M.B || one

42 9 0
                                    

"Ok class. Harini kita akan terima seorang pelajar baru dari Areum Highschool. Diharapkan semua pelajar dapat bantu dia" kata Ms. Song sebaik sahaja memasuki kelas 1A-5.

"Nae" jawab seluruh pelajar didalam kelas tersebut. Mata mereka memandang pintu kelas dengan perasaan ingin tahu.

"Baiklah, jadi. Ms. Soeun boleh masuk kedalam kelas" kata Ms. Song dengan nada suara yang sengaja dikuatkan.

sreett

Pintu kelas dibuka dan seorang gadis kacukan Korean-Tawainese melangkah masuk dengan senyuman terukir dibibir.

Rata-ratanya lelaki tergamam apabila melihat wajah Soeun dan para perempuan mula berbisik sesama sendiri.

"Jadi kamu boleh perkenalkan diri kamu" kata Ms. Song kepada Soeun.

"Ah.. Nae. Thank you Ms. Song. Nama saya Kim Soeun. Saya dari sekolah Areum Highschool yang terletak diBusan. Harap dapat beri tunjuk ajar" Soeun membongkokkan badannya.

"Ada apa-apa soalan ?" tanya Ms. Song kepada pelajarnya. Melihatkan tiada balasan, Ms. Song kembali memandang Soeun.

"And kamu ada apa-apa lagi untuk dikatakan ?"

Soeun hanya tersenyum dan menggeleng.

"Ok, kamu boleh duduk ditempat yang kosong dan kita akan mulakan sesi pembelajaran seperti biasa. Soeun kamu masuk kedalam kumpulan Hwasa dan kumpulan satu mula buat persediaan untuk pembentangan. Susun meja dan lakukan semuanya dengan senyap"

"Nae" balas semua pelajar.

"Saya akan kembali sebentar lagi. Pastikan bila saya kembali, kamu sudah berada dalam kedudukan kumpulan masing-masing" pesan Ms. Song sebelum melangkah keluar.

Soeun hanya terkebil-kebil memerhatikan rakan barunya bergerak kehulu-hilir. Para lelaki mengangkat dan menyusun meja. Para perempuan pula sibuk mengeluarkan bahan something like this and like that yang Soeun taktau nak buat apa.

"Soeun. Sini" panggil seseorang.

Soeun yang sememangnya blur hanya merapati orang yang memanggilnya sebentar tadi.

"Aku Hwasa. Ni Moonbyul. Ni Solar dan ni Wheein" ujar Hwasa, memperkenalkan ahli kumpulannya seorang demi seorang.

Soeun mengangguk faham.

"Kim Soeun. Sila beri tunjuk ajar" balas Soeun sopan. Memandangkan baru hari pertama, perangai kenalah sopan sikit, fikirnya.

"Ni pembentangan pasal apa ?" tanya Soeun. Dia duduk disebelah Moonbyul yang sibuk menghadap telefon dan menghiraukan suasana yang bising.

"Sejarah Korea" balas Moonbyul sepatah tanpa memandang muka Soeun dan menyebabkan Soeun mencebik tanpa sebab.

Solar yang memerhati hanya tersengih.

"Dia memang dingin dengan orang baru. Act dia bukan dingin. Tapi dia pemalu, dia mana reti bergaul dengan orang" kata Solar.

Soeun mengangguk faham.

"Kenapa korang relaks je ?"

"Masa cikgu bagi tajuk, kitorang dah start buat. Group lain memang suka buat kerja last minit. Lagipun giliran kita third last. So maybe harini kita tak kena bentang pun" jawab Hwasa.

"Ooo" Soeun mengangguk.

"Baiklah class. Can we start now ?" Ms. Song masuk kedalam kelas dengan sebuah laptop ditangannya.

❁❁❁

"Bosannya" keluh Soeun. Dia memasukkan tangannya kedalam poket dan mula mengorak langkah kekantin.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mafia Boyfriend ❭❭ pjmWhere stories live. Discover now