LAMA Aulia memandang mesej yang dititipkan oleh Eiman itu. Lelaki itu memberitahunya, tiket penerbangan ke Auckland sudahpun dibeli. Dan seperti yang Eiman katakan semalam, hujung minggu ini, lelaki itu dan Benjamin akan terbang ke Auckland.
Dua bulan tanpa bersua muka, merupakan perkara baru baginya. Selama mereka kenal, hampir setiap hari mereka berjumpa. Kadang-kadang, tanpa dijemput Eiman pun, dia sendiri datang ke Brews & Bites Café. Mungkin kerana itu, dia berat hati hendak melepaskan Eiman pergi.
Namun begitu, mesej Eiman segera dibalas.
Okay, good. Habis shooting Brews in Town ni, kita jumpa okey? Atau habis you kerja nanti? Your choice? - Aulia
Tak sampai dua minit, WhatsAppnya kembali berbunyi.
Kali ni shooting kat mana? I lupa you ada shooting BIT hari ni. - Eiman
Dekat aje. Putrajaya. - Aulia
Fuh! Ingatkan jauh tadi. Okay. Take care, sayang. Kita jumpa lepas I habis kerjalah. See you later. - Eiman
Sebaik saja dia memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangan, salah seorang krew memanggil namanya.
"Ya?"
"Dah ready?"
Aulia mengangguk.
"Dah!"
Sebelum dia kembali memulakan penggambaran, wajahnya sempat ditata rias. Bibir cuba diukir dengan senyuman agar hatinya yang resah itu tidak kelihatan terpancar di wajahnya.
SEPERTI yang dijanjikan, mereka berjumpa di One Utama. Tersenyum-senyum lelaki itu menantinya di hadapan Seoul Garden. Dia menyambut mesra senyuman Eiman itu. Memandangkan minggu ini, minggu terakhir dia berjumpa dengan lelaki itu.
"Demam apa ajak I makan kat tempat lain?" soal Aulia setelah berdiri di hadapan Eiman.
"I tahu you dah muak makan kat Brews & Bites Café."
Lengan lelaki itu ditampar lembut.
"Even I selalu makan kat sana, tapi you masak menu yang berbeza untuk I. Takkanlah I muak makan kat situ?"
Eiman mengukir senyuman nipis. Jemari Aulia dicapai lalu disulam dengan jemarinya.
"Tak adalah. I terliur nak makan kat sini. Nak buat sendiri, malas."
"Sejak bila you malas dalam bab-bab nak masak ni?"
"Sejak hari ni kut. Saja... Nak makan masakan orang lain pula."
Aulia mencemik.
"Macamlah kat sini tak masak sendiri."
Eiman tergelak kecil.
"I tahu."
"Nasib baik you tak ajak Eid... I mean, Benji sekali," ujar Aulia tanpa berkias. Dia mahu meluangkan masa bersama Eiman tanpa gangguan sesiapa pun. Termasuk Benjamin.
"I memang ada ajak dia tadi tapi dia menolak. Lagipun, dia nak gantikan shift malam ni."
Aulia mengangguk lega.
"Jomlah masuk. Perut I dah merengek minta isi. Sebab habis aje shooting BIT tadi, I terus balik rumah."
Ketika mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu, Eiman menyambung bicaranya.
"You tak makan banyak ke waktu shooting BIT tu?"
Perlahan kepala Aulia menggeleng.
"I makan tapi tak banyak. Risau terlebih kenyang. You kan tahu, untuk satu episod tu, kita orang kena cuba tiga kafe. Macam yang I buat kat kafe you dulu. Dishes yang paling laku, itulah yang kami rasa."
YOU ARE READING
Hanya Itu Pintaku
قصص عامةTajuk: Hanya Itu Pintaku Penulis: Farisya Natasha Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-14-4 Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Julai 2017 DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE...