JMS - PART 2

26 2 5
                                    

"Sungguh tajam mata sipedang,
Disimpan rapi didalam peti,
Orang jauh lagi dikenang,
Inikan pula pujaan hati.

Suhanis yang masih berada didalam kereta berdebar-debar. Hatinya tidak keruan. Perlu ke aku turun? Getus hatinya.

Tanganya masih setia dipintu kereta. Matanya tetap tertumpu pada cermin sisi memerhatikan kelibat yang sudah bertahun tidak dilihatnya itu.

Betul ke itu Shauqi? Dia masih ingat aku? Muka aku dah lain kot sekarang. Dulu selekeh, sekarang cantiklah sikit. Dulu free hair, sekarang dah bertudung. Nah, shawl bunga-bunga lagi tu. Hatinya masih bermonolog sendiri.

Dalam berteka-teki itu, masih juga Suhanis memuji diri sendiri.Bermacam-macam perkara yang bermain dimindanya. Shauqi yang sedari tadi sudah turun dari kereta kini menghampiri keretanya.

Tokk tokk!

Tingkap kereta diketuk lalu mematikan lamunan Suhanis. Suhanis masih berkira-kira. Tetapi tetap juga dia membuka pintu keretanya lantas keluar.

"Assalamulaikum. Ni Anis kan? Suhanis Zailan?"

Shauqi terus saja bersuara apabila melihat gadis yang dikejarnya dari tadi itu mula melangkah keluar dari kereta. Hatinya sangat berharap gadis yang dihadapanya sekarang ini sama dengan gadis yang hilang dari hidupnya 4 tahun lepas.

Sah Shauqi!

"Waalaikumsalam. Aah, saya Anis. Shuq kan?" Suhanis tersenyum manis.

Mendengar sahaja ucapan itu, Shauqi tersenyum. Ya Allah, Kau dah makbulkan doa ku selama ini.

"Anis buat apa sekarang? Anis sihat ke? Mana pergi selama ni?" Bertalu-talu soalan dari bibir Shauqi.

Kalau ikutkan hatinya, bermacam-macam lagi soalan yang ingin ditanyanya. Kehilangan Suhanis dari hidupnya sangat meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya.

"Amboiii..banyaknya soalan Shuq. Tanya satu-satulah. Pening Anis nanti nak jawab".

Hati Suhanis tercuit. Rasa terhibur melihat jejaka dihadapanya ini. Masih segak seperti dulu. Hitam manis, berkaca mata dan sentiasa kemas dengan baju kemejanya. Gaya macam abang-abang opis sangat.

"Alahai, sorry lah. Teruja sangat dapat jumpa Anis ni. Dah 4 tahun kita lost contact. Tu yang banyak sangat soalan" Shauqi menbetulkan kaca matanya. Malu rasa dirinya. Nampak sangat aku excited lebih. Hahaha.

"Jom kita lepak McD dulu. Kita borak panjang-panjang ok?". Suhanis tersenyum.

Setelah kereta dikunci, Suhanis memulakan langkahnya menuju ke restoran makanan segera McDonal yang terteletak bersebelahan stesen minyak Petron itu.

Shauqi mengikuti. Terlalu banyak benda yang bermain difikirannya. Bermacam-macam soalan sedang beratur difikiranya untuk ditanyakan kepada Suhanis.

Kenapa?
Mengapa?

******************

Shauqi mencampakan kunci rumahnya keatas meja makan. Dia berbaring diatas sofa gebu berwarna kelabu. Hatinya luruh. Perjumpaan secara tidak sengaja dengan Suhanis tadi membuatkanya sugul.

Tadi sewaktu membayar tol, secara tidak sengaja dia terlihat wajah yang dah lama menghilang dari hidupnya itu. Kebetulan pagi tadi sewaktu ingin mengambil keretanya dari bengkel, dia menurunkan semua tingkap. Simbol minyak sudah berkelip menandakan kereta yang dipinjamnya itu perlu diisi petrol. Jadi, aircond kereta terpaksa dimatikan untuk menjimatkan minyak dengan harapan sempat sampai ke petrol pam yang berdekatan.

Dan ketika itu jugalah dia tertoleh ke kereta yang berada dilorong sebelah. Suhanis. Gadis ayu yang digilainya dulu. Wajahnya sudah berubah kini. Dulu manis dengan rambut lurus paras bahu. Kini bertambah-tambah manis bertudung litup. Dulu lantang bersuara, tegas dalam kata-kata, galak gelaknya. Kini, selari dengan penampilanya. Semuanya berubah menjadi lembut dan sopan. Tuturnya masih lucu tapi bersopan. Tawanya masih galak tapi terkawal. Boleh duduk bersembang berdua tapi batasnya dijaga. Ah, aku rindukan dia. Teringat perbualan kami tadi. Perbualan yang menghiris hatiku.

"Anis kerja mana sekarang ni?"

"Kerja office dekat Seksyen 15. Shuq?"

"Ni, keje kat depan ni je. Uitm. Anis dah kahwin ke?"

"Dah..2 tahun dah pun"

Wajah Anis ku tenung sayu. Allah..peritnya!

JODOH MASIH SESATWhere stories live. Discover now