9. Pandang

185 11 0
                                    

Pandang aku;
Beritahu aku bahawa aku manusia paling cantik;
Paling elok untuk dipandang;
Paling manis untuk disayang.

Pandang aku;
Beritahu aku bahawa aku masih diperlukan;
Bahawa aku masih disayang;
Bahawa aku masih berharga.

Pandang aku dan pegang tangan aku;
Beritahu aku kita paling bahagia;
Kita paling menyinta;
Kita paling sempurna.

Pandang aku dan sentuh pipi aku;
Sentuh hati aku seperti selalu;
Seperti dulu-dulu;
Seperti aku yang satu.

TulisWhere stories live. Discover now