+++
Kertas di tangan, aku tilik dengan teliti. Satu benda langsung tidak masuk dalam otak. Fikiran melayang entah ke mana. Hati dari tadi terasa gundah gulana .
"Cik Han, sila tandatangan fail ni. " pembantu peribadi aku menghulurkan satu fail berwarna hitam untuk ditandatangan. Aku yang sedang mengelamun, tersentak. Segera fail bertukar tangan.
"Nah. " aku hulurkan balik fail tu bila dah tandatangan. Pembantu peribadi aku pandang aku dengan pelik.
"Cik Han okay? Kenapa mengelamun sahaja ni? "
Aku secara tersenyum dan angguk.
"O-okey. " jawabku dengan senyuman palsu.
"Jangan lupa mesyuarat mula lagi 10 minit, ya? " dia balas senyuman aku dan keluar dari pejabat aku.
Aku hembus nafas berat. Aku cuba fokus. Komputerku dibuka lalu dibuka satu data yang menempatkan maklumat penting tentang syarikat.
Kring kring!
Pandangan aku teralih pada telefon aku. Tertera nama panggilan ibu mertua aku. Aku capai dan tekap pada telinga.
"Yeoboseyo." sapaku dengan lembut. Aku senyum dengan gembira bila ibu mertua aku telefon sedangkan dia tidak nampak.
Tapi, makin lama senyuman aku mengendur. Senyuman aku langsung saja mati. Empangan airmata turut pecah. Pipi aku basah dengan aliran airmata yang deras.
"T-tidak... "
Aku terus matikan panggilan dan bergegas keluar dari pejabat. Kaki aku laju berlari ke pintu keluar dengan airmata. Tapi larian aku terhenti bila lengan aku dipegang dari belakang. Aku toleh.
Pembantu peribadi aku.
"Cik Han nak kemana? Mesyuarat dah nak mula. "
Aku geleng dan tarik balik lengan aku dari terus dipegang.
"Batalkan. " jawabku.
"T-tapi cik---"
"Aku kata batalkan, batalkan sahaja jangan membantah ! " laungku kuat menyebabkan seluruh warga pejabat memandang aku dengan terkejut. Air mata aku makin deras kelihatan.
"Hikk m-maaf. T-tapi saya minta tolong hikk batalkan. " aku minta maaf bila tahu aku sudah keterlaluan. Aku hilang kawalan. Emosi mengawal diri aku ketika ini.
Aku bergegas ke tempat yang diberitahu ibu mertuaku. Hospital.
+++
Sebaik sahaja sampai di hospital, aku terus berlari ke tingkat 5. Tingkat dimana bilik pembedahan berada. Bila pintu lift terbuka, aku terus meluru ke arah keluarga mertua aku serta keluarga aku.
"M-mana? Youngkyun mana? " gesaku sambil menggoncangkan lengan ibu aku. Mata dia turut merah dan dia geleng. Aku beralih pula pada ibu mertuaku.
"Ibu, m-mana Youngkyun? " desakku.
"Dia masih dalam bilik operation Kyumin. " jawabnya lembut sambil mengusap perlahan rambut aku. Dia juga turut menangis. Semua yang berada disini menangis.
Kreak!
Pintu bilik pembedahan dibuka dan keluar seorang doktor pakar lelaki. Dia menanggalkan mask dimulutnya dan pandang kami semua.
"Semua ni keluarga Encik Kim Youngkyun ke? " soalnya. Semua angguk lalu menerpa ke arahnya. Aku yang berada paling depan sekali. Berhadapan dengan doktor tersebut.
"Doktor, macam mana dengan tunang saya? " soalku tak sabar dengan airmata. Doktor tu senyum sayu dan geleng perlahan.
"Saya minta maaf tapi saya dah cuba yang terbaik. Pesakit tak dapat diselamatkan. Pembedahan pemindahan jantung, gagal. " terangnya. Aku kaku. Terasa waktu berhenti bergerak.
"Doktor tipu... " rintihku dengan gelengan.
"Maafkan saya cik. Pihak saya dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan pesakit. Lepasni, keluarga mendiang boleh datang ke pejabat saya untuk tandatangan surat kematian untuk tuntut mayat mendiang. Saya minta diri dulu. " dan dia terus berlalu pergi.
Aku mengundur ke belakang dengan perasaan tak percaya. Airmata aku jadi semakin deras. Aku sakit. Sakit hati.
"Kyumin... "
"Tak, mana boleh. Youngkyun tak boleh tinggalkan Kyumin! Dia dah janji nak kahwin dengan Kyumin! Tak boleh! " jeritku untuk luahkan perasaan. Aku terduduk. Ibuku dan ibu mertuaku menerpa ke arahku dan tubuh kecilku dipeluk.
Aku menangis teresak-esak. Masih tak dapat terima kenyataan yang tunang yang aku cintai dan telah aku jalinkan hubungan selama 5 tahun tu, tinggalkan aku begitu sahaja . Dia dah janji nak kahwin dengan aku! Dia dah janji!
Kenapa awak tinggalkan saya Youngkyun? Macam mana saya nak teruskan hidup tanpa awak?
. . .
Patutkah saya berubah demi kebaikan awak dan diri saya sendiri ?
Patutkah saya mencari pengganti awak ?
Adakah itu pilihan yang terbaik ?
Aku runsing dengan semua ini !
Ya ! Aku akan berubah utk diri ku !
Wait for the new me *smirk*
[ Coming Soon ! ]
. . . . . . . . . . .
Thnks for this idea syg akk ni ynnlblacky *lop lop*
YOU ARE READING
Isteri Atas Kertas [ On-Going ]
RomanceMengisahkan seorang perempuan berstatus CEO di syarikat usahanya sendiri yg bernama Han Kyumin yang telah kematian tunang kesayangannya iaitu Kim Youngkyun , telah bertukar perangai dan kelakuannya yang dulu lemah lembut , ayu dan penyayang . Sesuat...