mama ok. Dinner dengan kawan mama sekali. Bolehkan sayang?" Soal Puan Sri Wardah.
Puan Sri Wardah adalah seorang janda. Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan tidak mempunyai anak. Beliau juga seorang pemilik butik yang sangat terkenal dan pereka fesyen.
"Then Reen balik dulu la. Mama lama lagi ke?" Soalnya.
Puan Sri Wardah mengangguk.
Nureen terus mencapai beg Gucci miliknya dan kunci Audi kesayanganya iaitu kereta pertama yang dihadiahkan oleh Puan Sri Wardah semasa dia berjaya mendapat lesen.
Enjin kereta mula dihidupkan dan mula membelah jalan raya yang agak sibuk ketika itu.
DCT Holdings
Kelam-kabut semua pekerja syarikat itu kerana mereka dimaklumkan bahawa pada harini CEO baru mereka akan masuk menggantikan Presiden mereka.
"Cepat-cepat" arah General Manager.
Semua pekerja mengemas tempat mereka dan satu pejabat.
Melalui khabar angin yang diterima oleh mereka CEO barunya ini sedikit cerewet dan seorang yang perfectionist.
Mikael POV
"Morning Bonda" tegurku lalu bersalaman dengan bonda yang tercinta.
"Ala ni tali leher senget" tegur Bonda.
"Kelam kabut la"jawabku dan membiarkan Bonda membetulkan tali leherku.
"Tu la cuba carikan Bonda menantu. Nak juga merasa timang cucu"sindir Bonda.
"Awak ni. Dia baru nak masuk kerja harini, dah minta yang bukan-bukan" celah Ayahanda.
'Yes Ayahanda backup'
Bonda sudah mencebik.
"Mika pergi dulu la"pamitku.
"Ouh ya Mika jangan lupa malam ni temankan bonda ya" jerit Bonda.
Aku hanya membuat simbol ok dari belakang lalu masuk ke dalam Ferrari milikku.
Nureen POV
Sedang aku memandu, iPhone 7+ milikku berbunyi.
Aku cuba mengambil handsfree tetapi malangnya benda itu jatuh ke bawah seat.
"Haish benda ni. Masa-masa ni la dia nak jatuh. Eiii" rungutku.
Tanpa disedari aku tidak memberikan perhatian kepada pemanduanku.
BAM
'Omg damn it. Aku langgar kereta orang ke. Omg'
Aku menggigit bibir.
Mikael POV
'Haish pagi-pagi dah naikkan setan aku. Kereta mana pula ni. Mabuk ke. Ke tak reti bawak kereta. Habis kereta kesayangan aku ni. Eiiii'
Aku cepat-cepat menanggalkan seatbelt dan keluar dari kereta.
Aku melihat kereta yang melanggar keretaku.
'Uish latest Audi'
Aku terus mengetuk cermin kereta yang ditinted hitam itu.
Nureen gelabah saat lelaki yang memakai rayban itu mengetuk cermin tingkap keretanya.
'Ah lantak la'
"Miss, awak sedar tak apa yang awak buat ni?" Soal lelaki itu dengan budi bahasanya.
"Kenapa? You nak cakap I cuai la" balas Nureen.
Lelaki tadi berdecit lalu menanggalkan raybannya.
"Aku nak ganti rugi. Tengok apa kau dah buat dekat kereta kesayangan aku" marahnya.
Terus hilang budi bahasanya.
"How much? I can pay for it" soal Nureen.
"Before that kau kena minta maaf dulu" arah lelaki itu.
"What? No wayy. You pun salah juga siapa suruh berhenti masa green light" kata Nureen.
"Eh minah ni. Nasib kau perempuan kalau tak ei kau— eiii"
"Apa-apa. Ish dah la tepi. Buang masa je"kata Nureen lalu menolak lelaki itu ke tepi.
'What? Dia tolak aku? Then blah. Hey tak guna punya perempuan. Sebelum ni tak ada perempuan yang pernah buat macam tu dekat aku tahu tak. Eiii tunggu la kau. Bondaaa my car'
TBC
YOU ARE READING
CHANGED✔
RandomChanged Everything can be changed. Heart? Feeling? Fate? Past life? For 'this person' all that can be changed even if all it was a bit painful. Start:12th June 2017 End:31st July 2018 ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30...