Sudah lebih 2 minggu saya bersekolah di Smk Kubong. Hari ini merupakan hari peperiksaan untuk tingkatan 1.
Ujian ini diambil bertujuan untuk menentukan kelas yang akan dimasuki oleh kami. Sebelum ini, kami dimasukkan ke mana² secara rambang.
Kami mempunyai satu sistem baharu yang dinamakan kelas DLP ataupun Duo Language Program. Jika saya mengambil DLP, saya perlu menjawab ujian sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Akan tetapi, saya memutuskan untuk tidak mengambil DLP kerana takut yang saya masih belum bersedia. Dengan lafaz bismillah, saya pun memulakan ujiann
Skip waktu rehat...........
Waktu rehat pun tiba tepat pukul 10.00 pagi. Seperti biasa, saya tidak akan makan pada waktu rehat. Sebab? Saya sendiri pun tak tahu.
Saya biasanya akan menemani kawan saya iaitu Izzati dan Zulfa untuk pergi ke kantin sekolah. Pada ketika itulah saya terlihat kelibat seorang pengawas. Ya...itu adalah idola saya.
Saya masih tidak mengetahui biodatanya seperti nama, tarikh lahir dan sebagainya. Pada ketika itu jugaklah saya bertekad untuk mencari maklumat tentangnya.
Untuk pengetahuan anda, saya digelar Miss Stalker kerana saya selalu dapat mencari maklumat yang saya kehendaki.
Setelah tamat seminggu ujian, saya pun fokus untuk mencari biodata kakak idola. Saya mencari di majalah sekolah, bertanyakan rakan malah bertanya dengan kakak senior yang lain.
Dengan itu, usaha saya membuahkan hasil. Akhirnya, saya mengetahui serba sedikit tentang kakak idola. Namanya ialah Amni Dhabitah dan berumur 17 tahun.
Rupa rupanya, ayah dan ibunya merupakan guru yang mengajar di sekolah itu. Malah, saya agak mesra dengan ayahnya kerana beliaulah yang mengajar saya cara bermain lontar peluru untuk pertandingan antara rumah sukan yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya dimasukkan ke dalam rumah merah.
#sebenarnya cerita ni adalah cerita yang betul² berlaku
#sorry kalau bosan and hope korang suka
#please vote my story😉
YOU ARE READING
Pengawas itu, Idolaku !
RandomMenceritakan tentang seorang budak perempuan yang baru memasuki tingkatan 1 dan terjumpa dengan seorang pengawas perempuan senior pada hari pertama di sekolah menengah lalu menjadikannya sebagai idola tanpa pengetahuannya. Dia berasa hairan mengapa...