Bab 14

5.2K 128 0
                                    

"Banyak lagi ke barang yang Hana nak cari ni?" Soal ku yang mengikut Hana sedari tadi berpusing satu kedai.

"Ada lagi beberapa barang ni kak. Akak penat ke? Kalau penat duduk lah kat kerusi hujung tu dulu, atau akak pergi mana-mana restoran order makanan untuk kita. Adik lapar lah kak..." sengih nya pula.

Asal lapar minta belanja dari aku. Asal lapar je minta.. Ishh.

"Yelah-yelah. Akak pergi Jollibee, order menu set lunch untuk kita berdua. Dah habis beli barang, pergi kat akak. Jangan lama, hati-hati" angguknya dan terus ku menuju keluar ke arah Jollibee, nak makan ayam dengan spaghetti.

Nasib baik harini mama papa pergi daerah seberang nak uruskan bisnis kat bangunan sana. Makayla pula ada kelas tuisyen hingga jam lima. Pembantu rumah termasuk driver semua cuti hari ni. Nasib lah aku kalini.

Aku beratur menunggu giliran di kaunter. Memandangkan waktu ni dah masuk waktu tengah hari, memang ramai lah orang.

"Psst... psst.. Hai sayang" bisik suara lelaki yang asing di pendengaran ku. Aku menoleh ke kanan, niat dihati nak sahaja ku tampar terus muka orang tu, rupanya Naim.

Tak jadi tangan ku nak menampar. Betul lah, tetiba jee tegur hai hai sayang bagai. Kalau boleh WWE terus aku kat sini. Cehh..

"Hai" balas ku dan terus melangkah setapak lagi kedepan.

"Sayang datang sorang je ke?" Soalnya dan merapatkan tubuh diantara kami.

"Tak. Datang dengan adik perempuan tadi, dia lapar ni yang kena belikan makanan"

"Order lah, biar abang bayar" balasnya.

"Abang?" Pelik dia bahas dirinya sebagai abang. Senyuman tak lekang dibibirnya memandang ku. "Takpe, I sendiri jee yang akan bayar" tolak ku.

"Sayangggg" tegurnya. Wuishh seram, dengan badan nya yang segak menampak muscle-muscle tu lagilah aku takut. Nanti dia taing kat leher aku, nyaris leher aku tak bernafas.

"Fine, bayarlah. Taknak bantah"

"Good!" Jawabnya sambil mengusap lembut kepala ku, dan cepat ku menepis tangan nya sebelum rambut ku rosak dikerjakan.

"Tak sangka boleh terjumpa sayang kat sini" angguk ku dengan kata-katanya.

Selesai ku mengambil 2 set makan tengah hari, kemudian aku mengikuti Naim ke tempat duduk nya bersama rakannya.

"AHH!!" Jerit kami serentak.

"Kau!"

"Kau!!"

"Wait. Wait. Sayang, okay duduk dulu" aku mengambil tempat duduk ku disebelah Naim, juga berdepanan dengan Bella.😒

Aku memandang Bella dengan pandangan yang mungkin ada berkuasa elektrik di tengah. Manakala, dia juga membalas pandangan mata ku.

"Fine..." keluh Bella. Yesss aku menang. "Aku datang sini sebab dating dengan Kevin" jawabnya sambil mata melirik ke sebelah nya, iaitu Kevin. Juga merupakan rakan kepada Naim.

"You?" Aku soal Naim.

"Eh abang tak tahu, tadi abang datang dengan Kevin jee. Tak tahu pulak kawan you pun ada sekali waktu ni"

"Right!"

Aku mencapai iP7 yang berasa di dalam tas tangan ku, kemudian mendail nombor Farhana.

"Kat mana sekarang ni? Dah, datang sini cepat! Teman akak makan ni dengan kawan. Kalau adik tak sampai sini dalam lima minit, akak makan semua makanan adik! Bye!"

Lantas ku mencampak kembali iP7 ku ke dalam tas tangan semula.

"Garang nya sayang, ni lepas kahwin dah tentu lagi garang" perli Naim. Aku cili juga nanti mulut manis kau tu. Makin manis nanti, lagi ramai orang suka.

"Taknak layan lah kalau macam ni, baik duduk kat ruang kosong depan sana. Lagi aman nak makan dengan adik sendiri" dulang yang terisi makanan ku serta adikku, ku angkat dan ingin melarikan diri, malangnya ditahan semula oleh Naim.

"Merajuk. Tu lah manja sangat. Kalau manja nak tidur malam tu takpe lah" lagi.

"Fine. Bye" aku melangkah lari duduk di tepi dinding kaca luas bagi memudahkan untuk Farhana mengecam ku.

Tak lama kemudian datanglah juga Farhana dengan membawa segala beg plastik yang terisi barang sekolahnya.

Dah lah hati ni sakit sebab Bella langsung tak bagi tahu kitorang sebab dia dating dengan Kevin. Ni lagi sorang memang tak reti nak buat minta maaf. Tunggu lah, ini kali ketiga aku terjumpa dia.

Orang kata kalau dah selalu terserempak, tu nama nya jodoh. Fine, kalau dia jodoh aku sekali pun, pandai-pandai lah nak pujuk aku balik.

"Sorry kak. Ni tengok ni banyak barang nak di angkat. Akak tolong akak kan sikit nanti ehh" ujar Farhana. Terus dia mendudukkan diri di depan ku.

Dengan secara tetiba nya sebuah kerusi ditarik menghala ke sebelah ku. Aku pandang sisi kiri, memang tak salah, Naim orangnya. Aku buat endah sahaja.

Aku makan dalam keadaan diam, begitu juga Naim. Sebaliknya, Farhana hanya menjadi pemerhati drama free di depan kami.

"Akak dengan dia?"

*********

Votes
Read
Comments
Follow and Shares!

Hot! Hot! SOLDIER!Where stories live. Discover now