Spirit Of The Coin

134 24 6
                                    

Malam itu kami berkumpul di surau sementara menunggu waktu solat Maghrib dan Isyak serentak.

"Weh Ain." Jari telunjuknya di satukan.

"Aku, Madu dengan Kin ada kerja nak kena buat dekat pss. Tak dapat join." Beritahu Hani dengan nada bersalah.

"Oh kerja apa?" Soal aku semula.

"Kami kena buat paper cutting, al maklumla tahun ni cikgu nak pss kita penuh dengan maklumat. Lepastu, kami kena bertugas sama, semua tidur dekat pss."

Oh diaorang ni pengawas pusat sumber sekolah. So, memang jadi pekerjaan diaorang untuk buat pss lawa.

"Aku pun." Hawa mengangkat tangan.

"Awat?"

"Aku ada kem pengawas sekolah. Dekat, sekolah la. Aku lupa nak habaq haqitu."

"Ok.. hang Arin? Tak boleh jugak?"

Perlahan-lahan Arin mengangguk. Dia ni pun pengawas sekolah.

"Next time la." Cadang Arin.

"Kami sokong. Next time."

"Ok tak apa." Jawab aku.

Aku boleh main seorang.

Pukul 12 malam.

Masa aku tengah prepare barang untuk main. Aku nampak macam kelibat orang lalu lalang dekat depan pintu bilik aku. Tingkap tak ada langsir.

Perlahan-lahan aku jenguk ke luar tingkap. Siapa? Memandangkan aku pengecut. Aku buat bodoh saja dekat benda tu.

Aku bawak keluar kertas kad manila. Lalu aku tulis nombor 0-9, huruf A-Z, Yes No, Home, Goodbye.

Aku sediakan satu duit syiling yang paling lama. Oh ya, duit syiling ni aku jumpa dekat bawah katil aku. Aku melihat nota yang aku salin.

Kaedah ini untuk :

- Tanya khabar orang yang meninggal dunia.

- Mengetahui kedudukan roh.

- Berkomunikasi dengan roh.

- Minta bantuan secara ghaib

- Mencari barang / orang yang hilang.

- Untuk mengetahui cara matinya :

kemalangan atau dibunuh dan sebagainya

- Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.

"Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani , panduan dan pertahanan yang lengkap."

Ok.

Aku hiriskan jari aku dan titiskan di atas duit syiling.

"Spirit spirit spirit of the coin, datanglah kepadaku. Sertailah permainan ini."

Syiling bergerak.

"Kau dekat sini ke?"

Syiling mula bergerak ke huruf yes.

PERJANJIAN (HIATUS HAHAHA)Where stories live. Discover now