BAB 7
"YA TINA... ada apa ?"
Naira baru sahaja masuk ke bilik sendiri untuk berehat sekejap. Belum sempat letak punggung , telefon bilik berdering.
"Cik Naira... kami ada masalah ni. Guest semalam tu buat hai pulak dah."
"Hurm... dia nak apa lagi?"
"Dok gaduh pemanaih ayaq di bilik dia rosak. Sejuk gedi nak mandi. Kami panggil la maintenance pi pebaik. Saya pun pi sama ke bilik dia. Dia tak mau ... dia nak Cik Naira yang uruskan ....loghat sungguh la. Dia nak tukaq bilik, tapi mengada-ngada minta Cik Naira yang uruskan... "
Mengeluh Naira dengar. Manusia ni buat hal lagi. Tak sudah-sudah dengan akal jahatnya.
"Kamu buat derk ajelah Tina. Guest yang sorang ni memang pelik sikit... kita bersabar sajalah sampai dia check out."
"Masalahnya Cik Nam... eh... Cik Naira, dia asyik kacau kami. Katanya selagi Cik Naira tak pergi settlekan masalah dia, selagi tu dia akan mengamuk." Adu Si Tina lagi. Penuh emosi mengadu sampai tersasul-sasul nama Cik Nam. Itulah... kat belakang kemain rancak mengutuk bos.
"Mengada sungguh la orang ni...." Rungut Naira.
Naira tak kesah pun dengan kesasulan Cik Nam itu. Memang sudah sedia tahu , itulah gelaran pekerja untuk dia, sinonim dengan sikapnya yang garang dan suka membebel. Dia bukan jenis perempuan yang sikit-sikit mau sentap. Jiwanya kental. Dia telah melalui pelbagai ragam manusia sekeliling. Sikit-sikit punya hal, lebih baik dia tak payah peduli. Let it go , kata orang putih. Masalah lelaki mereng di bilik 308 ni lagi serius untuk diberi perhatian. Yang ini tak boleh dibuat main-main.
"Ha... memang sangat mengada-ngada orang tu Cik Naira... hangat hati betui saya. Boleh dia kutuk saya ni depan-depan , kata saya tak lawa, saya ni gedik , kalau sengih over , macam plastik...sebab tu dia tak nak berurusan dengan saya. Kata orang tak ingat langsung! Kata dia , dia hanya nak deal dengan Cik Naira , sebab Cik Naira cantik, lepas tu muka cembeng, tak hipokrit, tak merimaskan...."
Panjang lebar Si Tina bercerita. Nak tergelak pun ada Naira dengar. Tapi dia sekadar sengih sorag-sorang aje la. Sekali fikir betul juga apa lelaki mereng tu kata ...Si Tina ni memang over sikit. Tengok gaya make up muka pun dah tau, macam rainbow. Meriah warna-warna kat muka dia. Manalah orang yang tengok tak mengutuk. Jumpa dengan mulut yang jujur, terpaksalah dia terima kenyataan.
"Macam mana sekarang Cik Naira? Kami kat bawah ni dah tak larat dengan kerenah dia. Kalau lambat-lambat nanti, takut dia turun bawah pakai spender merah pula. Nampak gaya dia macam berkobar-kobar nak buat tarian harimau kat reception ni. "
"Tak apa Tina...saya akan uruskan dia. Tapi staf-staf semua jangan sekali-kali berkurang ajar dengan dia . Encik Raid tu guest kita. Biar dia perangai bukan-bukan... tapi adab sebagai pekerja kena jaga. Ini berkaitan reputasi resort kita..."
"Okey bos. Biar bos saja yang berkurang ajar ... kami semua tak boleh. Terimaksih Cik Naira sebab perihatin pada masalah kami. Harap-harap Cik Naira dapat selesaikan masalah ini dengan mudah. Lagipun rasanya dia berkenan kat Cik Naira kot... asyik dok sebut nama Cik Naira aje."
Ujar Tina sebelum dia meletakkan gagang telefon. Sempat lagi diselitkan sindiran untuk bos. Tak sengaja tu. Mulut dia laju macam keretapi ETS bila dapat bercakap. Tak kira dah singgung perasaa orang lain atau tak.
YOU ARE READING
LELAKI KIRIMAN TUHAN
RomanceNAIRA gadis yang tak percaya pada kejujuran lelaki. Baginya lelaki selalu mengambil kesempatan , hanya mahu cinta , tetapi tidak mahu bersusah payah bersama. Bila tahu Naira menanggung beban hutang keluarga , semua lelaki menjauhkan diri. Sebab...