Bab 5

1.2K 25 0
                                    

SUDAH seminggu Eiman berada di Auckland, dari apa yang lelaki itu beritahu kepadanya, semuanya nampak baik-baik saja. Sungguhpun masa untuk mereka berhubung sangat terhad. Perbezaan waktu juga memainkan peranan. Selalunya bila Aulia balik kerja, itulah juga masa untuk Eiman melelapkan mata. Paling kerap mereka berhubung pada waktu pagi, waktu Malaysia. Kerana di Auckland ketika itu sudah pun bertukar ke petang.

Seperti yang terjadi hari ini. Pagi-pagi lagi Eiman sudah meminta untuk berSkype dengannya.

Cepat! Ni pertama kali kita berSkype sepanjang I kat sini. - Eiman

Sekejaplah. I baru bersiap-siap. Breakfast pun belum ni. - Aulia

Okey. Pakai cantik-cantik. I nak kenalkan you dengan my parents. - Eiman

Bulat mata Aulia membaca mesej Eiman itu. Dadanya juga terasa berdegup kencang. Bersediakah dia? Tanpa dia sedar, kakinya bergerak ke sana sini tanpa hala tuju di sekitar bilik tidurnya itu. Ibu jari digigit tanpa rasa. Namun mata kembali memandang skrin kecil itu apabila Eiman kembali menitipkan mesej kepadanya.

Hello? You there? - Eiman

Yeah... I'm here. You dah bagi tahu parents you ke? - Aulia

Not yet. Why? - Eiman

I tak sedia lagilah. You kena bagi tahu I sehari sebelum I 'jumpa' mereka. Bukan macam ni. - Aulia

Hari ni atau esok, sama aje, sayang. Mereka akan terima you seadanya. So, don't worry. - Eiman

I yakin, I akan gugup bila bercakap dengan mereka nanti. At least, kalau you bagi I masa sehari, I boleh prepare dulu nak cakap apa. - Aulia

Okey. Tapi I nak Skype dengan you juga. - Eiman

Without your parents? - Aulia

Ya. Skype. Now! - Eiman

Bergegas Aulia login ke aplikasi Skype. Baru beberapa saat dia masuk ke dalam aplikasi itu, nama Eiman sudah tertera menghubunginya. Sebelum butang jawab ditekan, sempat juga dia melihat dirinya di hadapan cermin. Jelas terpancar sinar bahagia di wajahnya walaupun terpaksa berjauhan dengan Eiman. Kerana sepanjang ketiadaan Eiman, lelaki itu tak pernah lupa untuk bertanya khabar tentang dirinya. Sepertimana ketika Eiman berada di Malaysia juga.

"Lamanya nak jawab," ujar Eiman setelah mata terpandang wajah yang dirindui itu.

Aulia tersengih.

"I miss you." Tanpa menunggu balasan daripada Aulia, kata-kata itu dituturkan.

Terukir senyuman nipis di bibir Aulia.

"Me too."

"Kenapa you tak nak I kenalkan you dengan parents I?"

"Bukan tak nak. Kalau you nak kenalkan esok, ha, yang tu boleh. Insya-Allah, I dah bersedia. Dah tahu nak kata apa," jelas Aulia.

"Okey, esok. I nak you bersedia. Sebab I nak kenalkan you dengan daddy, mama and Mina."

Segera kepala Aulia mengangguk. Yakin yang dia mampu berdepan dengan ahli keluarga Eiman pada esok hari.

"Daddy you dah okey?"

"Dia sakit belakang tapi tak nak pergi klinik. Itu yang masalahnya."

Sudah acap kali anak-anak dan ibunya mengajak Encik Jayden ke klinik tetapi orang tua itu susah sangat nak dengar nasihat kalau berkaitan dengan klinik atau hospital.

Hanya Itu PintakuWhere stories live. Discover now