Ten berjalan keluar dari hotel. Matanya memandang sekeliling. Ya, dia mencari si tak guna Jaehyun. Lelaki itu patut diajarnya. Tiba-tiba sekumpulan jejaka yang sedang bergelak ketawa mencuri perhatiannya. Dia mengecilkan matanya. Jaehyun!
Tanpa menunggu lama, pantas Ten mengorak langkah ke arah lelaki itu. Tidak sangka lelaki itu boleh bergelak ketawa selepas mengabaikan Yeseul seorang diri. Buk! Satu penumbuk dihadiahkan Ten kepada lelaki itu.
" Kau dah kenapa?!" Tengking Jaehyun. Dia memandang Ten dengan renungan tajam. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja lelaki itu menyerang dirinya.
" Kau tanya aku kenapa? Eh jantan jenis apa kau ni yang sanggup biarkan perempuan tunggu kau sampai berjam-jam?!"
" Ada aku suruh dia tunggu aku ke?!" Bidas Jaehyun.
" Then why you don't text her and tell her yang kau takkan datang?!"
Jaehyun kehilangan kata-kata. Dia tidak membalas kata-kata Ten itu. Entah kenapa dia jadi begitu kejam dengan Yeseul. Dia cuma risau yang Yeseul akan cuba menganggu hubungannya dan Hyena.
" Kalau kau terus sakitkan hati dia, aku akan pastikan kau terima balasan yang setimpal." Sebaik ayat itu keluar dari mulut Ten, dia terus mengorak langkah pergi dari situ.
" Apa yang kau buat ni Jaehyun?" Taeyong yang dari tadi memerhati membuka mulutnya. Dia kecewa dengan sikap teman baiknya itu.
" Hyung.. Aku.."
" Dah aku tak nak dengar. Jaehyun yang aku kenal bukan macam ni!" Taeyong pantas melangkah pergi dari situ.
" Aku tak sangka hyung sanggup buat Yeseul noona macam ni." Nada suara Mark juga kedengaran kecewa. Dia pantas mengikuti langkah Taeyong. Dokyeom dan Mingyu pula hanya mampu menggeleng kepala.
" Pergi la dekat Yeseul." Mingyu menepuk bahu Jaehyun sebelum mereka berdua turut melangkah meninggalkan Jaehyun.
" Damn! Aku memang tak guna!" Jaehyun pantas berlari ke kolam renang yang terdapat di hotel tempat mereka menginap.
Sebaik sahaja sampai di sana. Dia memerhati sekeliling. Tiada kelibat Yeseul. Tiba-tiba matanya tertumpu ke arah kolam air yang sedang berkocak. Dia mengecilkan matanya.
" HAN YESEUL!" Sungguh lelaki itu terkejut, melihat Yeseul terkapai-kapai di dalam kolam renang itu. Tanpa menunggu lama, Jaehyun pantas terjun ke dalam kolam lantas menarik Yeseul ke atas darat.
" Yeseul!!" Ten dan kawan-kawan Jaehyun yang membuat keputusan untuk memujuk Yeseul pulang ke biliknya terkejut dengan adegan yang disaksikan mereka. Mereka semua pantas mendapatkan Yeseul yang telah tidak sedarkan diri itu.
" Han Yeseul, please!" Jaehyun cuba memberi bantuan CPR sambil hatinya berdoa agar Yeseul selamat. Dia tak akan maafkan dirinya jika apa-apa terjadi kepada Han Yeseul. Kau memang tak guna, Jaehyun! Kau memang tak guna!
" Yeseul Eonnie!" Setelah menerima panggilan dari Taeyong, Hyena pantas bergegas ke situ bersama-sama kawan-kawannya. Dia melihat Jaehyun yang basah. Mungkin tunangnya itu yang menyelamatkan Yeseul. Hyena sedikit hairan melihat Jaehyun yang bersungguh-sungguh melakukan bantuan CPR dan kenapa bukan Ten yang melakukan semua itu sedangkan lelaki itu merupakan teman lelaki kepada Yeseul? Ahh! Aku tak sepatutnya fikir macam ni. Hyena pantas menggelengkan kepalanya dan cuba membuang jauh-jauh fikiran jahatnya itu.
" Uhuk! Uhuk!" Akhirnya Yeseul membuka matanya. Dia kelihatan lemah.
" Ten, aku takut.." Tubuh Ten di sebelahnya dipeluk kemas. Air mata Yeseul mengalir laju. Dia betul-betul takut.
YOU ARE READING
Mistress (NCT's Jaehyun)
Fanfiction1. Goda Jung Jaehyun. 2. Jadi perempuan simpanan Jung Jaehyun. 3. Putuskan pertunangan Jung Jaehyun. Misi untuk memikat jejaka kesayangannya. Walaupun kedengaran kejam namun ini sahaja satu-satunya cara untuk Han Yeseul bersama dengan Jung Jaehyun.