AxM 25

8.8K 263 29
                                    

adelXmashah 25

¤¤¤

Kasih kau menjerat rasa cinta kita berdua dengan kebencian mu~


'' Mama kenapa ni?! '' tangan mamanya digoncang kuat.

'' Mashah sayang... suami Adel, ''

'' kenapa dengan Mashah, kenapa dengan suami Adel Mama? '' mendengar nama yang dirindui pantas dia memintas.

'' Mashah accident sayang~ ''

Allah.. Bagai kepalanya dihempak dengan batu besar, menghentaknya terus sehingga rebah ke bumi..

________

Dia bergegas mendapatkan doktor yang baru saja keluar dari merawat suami, tak di perduli rasa sakit yang menyengat di bahagian sensitivenya kesan lepas bersalin yang dia tahu dalam fikirannya cuma ada Mashah.

'' saya nak jumpa suami saya, '' tak di tanya keadaan Mashah yang dia nak cuma melihat wajah itu di depannya.

Mamanya menarik bahunya dan mengosok pelahan supaya diri itu bertenang. '' Adel bawa bersabar ye. Doktor macam mana dengan anak saya? ''

Doktor itu menarik nafas perlahan sebelum meluah butir bicaranya. '' hentakkan kuat di kepalanya menghasilkan darah beku di kepala, kami sudah pun melakukan pembedahan tetapi keadaan encik Mashah masih kritikal berikutan dia kehilangan banyak darah. Kami perlukan penderma darah untuk encik Mashah kerana pihak hospital kekurangan darah jenis encik Mashah. '' terang doktor itu buat mereka semua terlopong dan Adel antara orang yang paling terkesan dengan apa yang terjadi pada Mashah.

'' apa jenis darah dia doktor? '' Adelan yang dari tadi setia di sisi bersuara.

'' Darah O. ''

Darah O? Dalam keluarganya tiada yang darah O, mana dia nak cari darah O. Adel terhenyak di kerusi hospital.

'' mama~ ''

Kenapa ini yang harus terjadi, kenapa tidak dia saja yang di hukum, kenapa harus Mashah, kenapa harus suaminya? Dia menyesal. Kerana sikapnya yang cepat menghukum dia membina batas antara dia dan Mashah.

_________

Beeb!

Beeb!

Beeb!

            AIR mata yang jatuh di pipi Mashah di sapu dengan cermat supaya tak mendatangkan sakit pada yang di kasihinya. Adel meletakkan kepalanya sebelah bahu Mashah. Tanganya di satukan dengan tangan kaku Mashah.

'' you~ sedarlah please, I nak minta maaf... ''... setia dia menanti yang tercinta sedar...

'' I banyak salah dengan you sebab tu I nak minta maaf... you bangun lah~ ''...walaupun dia tahu kemungkinan sidia untuk sedar sangat tipis...

'' you taknak jumpa Adam hmm, dia tunggu you dekat rumah__anak kita Adam__ '' ...kemungkinan juga dia akan kehilangan sidia yang tercinta untuk selamanya...

Adel angkat kepala. Dia taknak kehilangan Mashah, dia tak sanggup. Makin kuat esakannya berbunyi dalam bilik yang mana hanya ada dia dan Mashah.

'' sayang bangun please___I love you. I love you so much~ '' lemah. Dia lemah menghadapi Mashah yang terbaring kaku begini. Dia perlukan lelaki ni, dia mahukan pelukan hangat Mashah. Dia rindukan Mashah... Ya Tuhan kenapa kau mendera perasaanku begini.

Wasiat Cinta (adelmashah)Where stories live. Discover now