Segalanya tentang kamu itu sempurna pada zahirnya. Tapi tidak pada batinnya. Semakin aku cuba mengerti, semakin jauh kau melarikan diri. Entah ke mana kau mahu pergi? Jalan simpang siur mana yang kau mahu redahi? Sedalam mana aku cuba gali, masih belum bertemu akar umbi. Kenapa kau begini? Mengapa harus begini? Sampai bila, aku pun tidak pasti.
Jie, semoga Tuhan sentiasa merahmati. Semoga sayapmu masih gah terbang mengejar impi. Semoga kasihmu sentiasa teguh pada yang menyintai. Semoga sahaja, bahagia kau miliki hari ini, akan kekal selama mana yang kau ingini.
YOU ARE READING
Sehari Selembar Puisi
PoetryMinda setumpul bilah Diasah bersama perahan limau Mengelar bait bait sepi Tajam dan sinis