11 장

371 46 12
                                    

---

Sebelah tangan Junhoe lambat-lambat dinaikkan ㅡ menyentuh permukaan pipi kanannya yang dirasakan masih lembap. Tanpa sedar , sudah lebih 10 minit dia berada di dapur rumah Jinhwan sambil tersenyum sendirian.

Junhoe langsung tidak memahami perasaan yang sedang dialaminya pada ketika itu. Membayangkan bibir kecil Jinhwan yang melekap di pipinya tadi bertaut pada bibirnya pula membuatkan hati Junhoe cair.

"Kalaulah Jinhwan tu perempuan.."

Junhoe menjadi serba tidak kena. Perasaannya dirasakan salah sama sekali.

Jinhwan mempunyai daya tarikan yang tersendiri , sama seperti apa yang gadis lain ada. Matanya yang menawan , tubuhnya yang mampu dimuatkan ke dalam pelukan seseorang , dan hati yang lembut umpama seorang perempuan.

Kadang-kala , Junhoe juga pernah membayangkan Jinhwan sebagai seorang yang lebih feminin.

"Aku tentu dah gila.."

Segera Junhoe membawa segelas susu suam ke bilik Jinhwan. Rumah banglo mewah ini sememangnya sunyi sejak Seiyeon kembali ke Eropah untuk menamatkan pelajarannya selepas kemalangan tersebut berlaku.

Ibu bapanya pula sedang sibuk menguruskan syarikat di tempat Seiyeon sedang belajar. Jadi , tidak hairanlah sekiranya keluarga mereka mampu merantau sejauh itu. Semuanya untuk menjamin legasi keluarga mereka yang berpendidikan dan berpelajaran tinggi.

"Laa... dah tidur rupanya."

Junhoe meletakkan cawan berisi susu suam tadi ke atas meja kecil yang menempatkan lampu tidur di sisi katil Jinhwan. Oleh kerana dia tidak mahu mengganggu lena Jinhwan , susu suam tadi dihabiskan.

Junhoe baring di samping Jinhwan sambil merenung setiap keindahan pada wajah sahabatnya.

"Aku harap aku dapat sayang kau lebih dari seorang kawan.."

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now