Plak!
Berterabur semua bekas ubat dan pil di atas lantai. Lui jatuh terduduk sambil memegang dadanya yang terasa sesak. Ubat dan pil yang bersepah di lantainya itu tidak dihiraukan.
Pandangan matanya makin kabur. Aaahh.. Lui tak suka perasaan begini. Dia cuba mencapai meja ditepi, mengangkat diri sendiri yang tak berdaya bangun.
Debuk!
Dia jatuh semula ke atas lantai. Akhirnya Lui berbaring dan memeluk tubuhnya sendiri.
Tuk! Tuk!
Bunyi pintu biliknya diketuk.
"Siapa? " Lui buat suara biasa, sambil itu menahan rasa sakit yang menyiksa dirinya itu.
"Aku.. Ken.. " suara diluar kedengaran.
Lui terus bangun dari berbaring, tak peduli rasa sakit yang dirasa. Ubat yang bersepah dia tolak ke bawah katil. Kakinya digagahkan bangun dan Lui membuka pintu.
"....." ✨✨
Ken memandang Lui yang berdiam diri tapi mata Lui tu kalau boleh, nak ada bintang yang bersinar. Geram pula Ken bila tengok Lui yang teruja macam tu sambil pandang ke arahnya. Macam budak kecil.
"Aku nak tanya soalan.. " Ken menunjukkan soalan latihan yang dia pegang dari tadi pada Lui.
"Ohh.. Yang ni.. Kau buat macam ni.. " Lui menjawab sambil mengambil pensel pada tangan Ken dan mencatit pada buku tersebut.
Ken mengangguk apabila dia telah faham dengan penerangan Lui.
"Ok.. Sankyu.. " ujar Ken sebelum mengambil semula pensel dan bukunya.
Lui tersenyum kecil. ✨✨
Ken yang perasan akan senyuman Lui, pandang Lui semacam. Entah kenapa dengan Lui ni..
"Kau okay? " tanya Ken, risau. 😕
Lui terkebil-kebil. Dia merenung Ken dan saat itu matanya macam berkaca.. 😗
Ken risaukan dia??
Lui gembira sangat!!
"Ken.. Kau ni baik la.. " puji Lui yang gayanya masa tu macam nak peluk Ken.
Ken yang terkejut terus melompat kebelakang dan menolak tangan Lui. 😨😨 Dah kenapa dengan Lui ni?????
"Jangan dekat! " jerit Ken.
Ken berundur dan perlahan-lahan dia mencapai tombol pintu biliknya. Selepas pintu itu dibuka, dia berlari masuk ke dalam bilik.
Bam!
Pintu depan bilik Lui itu dihempas.
Lui tersenyum kecil. Ken.. Bagi Lui lelaki itu sangat baik. Walaupun Ken tak tunjuk, tapi Ken selalu risaukan dia.. Lui tahu tu. Sebab masa dia balik ke bh MOX sebelum ni pun, Puan Teresa ada beritahu Lui yang Ken keluar untuk cari dia. Masa tu Lui masih belum balik ke bh MOX walaupun hari dah lewat.
Ahh.. Bila ingat balik masa tu..
Lui menyentuh dadanya yang sesak. Pintu biliknya kembali ditutup dan Lui pandang ubatnya dibawah katil.
"Tch.. "
Penyapu dicapai dan Lui menyapu semua ubat dan pil lalu dicampak ke dalam tong sampah. Menyemak.
※※※※※※
Aya tersenyum gembira. Aaa!!! Tak lama lagi nak cuti lepas habis exam pertengahan semester. Dia teruja. Apa yang patut dia buat masa cuti nanti?? Tapi cuti cuma seminggu..
YOU ARE READING
Boarding House~Full of Love~ (Completed)
Ficção GeralAya, gadis yang comel tak pernah bercinta. Seorang yang selamba dan sentiasa fikirkan tentang kawan-kawannya. Lui, lelaki pendiam dan tak banyak bercakap kalau tak ada hal penting. Suka membaca dan buku adalah segalanya. Ada ramai kawan.. tapi semu...