Bab 7

623 5 1
                                    

Jam loceng berbunyi yang menunjukkan jarum pendek di angka enam.Mia tersedar dan menyedari Aryan masih tidur di sebelahnya.Mia tersenyum lantas mahu mengejutkan Aryan untuk solat subuh bersama.

"Abang..abang" kejut Mia lembut. "Hmmm" balas Aryan dalam keadaan mata masih tertutup rapat. "Jomlah solat subuh sama²"
ajak Mia. "Dah subuh ke?" tanya Aryan.
"Dah" sahut Mia. "Mmm.Yela" Aryan terus bangun dan mencapai tuala untuk bersiap² solat subuh.

Selepas kedua² nya mengambil wuduk, mereka mula menunaikan solat subuh.
Terdetik juga rasa bersyukur dan gembira kerana seteruk² Aryan, dia tahu juga cara beribadah.Selesai solat dan mengaminkan doa, Mia menyalami tangan Aryan.
Kemudian, Aryan mengucup dahi Mia.

Selepas itu, Mia bangun membuka telekung dan digantungkan di wardrobe.Aryan membantu melipatkan sejadah.Sudah lama dia tidak bersujud di kain suci itu.Dia sendiri tidak tahu bila kali terakhir dia berteleku di atas sejadah.

Timbul rasa bersalah dan berdosa yang mengetuk pintu hati Aryan.Perlahan lahan air matanya menitis. "Abang...Eh abang" terkejut Mia melihat Aryan yang tiba² menangis.Takde angin.Takde ribut.Takde taufan.Dah kenapa pulak ni?

"Abang, cuba share dengan Mia.Kenapa abang nangis?" dan pertanyaan itu membuatkan Aryan semakin kuat menangis.Tidak pernah menyangka masih ada insan yang baik yang masih menyayanginya.

Mia menarik lembut lengan Aryan untuk duduk bersamanya di atas katil.Songkok diambil dan diletakkan di atas meja.
"Abang...ceritalah..Semua masalah abang Mia berhak nak tahu.Mia ni isteri abang" pujuk Mia.Aryan terus memeluk Mia.
Menangis sepuas² nya di bahu Mia.

Mia mengusap perlahan belakang Aryan.
"Abang cuba cerita dekat Mia" pujuk Mia lagi dalam keadaan mereka berpelukkan.
"Aku jahil Mia.Aku sombong dengan Tuhan.
Aku rasa berdosa Mia" adu Aryan dalam tangisan.

Perasaan sebak mula menyerbu di hati Mia.
"Abang, tak semestinya abang sombong, abang seorang yang jahat.Abang tetap hamba Allah.Kita sama² hamba Allah" kata Mia.Air mata mula bertakung.Sebak dan sedih dirasakannya. "Belum terlambat untuk abang bertaubat" Mia terus terusan memujuk Aryan.

Apabila esakan Aryan semakin reda, pelukan dilepaskan.Mia mengelap air mata Aryan dengan menggunakan ibu jarinya.
"Dah..abang jangan sedih²..nanti Mia pon sedih" kata Mia sekaligus air matanya jatuh.
"Mia please jangan nangis" ujar Aryan sebelum dia pula yang memeluk Mia untuk menenangkan Mia.

**********

Mia menyediakan sarapan seperti biasa sebelum si suami tercinta pergi bekerja.
Aryan menapak turun.Dilihat isteri tersayang sudah siap menyediakan makan paginya.Sejuk mata memandang.Seorang isteri menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

"Good morning sayang" tegur Aryan.Mia terkejut. 'Sayang?'.Dan dia tersenyum sahaja. "Morning abang" jawab Mia ceria.
"Mmm..sedapnya isteri abang masak untuk abang". Sekali lagi Mia terkejut.Dan akhirnya dia tersenyum lagi.Bahagia sungguh rasanya.

"Mehlah duduk bang.Mia dah siap hidang" jemput Mia.Aryan menganggukkan kepalanya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.Aryan menyuap sedikit bihun goreng. "Mmm...pandai isteri abang masak" Mia tergelak.Puji lebih.

"Sayang tak nak makan sekali?" tanya Aryan. "Takpelah.Mia teman abang makan je" Aryan menganggukan kepalanya.Selesai bersarapan, briefcase dicapai lalu menuju ke pintu utama. Mia menghulurkan tangannya untuk bersalam.Selepas bersalaman, Aryan mengucup dahi Mia dan memeluk Mia.

"Take care sayang" ucap Aryan lalu melepaskan pelukan. "Ok abang" ceria Mia berkata.Selepas Aryan pergi, Mia masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang sukar digambarkan.Gembira tak terkata.

**********

Mia menonton drama Korea kegemarannya di kaca TV.Tiba² telefonnya menjerit kecil menandakan satu mesej masuk.Mia mencapai telefonnya lalu dibuka di bahagian mesej.

Kerana Kau..Where stories live. Discover now