1

843 18 2
                                    


Suasana di Tadika Chempaka riuh rendah dengan suara kanak-kanak. Ada yang sedang menangis, ada yang sudah berlari di sekeliling sekolah, ada yang sudah bermain dengan permainan yang di sediakan oleh pihak sekolah dan tak kurang juga, ada yang sedang duduk bersama keluarga tersayang.

"Tak perlu lah menangis, Danial. Kamu kan dah besar, dah sekolah. Tak malu ke orang sekeliling tengok?" soal Puan Khalidah, khuatir melihat anaknya yang merengek. Danial Hadif hanya menggelengkan kepalanya tanda protes.

Puan Khalidah terpandang seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di satu sudut, memerhati persekitarannya. Hatinya terpaut melihat kecomelan anak kecil itu. Seperti anak kacukan! Sungguh cantik.

"Danial, tengok tu. Girl tu tak nangis pun, Danial boy ni pulak manja lebih. Malu lah sikit." Kata Puan Khalidah seraya menunjuk kepada gadis kecil itu.

Danial Hadif yang sedari tadi menangis terus sahaja berhenti mendengar kata-kata mama nya. "Dan..ial, strong." Katanya dalam esakan. Gadis itu yang terasa dirinya diperhati menoleh. Satu senyuman dihadiahkan kepada mereka membuatkan hati Puan Khalidah cair, apatah lagi dengan lesung pipit pada kedua belah pipinya membuatkan diri anak kecil itu semakin manis. Dia sememangnya amat menginginkan anak perempuan, namun apakan daya dia hanya mampu melahirkan seorang zuriat sahaja.

"Kita kawan girl tu nak?" ajak Puan Khalidah, beria-ia. Danial Hadif hanya menganggukkan kepalanya. Mereka menghampiri anak kecil itu. "Hi." Tegur Puan Khalidah membuatkan anak kecil itu tersenyum.

"Nama kamu siapa?" soalnya lagi. "Eleeah Rafeea." Jawab anak kecil itu perlahan. Nama itu seindah dirinya.
"Rafeea, come. Wash your hand before class." Kata seorang guru wanita lalu memimpin tangan Eleeah Rafeea. Satu senyuman dihadiahkan kepada Puan Khalidah yang turut membalas senyuman guru muda itu.

"Ma! Danial ikut Leah." Kata Danial Hadif yang sedari tadi diam secara tiba- tiba lalu pergi menghampiri guru muda itu. Puan Khalidah hanya tersenyum.

Kau Yang SatuWhere stories live. Discover now