intro

10.3K 319 14
                                    

Para pelajar mula berkumpul di dewan makan asrama setelah menerima arahan dari warden asrama. Terkocoh-kocoh para pelajar memasuki dewan makan.

" diam dan terus cari tempat duduk!" tempik Mr.Jongkok, selaku ketua warden diasrama itu. Para pelajar akur lalu memenuhi tmpat duduk yang disediakan.

"Ok, selamat petang semua. Ini merupakan perjumpaan kita yang pertama..." maka dengan rasminya bermulalah leteran Jongkok yang panjang berjela.

Nickhun menguap panjang. Mengantuk betul mendengar leteran dari Mr.Jongkok itu.

"woi,tutup mulut sikit tu!" tegur Kyuhyun. Tangannya juga turut menampar paha Nickhun kuat. kebetulan mereka duduk bersebelahan. Senanglah tangan Kyuhyun nak mendarat atas paha Nickhun!

" Ouch..sakitlah..." rungut Nickhun sambil menggosok-gosok pahanya akibat tamparan Kyuhyun.

" Woi,mengantuk gila dengar ceramah Jongkok ni!" Kai membetulkan kedudukannya. Punggungnya terasa kebas akibat terlalu lama duduk diatas kerusi yang keras.

" biarlah dia nak membebel kejap...lepas ni penatlah mulut dia tu!" sampuk Taemin perlahan. Matanya masih terarah kepada Mr.Jongkok yang sedang berucap dihadapan.

Makin lama Mr.Jongkok berucap, makin kuat para pelajar bersembang. AKhirnya Mr.Jongkok menempik kuat.

"Yah, kamu ke saya yang tengah berucap sekarang ni?!" Jongkok membeliakkan biji matanya.

Terus suasana dewan itu kembali bertukar seperti suasana asal.

"bagus..oklah setakat itu ucapan ringkas saya. kalau ada masalah boleh call saya ditalian...."

" Ucapan ringkas? gila ke apa orang tua ni? hampir 45 minit dia berucap kira ringkas ke?" perli Sehun. Luhan hanya tersenyum kecil. Mengiakan segala kata-kata Sehun.

Setelah Mr.Jongkok habiskan ucapannya,semua pelajar menarik nafas lega.

AKhirnya raja membebel berhenti jugak berucap! kalau tak, sampai tahi telinga cair pon Mr.Jongkok tak habis membebel kot?

Para pelajar terus bangun dari tempat duduk dan beratur panjang untuk mengambil makanan. Mereka semua terus bersembang sesama sendiri. Maka bising balik suasana dewan makan!

" Yah Ravi, disini!" jerit Ken sambil melambai-lambai tangannya. Ravi akur lalu terus membawa makanannya kearah meja yang sudah dipenuhi oleh member VIXX.

"Yah,korang dapat bilik mana?" terus Ravi membuka mulut apabila selamat pinggannya mendarat diatas meja bulat itu.

" bilik 2 tingkat 1!" jawab N

" bilik 2 tingkat 1 juga!" jerit Ken pula. Ken dan N terus membuat aksi high-five.

" bilik 1 tingkat 1!" jerit Ravi riang.

"tak nak tahu aku punya bilik ke?" rengek Hyuk pula.

"apa dia?"

"tingkat 1 bilik 3. sekali dengan Leo hyung!" terus Hyuk menumbuk bahu Leo perlahan. Leo hanya menjeling tajam kearah Hyuk tanda tidak suka.

"saya sorang je tingkat 2...bilik 1!" tanpa disoal, Hongbin sudah menjawab.

"Haha..ganjil!" jerit N riang. Ravi dan Ken terus ketawa terbahak-bahak kepada hongbin. Tapi mana yang lawaknya pun tak tahu.

Leo mencebik. tak suka dengan peragai membernya yang sedemikian.

Asrama BerpuakaWhere stories live. Discover now