PROLOG

113K 290 8
                                    

 IZARA mundar mandir dihadapan katilnya. Entah bagaimana dia harus memberitahu Ryan mengenai hal yang bakal mendapat pelbagai reaksi dari lelaki itu. Jam didinding dipandangnya sejenak sebelum dia memandang kearah pintu bilik. Sudah hampir pukul sembilan malam namun suaminya masih juga belum pulang ke rumah.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi tombol pintu yang dipusing dari luar.
"You dah balik?.."Ucap Izara sejurus melihat wajah serius suaminya. Pelik. Hari ini tiada senyuman yang menghiasi wajah kacak lelaki itu.
"I ada sesuatu nak bincang dengan you."Sambung Izara apabila lelaki itu seakan-akan tidak mengendahkannya. Belum sempat Izara mendekati Ryan, beberapa keeping gambar dicampak ke wajah isterinya.
"Siapa jantan tu?"Soal Ryan dengan wajah bengis. Terkebil-kebil mata Izara memandang satu persatu gambarnya bersama kekasihnya. Sejujurnya memang itulah yang ingin dibincangkan dengan Ryan. Dia ingin menuntut cerai setelah hampir lima tahun mereka mendirikan rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Ibunya sendiri mencadangkan agar dia bercerai dengan Ryan kerana lelaki itu digelar mandul memandangkan doktor yang merawat Izara telah mengesahkan bahawa dia subur.
"I boleh terangkan hal sebenar.."
"Jadi, selama ni you ada hubungan dengan doktor yang kononnya merawat you? Yang kononnya nak tahu you 'subur' dan boleh dapatkan anak ke tak? Dia rawat dengan apa? Dengan berikan layanan seks pada you, Izara?" Suara Ryan yang sudah memetir itu membuatkan Izara tertunduk.
"I nak you ceraikan I, Ryan. I tak boleh teruskan perkahwinan kita dan I cintakan doktor Danish. Dia dah janji nak kahwin dengan I sejurus kita cerai.. After all, I memang pernah terlanjur dengan dia beberapa kali. You masih nak ke dengan I?"
Panggg!!
Sebuah tamparan mengenai wajah Izara saat dia menuturkan ayat tersebut.
"Bibik! Pak Abu!!"Teriak Ryan sambil memandang wajah isterinya dengan pandangan tajam. Matanya sudah merah menahan amarah yang meluap didada saat ini.
"Ya tuan.."Beberapa minit kemudian, pemandu peribadinya dan pembantu rumah sudah muncul dimuka pintu.
"Kau dengar sini Izara binti Ismail. Bersaksikan Pak Abu dan Bik Timah, aku ceraikan kau dengan talak satu.. Kita jumpa dimahkamah."Pak Abu dan Bik Timah masih tercengang melihat apa yang berlaku dihadapan mata mereka itu. Sekelip mata saja Tuan Ryan telah menceraikan isterinya. Sepanjang mereka bekerja dirumah itu, tidak pernah sekali pun mereka melihat kedua-dua pasangan itu bertengkar atau bermasam muka. Namun hari ini, tidak lebih dari tiga minit mereka melihat pertengkaran itu. Sekelip mata saja Izara sudah diceraikan Ryan.
"Aku berikan kau tempoh seminggu, Izara. Selepas seminggu, aku nak kau berambus dari rumah ni. Bik Timah dan Pak Abu pula, saya berikan kalian cuti bergaji untuk beberapa bulan ni. Saya akan hubungi kalian semula kemudian."
"Baik, tuan.."Balas Bik Timah dan Pak Abu serentak.
"Sebelum tu, Bik Timah tolong kemaskan semua barang saya dan Pak Abu tolong uruskan penghantaran ke rumah mama saya."Arah Ryan sebelum dia beredar dari situ tanpa memandang wajah Izara yang sudah terjelepuk ditepi katil bersama juraian air mata. Sejujurnya dia juga terkesan dengan penceraian itu. Dia juga berbelah bahagi untuk meminta agar Ryan melepaskannya. Sesungguhnya dia masih sayangkan suaminya tetapi semuanya sudah terlambat kerana dia bukanlah isteri yang baik buat Ryan lagi. Dia sudah kotor dan jijik setelah dia melakukan perkara terkutuk bersama Doktor Danish.

Sexy OneWhere stories live. Discover now