Pagi tu aku disolek oleh mak andam kawan ibuku , memang cantik solekkan dia tak terlalu tebal macam cita rasa aku
"Kamu ni makeup nipis pun dah cantik" puji Mak Jira mak andamku
"Terima kasih" kata ku dan senyum nipis padanya
"Kenapa ni tak seronok ke,ni kan majlis kamu kena lah happy . Tapi mak Ji tahu kamu berdebar kan nak jumpa encik abang kejap lagi" usik mak jira
Aku senyum, dalam hati
'Jumpa pun tak pernah , nak jumpa depan2 ni yang aku takut sangat ' kata aku dalam hati
"Assalamualaikum , ha ji macam mana siap dah anak dara aku ni" tanya ibu yang baru masuk
"Dah ni ha tengok sendiri bidadari ni" kata Mak jira dan pegang bahu aku
"Masyaallah , ji cantiknya " puji ibu , buat hati aku makin kembang
"Cantik anak ibu ni" puji ibu lagi dan duduk sebelah aku di hujung katil yang telah siap dihias
"Ibu ni, buat orang makin kembang kang baju pengantin ni koyak jangan marah pula" aku usik ibuku
Ibuku tampar paha aku perlahan
"Dah jom turun , pengantin lelaki dah sampai tu" kata ibu
Tangan dan kaki ku semua dah sejuk macam dalam ais bila ibu cakap dia dah sampai
'Ya allah lagi berapa minit je aku akan bergelar isteri orang' kata aku dalam hati
Aku berdoa pada tuhan agar pemudahkan majlis ni
Aku turun dengan pegang tangan ibu sebelah kanan , tangan kiri pula angkat sikit kain . Kang jatuh tangga malu pulak , tak pasal2 dapat panggilan pengantin jatuh tangga
Dah sampai kat bawah aku tengok mak bakal suamiku , wajah nya manis senyuman tak lekang dari bibir bila tengok aku
Bila aku tengok depan dia langsung tak pandang belakang jadi aku tak nampak wajah dia , dari belakang badan dia memang seksi tak terlalu sado sangat
Aku tenung je ibu dan dan bakal mak mertua ku yang berada di sampingku
Ibu dah nak nangis , mak lelaki tu pun dah nak nangis
Bila tok kadi tanya sesuatu pada pengantin lelaki baru aku dengar suara dia , sedap nya ya allah . Aku dah terbayangkan suara dia bila baca Al-Quran mesti merdu
"Azrif Mikail bin Azmail aku nikahkan dikau dengan Elya Asyikin binti Mohd Amin dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 ribu ringgit tunai" lafaz tok kadi tu
"Aku terima nikahnya Elya Asyikin binti Mohd Amin dengan mas kahwinnya sebanyak RM 3000 ribu ringgit tunai" balas Azrif lelaki yang sudah pun menjadi suamiku
"Sah?" Tanya tok kadi pada bapa ku dan bapa mertuaku yang berada di sisi tok kadi
"Sah" balas mereka berdua dengan senyum lega
Tok kadi suruh sarungkan cincin di jari ku , bila dia lusing aku nampak wajah dia
Aku terdiam dan terkaku
Hensemnya gila suami aku , putih pula tu
Dia pun terkaku , mata dia bulat besar bila pandang aku , mungkin sebab aku tak cantik kot dia terkejut tengok isteri dia tak lawa
Tiba2 hati ni rasa sedih sangat bila fikir macam tu
Dia hampiri aku , ibu dah suakan cincin emas padanya
Dia ambil dan sarungkan ke jari manis ku,entah kenapa jantung ni berdegup kencang bila kulit dia bersentuh dengan kulitku
Aku salam tangannya , dia hampiri wajah ku dan cium dahi ku lama
Aku terdiam dan terkejut bila dia cium lama dahiku
Azrif POV
Lepas je aku tok kadi cakap sah dan baca doa , aku kena sarungkan cincin pada dia isteri yang aku tak pernah tengok
Aku pusing , dalam hati aku berdoa agar dia cantik . Sebab mama cakap bakal isteri ku tu cantik sangat
Bila aku pusing aku nampak wajah dia
'Masyaallah , cantiknya macam bidadari' aku kata dalam hati
Aku tergamam , tapi bila dia tunduk mungkin malu bila aku pandang dia macam tu aku terus hampiri dia
Aku sarungkan cincin , dia salam tangan aku lepastu aku cium dahi dia
Aku tak tahu kenapa tapi bila aku cium dia aku rasa jantung ni berdegup kencang tak macam selalu , aku dapat rasa tekak aku kering gila
Kulit wajah dia lembut sangat , aku suka bau dia pun wangi macam bunga
Suami Elya tu gambar cover tu , mamat tu Azrif
Ok so...ni bab yg panjang saya tulis , kalau ok korang boleh komen😎N jgn lupa Vote ok😆
YOU ARE READING
Kerana Dia Isteriku
Kısa HikayeApa makna cinta pada Azrif? Adakah hanya sekadar gurauan atau permainan Apa pula makna sayang? Ditaburnya pada setiap gadis yang sering bertukar tukar setiap malam Bagi Elya cinta itu suci dan hanya untuk seorang yang bergelar suami . sayang pula b...