"Membelah kayu ditengah hutan,
Kayu diikat bersama tali,
Tiada ribut tiada hujan,
Kisah lama berulang kembali"Hari yang indah. Suhanis memandu kereta Axia merah miliknya menyusur lebuhraya Persekutuan. Sambil melayan lagu yang berkumandang diradio, jari jemarinya mengetuk2 stereng kereta mengikut rentak lagu Mungkin Saja nyanyian Janna Nick.
Harinya bermula seperti biasa. Seawal 7.30am, Suhanis membelah kesibukan kota menuju ketempat kerja. Memandu dari Klang ke Shah Alam memang menjadi rutinya setiap hari untuk ke tempat kerja yang terletak diseksyen 15, Shah Alam. Perjalanan 45minit itu sudah biasa baginya. Malah bila kesesakan lalu lintas menjadi luar biasa, kadang kala sehingga 1jam Suhanis akan tersangkut diatas jalan raya.
Hatinya berbunga pagi ini tanpa sebab. Entah mengapa. Mungkin kerana mimpi indahnya malam tadi terbawa2 ke pagi imi. Hurm, mungkin. Ah, biarkan saja hati ini bergumbira. Untung2 hilang sikit monday blues aku ni, omel hatinya.
Dalam melayan perasaan yang asyik, Suhanis dapat melihat sebuah kereta Proton Saga hitam dipandu laju dari cermin sisinya selepas melepasi tol Sungai Rasau.
Gila apa kereta ni? Bawak kete melulu je. Kang tak memasal terlanggar pulak aku, kata hatinya.
Suhanis menukar laluan. Dari lorong kedua, ke lorang pertama. Proton Saga yang meluncur laju tadi kini betul2 dibelakang keretanya, dilorong pertama sambil mencucuk2 dibelakang keretanya seolah2 mengarahkan Suhanis untuk laju.
"Eh kauuu..tadi bukan main lagi laju macam orang tak tahan nak terberak. Ni duduk pulak belakang aku pehal? Nak laju pi lah potong, gila!" Marah suhanis sendirian didalam kereta. Geram hatinya.
Pedal minyak dilepaskan. Kelajuan sengaja dikurangkan. Dari 80KM/J, kini 60KM/J dengan harapan Proton Saga gila dibelakangnya itu akan menukar laluan. Tapi harapanya hampa. Proton Saga hitam masih setia dibelakangnya. Membontotinya sambil menaikan lampu tinggi berulang kali.
"Kau nak apa gila?! Eh..syaitonya perangai kau. Sakit pulak hati aku ni".
Suhanis memerhatikan cermin pandang belakangnya. Diamatinya dengan teliti. Kelihatan seorang lelaki, rendah dan berkaca mata hitam sedang melambai2 kearahnya.
"Eh, macam aku kenal!" Hati Suhanis terdetik. Mungkinkahhh...
Signal diberi. Suhanis membelok ke kiri. Memasuki jalan ke arah Seksyen 7,Shah Alam. Dilihatnya kereta Proton Saga dibelakangnya juga mengikutinya. Hatinya makin berdebar. Betul ke ni?
Suhanis memberhentikan keretanya di McDonal yang terletak di sebelah kawasan pam minyak Petron. Dicarinya parking yang kosong. Begitu juga Saga hitam. Kereta diparkirkan.
Melalui cermin sisi, Suhanis hanya mengintai. Mahu melihat kelibat yang akan keluar dari perut Proton Saga itu. Jika benar orang yang disangkakan, barulah dia keluar. Jika salah, dia akan memecut semula keluar dari situ nekad hatinya.
Seminit kemudian, kelihatan seorang jejaka keluar dari perut kereta Saga. Bertubuh rendah,berkulit sawo matang dan bertubuh sasa. Orang yang sama seperti jangkaan Suhanis.
Terbuntang mata Suhanis apabila terkejut melihat lelaki tersebut. Serentak itu terpaculah dari mulutnya nama lelaki yang dilihatnya itu.
"Shauqi!"
YOU ARE READING
JODOH MASIH SESAT
RomanceSuhanis, orangnya manis, periang tapi sopan, galak ketawa tapi mampu menangis, hatinya cekal seteguh karang.. Jodoh yang disangka hingga ke jannah, direntap pergi hingga tak kembali. Terjatuh duduk, gelap segalanya. Munculnya Shauqi seba...