Hari ini kau pandang mata aku;
Kau bicara tentang indahnya cinta;
Tentang mahalnya rindu;
Sucinya kasih.Hari ini kau pegang tangan aku;
Kau bicara tentang bayangan di depan;
Tentang utuhnya ikatan;
Luhurnya tautan.Hari ini juga kau gores hati aku;
Kau bicara tentang perihal dia;
Tentang ayunya wajah;
Cantiknya pekerti.Dan hari ini aku sedar;
Yang hati kau bukan untukku;
Yang bayangan kau tiada aku;
Yang aku perlu undur rasaku.
YOU ARE READING
Tulis
ŞiirIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...