'Hongseok kau kena berlakon seolah- olah lupa ingatan jika tidak keluarga kau akan menanggung akibatnya' Perintah satu suara.
"Apa maksud kau?!!! Kau siapa?!!! Jangan libatkan keluarga aku jika aku yang engkau inginkan!" Jerit Hongseok.
"Kau akan tahu sape aku nanti tapi percayalah takdir kau begini adalah kerana kebencianku terhadap ayahmu!" Ujar suara tersebut.
"Apa kau berjanji takkan apa-apakan adik-beradikku yang lain?" Tanya Hongseok entah kepada siapa.
"Ya! Aku berjanji! Tapi ingat Hongseok apabila tiba saatnya kau akan tetap kembali kepadaku Hongseok dan kau harus ingat dalam dirimu ada diriku!" Ujar suara tersebut lalu hilang begitu sahaja.
"Tunggu! Apa maksud kau?! Mana kau pergi?!!!" Jerit Hongseok.
-------------------########-------------------
"Hongseok, ni bilik kamu. Kamu rehatlah dulu abang nak masak nanti bila dah siap abang panggil." Ujar Jinho dan Hongseok hanya menganggukkan kepalanya sambil membuka pintu biliknya.
'Betulke apa yang aku tengah buat ni?' Tanya batin Hongseok kepada siapa pun dia sendiri tidak tahu.
Hongseok mencapai gambar keluarganya yang ada di meja belajarnya.
'Appa... eomma... bogoeshippo.... appa... siapa sebenarnya dia? Kenapa dia bencikan appa dan kenapa dia nakkan saya? Appa, saya takut.... hiks...hiks...' Luah hati Hongseok sambil airmatanya yang setia mengalir di pipi.
'Hongseok!!!! Hahahaha!!!! Takde guna kau bercakap dengan lelaki tak guna tu! Kau sepatutnya bencikan dia sebab dia yang buatkan kau berada di situasi ni!!" Ujar suara itu lagi.
'Aku cuba untuk benci dia tapi aku tak boleh sebab dia ayah aku! Kau takde hak untuk buat aku bencikan dia!' Ujar Hongseok sambil menutup telinganya.
'Kalau kau tahu kenapa sebab aku mahukan kau dan kenapa aku membenci ayahmu akankah kamu masih menyayanginya dan hormatinya?!' Tanya siara tersebut tegas.
'Jadi bagitahulah aku kenapa dan apa sebabnya kau mahukan aku dan membenci ayahku!' Ujar Hongseok kembali.
'Aku tak boleh! Kerana aku ingin kau mencari sendiri puncanya! Ingatlah Hongseok, kau masih ada perjanjian denganku dan jika kau melanggar perjanjian tu akanku pastikan adik-beradik kau yang menanggung akibatnya.' Ujar suara itu sebelum hilang sekali lagi.
'Kenapa aku?! Apa salahku?! Aku hanya ingin bersama keluargaku sahaja! Jahatkah aku? Tamakkah aku hanya inginkan itu untuk diriku?!' Tanya Hongseok sambil memeluk erat gambar keluarganya dan terus menangisi dirinya sendiri.
'Kau akan tahu Hongseok.... Sejujurnya aku tak mahu lakukannya tapi dendamku pada ayahmu memang tak dapat di padamkan seperti api yang sedang marak lalu ingin dipadamkan hanya dengan sebaldi air.... Memang tidak akan terpadam!' Ujar hati suara itu sambil setia memandangi Hongseok.
TBC
YOU ARE READING
Tidak Akan Kubenarkan !
Misterio / Suspensomengisahkan adik beradik yang sentiasa aman tetapi berubah secara tiba-tiba hanya dengan satu mimpi.... Apa yang akan terjadi kepada sepuluh orang adik beradik ini? Nantikannya ya?! Harap suka sebab saya baru mula menulis...