AxM 8

8.3K 206 12
                                    

adelXmashah 8

¤¤¤

           Silau yang mencanak masuk di celah-celah langsir warna kelabu menganggu tidur Adel. Di buka mata perlahan, serentak itu kepala diserang rasa yang berdenyut.

''Ahh, pahal sakit sangat ni.'' Perlahan dia bangun bersandar di kepala katil namun apabila matanya jatuh ke tubuhnya. Mata Adel tercelik luas. Di selak cadar menutupi tubuhnya. Serta-merta dia rasa ingin menangis. Patutlah tubuhnya sejuk semacam walaupun dah berselimut rupanya dia sudah bertelanjang bulat.

''Apa dah jadi ni? Mana pergi baju aku?'' Tangan meramas rambut kusut. Dia teresak kecil. Siapa yang buat aku macam ni? Jap ni kat mana?. Matanya melilar sekeliling. Ni__ macam bilik hotel?

''Semalam tu...'' Adel menggeleng tak percaya. Dia tunduk memandang tubuhnya tanpa seurat benang kemudian dia menarik cadar putih hingga ke paras leher. ''Tak guna kau Haikal! Setan!'' Adel menangis teresak sendiri. Dia tak terima apa yang dah jadi padanya. Iphone di dalam tas di ambil, niatnya nak menelefon Ayaa untuk mengambilnya di sini terbantut bila terpandangkan mesej dari Haikal.

Haikal, 8:00 AM

'Thanks darling for the last night,
I'll remember it. I ambil sesuatu yg
berharga dari you I hope u dont mind okay
; ) . But please jgn buat sesuatu yg I tak suka
such as lapor pada polis ke, klu tak u naked picture I bagi dekat media. Okay dear muahh!

Selesai membaca pesanan Haikal bersama gambar bogelnya di atas katil Adel memcampak iphonenya jauh, laju air matanya menuruni pipi. ''Celaka kau Haikal! Argghhh!!'' Adel meraung semahunya di situ.



''ADEL!!''

Terhenti langkahnya yang baru nak sentuh tangga. Jantungnya laju berkerja, dia tahu papanya marah.

''Semalam you pergi mana tak balik?''

Adel pusing belakang perlahan. Papa tak kerja ke hari ni? ''Adel tidur rumah kawan Adel.'' Tipu.

Tan sri Borheman angkat kening tinggi. ''Kawan yang mana satu?'' Masih lagi keras suara papanya.

''Kawan Adel lah papa!'' Sedikit naik intonasi suaranya. Kepalanya serabut memikir apa yang terjadi padanya semalam.

''Which one?''

''Ayaa..'' Nama Ayaa di petik secara tak sengaja. Ahh lantak lah kau yaa.

Tan sri Borheman datang dekat padanya di sisi tangga. ''Don't be such a liar! Papa call dua kawan kamu tu diorang cakap kamu takda dengan diorang, where are you been last night?!''

Adel telan air liur. Celaka betul kau Ayaa, kau tak cakap kat aku papa aku call kau patutlah muka Ayaa macam takut je tadi masa ambil aku.

''Where are you been last night?!'' Tanya papanya sekali lagi.

''Ish papa Adel dah besar lah, papa takyah sibuk lah!'' Rimas ar macam ni.

''Kurang ajar!'' Tanganya diangkat tinggi. Belum sampai ianya menghinggap pada pipi Adel, Adelan terlebih dulu menghalang.

''Papa sabar pa, benda boleh bincang. Adel naik atas!'' Adelan menarik tangan papanya.

''Papa belum habis lagi dengan kamu Adel!'' Laung papanya. Adel tarik nafas lega. Nasib baik Adelan ada, kalau tak memang tersungkur dia di lantai.

Adel menghempas tubuhnya ke katil. Dia tarik nafas yang bagaikan hilang di bawa angin. Dari duduk dia bangun bersila di atas katil.

''Apa aku nak buat ni? Macam mana kalau papa tahu? Kalau aku mengandung macam mana?'' Itu yang paling dia takutkan sebenarnya.

''No takda siapa boleh tahu.'' Adel tarik rambutnya kuat. Habis helah untuk dia fikir masalah ni. Seketika mata Adel membulat. Bagaikan ada mentor lampu di atas kepalanya.

''Mashah.'' Jarinya dipetik. Kau nak sangat kahwin dengan aku kan.


''You have to married with Mashah fullstop. And papa don't need you decision.'' Kata Tan sri Borheman muktamad. Dia tak mahu anak gadisnya menjadi terlalu liar.

Adel senyap sahaja, menjawab pun tidak. Adelan pula seakan tidak senang dengan keputusan papanya.

''Pa, kesian lah kat Adel kalau kita buat keputusan sebelah pihak je. Kita tanyalah dia nak ke taknak?'' Puan sri Ameena yang dari tadi senyap mula bersuara.

''Adel setuju.''

Semua mata tercenggang menoleh Adelina di sebelah Adelan. Adelan ternganga menoleh adiknya.

''Apa dia Del?'' Tanya mamanya sekali lagi.

Adel hembus nafas sekali lagi. Mata di pejam seketika. ''Adel setuju kahwin dengan Mashah.'' Jawanya senada.

Adelan di sebelah sudah berkerut seribu. Sangkanya Adel akan menolak sekerasnya.

Papanya tersenyum puas manakala mamanya sedikit serba-salah. Dia seakan belum yakin dengan penjodohan ini.

''Adel dah fikir masak-masak ke?'' Soal mamanya tak puas hati.

Adel angguk perlahan. ''Yes.'' Ini saja jalan yang dia dapat fikir saat ini untuk menyelamatkan dirinya.

''No, Lan tak setuju. Adel tak boleh kahwin dengan Mashah!'' Semua mata terkejut memandang Adelan termasuk Adel.

''Lan kamu ni dah kenapa? Sejak bila kamu tak setuju pula ni?'' Papanya mencerlung tajam memandang Adelan.

Adelan menongkat lenganya di lutut dengan kepala menunduk. Sejak Lan nampak Mashah dengan perempuan lain. ''Pa, kita belum kenal Mashah tu betul-betul pun lagi, dia jadi cucu atuk pun kita tak tahu. Entah ye entah tidak?'' Sejak kejadian tu tahap kecurigaanya makin tinggi terhadap Mashah.

''Papa percaya. Sebab Mashah ada bukti.''

Adelan mengeluh. ''Pa, bukti boleh cipta. Bukti yang papa tengok tu sahih ke tidak?'' Makin berlarutan pula dua beranak ni bertingkah pendapat.

Adel picit kepala yang mula terasa serabut. ''Lan you tak payah sibuk lah, yang nak kahwin I bukan you lantaklah dia nak tipu ke apa.'' At least dengan perkahwinan boleh menutup rahsia aku.

Adelan kaget. Tak sangka adiknya bicara begitu. Dia cuba bertegang urat dengan papanya demi menyelamatkan Adelina tapi lain pula penerimaan Adel.

''Kau dah kemarut sangat nak kahwin dengan dia kenapa?!'' Marah dia. Susah payah dia nak melindungi adiknya seolah-olah menyerah diri pada mulut buaya.

''Lan stop it!'' Tengking Tan sri Borheman. Dia tak tahu kenapa Adelan berfikiran negetif begitu terhadap Mashah.

''You tak payah masuk campur lah urusan I.''

Bicara papa dan Adel buat Adelan bengang, malas berlama di ruang tamu dia bawa kaki melangkah tingkat atas. Puan sri Ameena hanya menghantar langkah Adelan dengan pandangan mata. Dia faham kenapa Adelan berubah begitu, kerana dia merasa hal yang sama tapi yang pelik kenapa Adel tiba-tiba setuju dengan perkahwinan yang dia pangkah pada awalnya?

Vote and comment for next update..

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now