Part title

56.4K 119 0
                                    

"Arghh..." Fauzi mengetuk mesin kuda itu dengan kasar. Satu keluhan berat dihempasnya. Hatinya benar benar sakit. Sudah tujuh kali dia kalah dalam permainan judi itu. Sudah RM1200 duit gaji yang dia terima pada hari ini 'melayang' begitu sahaja. Ini semua kerana ketagihannya pada mesin judi itu.
"Haiyaa... jangan ketuk ketuk itu mesin la Pauji. Nanti rosak maa... sapa mahu ganti maa.." Tegur Tauke Wong yang duduk di kaunter sambil memerhatikan pelanggannya yang sedang ghairah bertaruh nasib di premis miliknya.
"Apa ni tauke? Saya asyik kalah saja. Mesin ni banyak tipu laa.." Bentak Fauzi. Dia benar benar tidak berpuas hati. Sudah tujuh kali dia cuba dan tujuh kali juga dia kalah. Sudahlah dia tewas, duit gajinya juga sudah habis. Dia mula memikirkan tentang anak dan isterinya yang berada di rumah.
"Itu la saya sudah cakiap. Lu tarak tau main sebab itu lu kalah maa. Takpalah.. lain kali lu mali pastu lu boleh cuba lagi maa. Haiyaa..." Ujar Tauke Wong.
"Sudahlah tauke. Saya mahu balik la. Banyak tipu punya Cina." Kata Fauzi sambil beredar dari premis itu dengan wajah yang agak masam. Dia sedang mencari idea apakah yang akan diberitahu kepada Amira jika isterinya itu bertanya tentang duit gajinya yang baru diterima pada hari ini. Dia terus turun dari premis di kawasan rumah kedai itu dan bergerak ke motosikal miliknya yang dipakir di tepi jalan, kemudia dia menghidupkan enjin dan terus memecut laju untuk pulang ke rumah. Untung sahaja wangnya sudah habis, jika tidak, sudah pasti dia masih lagi berteleku di pusat judi itu.
"Modoh punya Melayu. Lu tarak tau main lepas tu lu kata saya manyak tipu. Haiyaa.." Tauke Wong seakan akan mengeluh dengan sikap Fauzi namun di sudut hatinya dia gembira kerana sudah banyak keuntungan yang boleh dia dapat dari Fauzi apabila posmen itu bermain judi di premisnya.
"Assalamualaikum..." Fauzi memberi salam dengan kuat apabila dia sampai di rumah pangsa miliknya. Dia mengetuk pintu rumah itu dua tiga kali.
"Waalaikumussalam. Kejap... kejap..." Kata Amira. Tidak lama kemudian pintu rumah itu dibuka oleh Amira dan Fauzi lantas masuk ke dalam rumah itu. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumah itu. Satu keluhan dilepaskan.
"Lambat abang balik hari ni?" Soal Amira sambil menghulurkan segelas air sejuk kepada Fauzi. Fauzi menyambut air sejuk itu dan meneguknya rakus. Baru hilang rasa dahaga yang melekat di tekaknya.
"Tadi abang buat kerja lebih masa. Sebab tu balik lambat." Kata Fauzi berbohong.
"Oh... patutlah abang balik lambat. Penat saya tunggu abang. Biasa pukul enam abang dah sampai rumah lepas tu pukul lapan abang siap siap nak pergi gimnasium." Ujar Amira.
"Mana Liana?" Soal Fauzi apabila menyedari anak perempuan sulungnya tidak ada di situ.
"Liana dah tidur. Kan dah pukul sepuluh. Esok dia sekolah." Jawab Amira. Fauzi hanya mengangguk tanda faham.
"Abang... abang dah dapat gaji kan? Boleh tak saya nak minta sikit sebab saya nak bayar hutang Kak Pah. Saya malulah hutang dia lama lama." Pinta Amira dengan lembut. Soalan itulah yang paling ditakuti oleh Fauzi. Soalan tentang gajinya dan ternyata Amira telah pun melontarkan soalan itu.
"Allah! Abang lupa nak baritahu Mira. Dompet abang tadi tertinggal kat surau masa abang nak pergi sembahyang Zohor. Bila abang pergi ambil balik, semua duit abang dah hilang. Abang minta maaf sayang. Abang betul betul tak ada duit sekarang ni."
"Apa? Semua duit abang hilang?" Fauzi mengangguk laju. Amira sudah mula kecewa. Hampir gugur air matanya namun disekanya secepat mungkin. Sejak dia mengandung ini, emosinya sering tidak menentu dan kerap berubah.
"Janganlah nangis sayang. Abang janji esok abang akan pinjam duit kat kawan kawan dan abang akan bagi kat Mira untuk Mira bayar hutang Kak Pah tu." Fauzi cuba memujuk namun tiada sebarang tindak balas dari pihak Amira.
"Amira... Amira janganlah merajuk. Abang bukan sengaja nak hilangkan duit tu. Dah nak hilang abang nak buat macam mana. Abang janji, esok abang akan bagi duit tu kat Mira. Abang janji." Fauzi mengangkat tangan kanannya separas bahu dan menegakkan kelima lima jarinya tanda berjanji.
"Duit abang asyik hilang je. Ni dah masuk tiga kali dah hilang ni. Hari tu kata kawan pinjam. Lepas tu dompet abang ke copet dan sekarang orang curi kat surau pula. Lepas ni apa lagi? Duit abang jatuh dalam lubang jamban?" Sindir Amira tajam. Kaget juga Fauzi menghadapi tindak balas Amira yang spontan itu.
"Jangan cakap macam tu. Nanti betul betul jadi baru tahu. Abang bukan main main. Duit abang betul betul hilang. Sumpah Mira." Bersungguh sungguh Fauzi meyakinkan isterinya itu.
"Baiklah. Kali ni Mira percaya. Tapi ingat bang! Jangan sesekali abang tipu Mira. Nanti haru biru satu Kuala Lumpur Mira kerjakan!" Amira memberi amaran keras. Fauzi menelan liurnya. Tergerak gerak halkumnya ketika air liur itu melepasi tekaknya. Terasa pahit sekali air liur itu.
"Betul Mira... abang tak pernah tipu Mira. Berdosa besar tau suami tipu isteri." Ujar Fauzi untuk meyakinkan isterinya lagi. Amira hanya mengangguk. Walaupun terselit keraguan di sisi sanubarinya, namun dia tetap percaya akan suaminya atas dasar cinta dan saying.
"Amira... boleh tak abang pinjam duit sikit?" Lembut campur romantik sekali suara Fauzi pada waktu itu. Dia berharap sangat agar Amira boleh memberikannya duit.
"Duit? Mira pun minta kat abang dan sekarang abang minta kat Mira pula? Ni dah kira terbalik ni." Sergah Amira.
"Abang betul betul kena pakai duit ni. Motor abang rosak. Kalau abang tak betulkan susah la abang nak pergi kerja. Nanti esok abang bayar balik. Abang bagi sekali duit untuk bayar hutang Kak Pah tu." Fauzi memujuk.
"Baiklah. Tapi janji abang mesti bayar esok." Kata Amira.
"Ya... abang janji..." Ujar Fauzi.

Nafsu si penghantar surat 18+Where stories live. Discover now