Menulis bukan kerana nama

22 1 0
                                    

'Menukar imaginasi menjadi kata-kata'

Antara program terbest aku join. Hehehehehehehe

Aku sangat tertarik dengan slogan tu semasa aku mahu mendaftar program itu. Lagipun waktu ni aku baru saja usai baca novel Haruka Murakami yang bertajuk 'Tsukuru tazaki dan Hari Hari Kembara Tanpa Warna'. Jadi mode itu sangatlah bercampur baur.

Murakami berjaya bawa aku melayang bersama emosi karakter utamanya.

--------------

Sembang sastera oleh otai teater Indonesia. Dr. Salman al Faris dari Lombok, Indonesia. In sya Allah satu hari nanti aku sampai sana disambut olehnya dan ahli keluarganya.

Pesannya yang paling penting; MENULISLAH kerana jiwa. MENULIS kerana mahu selesaikan masalah masyarakat. Sekecil-kecil masalah.

Jika MENULIS untuk nama, wang, maka kejarlah semua itu.

----------------------------

Lambat atau cepat.
Aku tetap mahu menghasilkan novel ku sendiri.
Aku sering terpegun melihat kata - kata bertukar menjadi realiti.

Harry potter.
Narnia.
Dan banyak lagi imaginasi.

Aku mahu cerita cerita golongan yang tertindas.
Dianaktirikan.
Dipaparkan secara real supaya manusia tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Rencam sungguh dunia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Menulis Dengan JiwaWhere stories live. Discover now