JMS - PART 3

15 1 2
                                    

"Jauh berjalan tertusuk duri,
Duduk berteduh dipohon beringin,
Kusangka kaki kuat berdiri,
Rupanya rapuh dihembus angin"

Suhanis menguis makanan yang berada didalam pingganya itu. Perut lapar tapi seleranya tiada. Bertambah-tambah tidak berselera bila terpaksa makan seorang diri. Rakan baiknya, Nor cuti kecemasan harini. Kata Nor anaknya mengalami cirit birit dan muntah-muntah. Keracunan makanan barangkali.

Nasi campur didalam pinggan itu dipandang sepi. Hiruk pikuk didalam kedai makan itu masih tidak dapat mencuri sedikit pon perhatian Suhanis.

Pertemuan tanpa diduga dengan Shauqi minggu lepas menggangu mindanya. Rindunya tiba-tiba datang menggunung. Rindu yang dia pasti tidak akan kesampaian. Mana mungkin terzahir rindu ini pada insan berlainan alam. Fikirnya dia sudah kuat untuk menerima kenyataan, rupa tidak. Hatinya masih rapuh. Jiwanya masih mudah terusik.

'Abang, Anis rindukan abang. Kenapa abang pergi tinggalkan Anis?'

Tanpa disedar matanya mula berkaca apabila teringat akan arwah suaminya. Lekas-lekas disekatnya agar tidak kelihatan oleh orang lain. Dia kembali sedar kedunia nyata. Membulatkan semula kecekalan hati. Aku harus kuat!

Nasi didalam pinggan disudu ke mulut. Cuba menelan mana yang mampu agar dapat mengisi perut yang sememangnya berkeroncong sedari tadi. Sendu hatinya tidak mahu dipanjangkan. Sabarlah, balik rumah nanti nangislah puas-puas. Moga hilang sedikit beban yang tertanggung ini.

Setelah siap mengalas perut, Suhanis melangkah keluar dari kedai makan menuju ke kenderaanya. Dek kerana ralit mencari kunci kereta didalam bag tanganya, tanpa disedari Suhanis hampir dilanggar oleh sebuah kereta.

"Pinnnnnnnn!!" Nyaring jeritan hon yang kedengaran.

Suhanis tersentak. Langkahnya terundur kebelakang. Entah bagai mana, kakinya bagai tidak dapat dikawal. Terduduk Suhanis jatuh ke jalan tar.

"Allah."

Hanya itu terpacul dari mulutnya. Suhanis tergamam. Nafasnya terhenti. Bagaikan wayang gambar dimainkam semula, Suhanis seakan-akan terlihat kejadian yang menimpanya setahun yang lalu.

Bagaimana tubuh suami kesayanganya, Zaim yang penuh berlumuran darah megeletar setelah tercampak dirempuh oleh kereta saat mereka berdua sedang melintasi jalan.

Matanya terbuntang. Bibirnya terketar. Suhanis masih memandang ke kanan. Seolah-olah sedang memerhatikan sesuatu. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutnya. Hanya air mata laju mengalir dipipi.

"Abang........." sayu bunyi kata yang terpacul dari  mulut Suhanis.

"Anis"
"Anis"
"Anis!"

Sekali lagi dia tersedar. Hilang semua gambaran yang terlihat dimatanya tadi. Suhanis memandang sekeliling. Orang ramai sudah menghampirinya. Mungkin bunyi hon kereta tadi memeranjatkan orang ramai yang sedang menjamu selera di kedai makan itu.

"Anis, are you ok? Cedera ke?" Tanya lelaki yang paling hampir denganya.

Suhanis kabur. Dikecilkanya mata bagi dapat melihat wajah lelaki yang berada bertentangan denganya itu. Silau terik mentari menyukarkan lagi dia untuk melihat.

Eh, Shauqi?


JODOH MASIH SESATWhere stories live. Discover now