*Keesokan harinya..
Malam tadi ummi abah, along dan angah tidur di rumah mak. Selepas pulang dari rumah mak long, aku terus menyepikan diri ke dalam bilik. Tiada rasa ingin berbual dengan semua yang berada di ruang tamu. Bukan akunya aku ingin melayan perasaan tapi aku terlalu penat basuh periuk dan mengemas rumah mak long semalam, sampai sahaja di rumah mak aku terus berlalu untuk mandi dan terus masuk tidur. Bunyi ketukkan pintu menyedarkan aku dari lamunan. 'tok tok tok'....
"biy, jom turun makan. Semua dah tunggu biy nak sarapan tau"-along
"baik along, nanti biy turun." Balas ku ringkas.
Aku berlalu ke ruang makan, ya.. semua berada di situ sedang menunggu kehadiran aku. Aku terus mengambil tempat di sebelah ummi dan bertentangan dengan angah. Abah memecah kesunyian dia bertanyakan soal kerja along dan angah, soal pelajaran akun dan adik, tentang perubahan kampung dan banyak lagi. Ya sesibuk mana pun abah dia tidak pernah lupa untuk bertanya tentang perihal anak-anaknya.
"assalamualaikum, opah"- suara seseorang yang muncul dari pintu hadapa membuatkan kami terhenti berbual seketika.
"waalaikumusalam, ya opah kat dapur ni. Meh datang pintu belakang"- sahut opah
"maag menganggu opah, ni saya bawakan pisang yang opah pesan tempoh hari"-ustaz mizi
"lah kamu ke, terima kasihlah ya. Dari kebun ke ni?"-balas opah
"haah opah dari kebun tadi"-ustaz mizi
" marilah sarapan dengan kami sekali"-pelawa abah
"eh tak apalah pak cik, saya singgah nak hantar pisang ni je"-ustaz mizi
"kamu jangan nak mengade-ngade, mari masuk makan dulu. Bukannya selalu kamu ke mari"-opah
"abang mizi, marilah duduk sebelah man"-lukman
"erk, haa baiklah"-ustaz nizam
"makanlah hari ni kamu bertuah sebab dapat rasa masakan cucu opah ni mana tahu kenan kat kamu. Boleh dia masak kan hari-hari"-mak
Ewah mak kita masak sebab dia yang beria nak makan selalu ni siap nak kenan kenan bagai ni dah kenapa. Sedari tadi aku hanya membatukan diri disebelah ummi, tidak ada rasa sikitpun ingin mencelah dimana-mana.
"sejak bila kita ada patung cendana dekat rumah ni mak"-soa angah
Hah mana patung cendananya aku tak Nampak pun? Sambil aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Meletus ketawa dari semua, aku seakan kerang busuk di tepi yang tak tahu apa apa.
"cari apa tu kak biy? Hahaha patung cendana ke"-tanya lukman sambil tersengih-sengih
"erk, haahlah tadi kata adakan?"-zati
"kak biy ni slowlah, angah ni mengata kak biy tahu tak. Mana tak nya dari tadi diam aje, bukan patung cendana ke tu hahahaha"-man
Ceh kurang asam keping punya angah, kutuk aku ya! Tunggu nanti aku kerjakan. Aku memandang angah dengan jelingan tajam. Siap makan kami terus ke bilik masing-masing untuk berkemas, manakan tidak esok isnin, along, angah, ummi dan abah kerja. Aku dan adik masih ada kelas, sedang aku khusyuk berkemas tiba-tiba ada sesuatu yang terjatuh dari dalam bag yang aku bawa. Gambar sewaktu aku akad nikah, haha kelakar sangat waktu ni rasanya. Aku cuak nak salam tangan abang. Mana taknya abang adalah satu satunya lelaki yang aku kena salam selain daripada keluarga aku sendiri. Mahu tak ketar tangan aku, basah habis sebab cuak punya pasal. Gambar itu aku masukan ke dalam bag sandang, aku terus berlalu keluar terus ke ruang tamu. Masing-masing sedang menunggu kehadiran aku, aku ni memang selalu lambatlah patutlah mia pon selalu bising huhuhu.
"kami balik dulu ya mak"-abah
"ha, iyalah elok elok balik tu. Biar lambat asal selamat" nasihat penaja iklan jalan raya dari mak. Aku bersalaman dengan mak begitu juga dengan yang lain, aku pandu kereta sendiri kerana ummi dan abah yang akan menghantar man ke asrama. Manakala along dan angah masing-masing terus pulang ke KL dan aku terus ke rumah kerana mia sedang menantikan kepulangan aku cewah. Kami berlalu ke destinasi masing-masing dan akhirnya berpecah di pertengahan jalan. Ummi dan abah risau aku pulang sendiri, tapi aku bukannya tak biasa setakat perak ke KL tu bukan jauhpun. Aku tiba di rumah pukul 6:30ptg lambatkan sampai? Mana taknya aku boleh bantai shopping sakat dekat times square dengan mia plus tengok wayang lagi, memang lewatlah aku sampai ke rumah. Walaupun arwah abang meninggalkan segala hartanya untuk aku, tapi aku tidaklah bergantung sepenuhnya hidup dengan harta dan keluarga abang. Ummi dan abah tetap menjalankan tangungjawab mereka, sudah lama rasanya aku tak melawa mama dan papa, kebetulan esok dan lusa aku tiada kelas jadi apa salahnya kalau esok aku pergi melawat mereka.
*okay bab ni sangat pendekkan? Jam menunjukkan pukul 9:45malam. Author dah mengantuk jadinya kalau esok author rajin, author akan sambung untuk next chapter. Laila saedah wahai pembaca sekalian, jangan lupa al-mulk ya :D
YOU ARE READING
JODOH DARI ILLAHI
RomantizmMizi seorang Yang tetap pendirian Dan tegas dalam segala hal. Namun sejak mengenali gadis yang bernama Zati hatinya bagai terdetik cinta hakiki. "Apa lagi dia ni nak? Ada je benda yang tak kena aku buat dekat mata kau zati!" - Mizi 'Sebab cinta...