Cikgu

3.4K 5 0
                                    

Kami ni orang yang kelam kelibut. Semua pun kami rasa kami mampu nak buat pastu  terkejan-kejan. Lipas kudung pun dengki tengok kami punya jalan, nak cepat punya pasal.

Hari Jumaat memang hari yang paling  cepat pergerakan, jadual dipendekkan untuk balik awal menghormati Solat Jumaat. Seperti selalunya, segala kerja  tertangguh pun hari ni jugak la deadlinenya.

Mula dengan terlupa sign kehadiran, kemudian minta kebenaran untuk pelajar keluar kelas untuk Pertandingan Robotik sempena Bulan Sains, masuk kelas tapi pelajar tak bawak bahan untuk poster.

Cikgu dah bagitau lepas tu semalam pun ingatkan lagi ada yang PM, terus mood melayang. OK, kami bertenang nak bincang soalan modul pulak yang dah bagi 2 minggu. Bincang sekerat terasa nak ronda. Bila ronda, rasa phuiiiiiii sangat. Berapa orang ja buat,  Cikgu bagi soalan Cikgu yang jawab konsepnya. Geram sungguh terus suruh depa simpan semua.

Nak jaga  mood teruskan PNP pulak, kalau anak sendiri mau kena hempuk ja. Bukan kecil lagi, dah tingkatan 5 nak marah-marah. Bagi mood hilang saja.

Catatan Mak Anak TigaWhere stories live. Discover now