adelXmashah 26
¤¤¤
Izikan aku mencintaimu setulus dirimu mencintaiku~ walaupun aku pernah menghancurkan cinta rulus mu~
Hari ke-3
HARI ni dia menjengguk lagi suaminya. Setelah semuanya terbongkar makin rasa bersalah dia pada Mashah. Dia bencikan dirinya yang melayan Mashah dengan teruk, dia hiraukan Mashah, dia seksa jiwa dan perasaan Mashah, dia tak bagi Mashah mendekati anak dalam kandungannya. Ya Allah~
Kau isteri yang teruk Adel__
'' I minta maaf... ''
Adel mengenggam tangan Mashah erat. Sejuk. '' Ya Allah jangan kau ambil dia dari aku Ya Allah... bukan saat ni.. aku merayu padamu... '' bibirnya bergetar mengungkapkan kata.
'' kenapa you tak nak bangun lagi, you benci dekat I ke? ''
Kenapa Mashah masih tak sedar? Padahal darah dah ditransfer kepadanya. Nasib baik Farid kawan Mashah juga berdarah O kalau tak mungkin Mashah tak dapat bertahan lagi. Tersedar akan perkara itu Adel menangis hiba.
'' Mashah you kena bangun, you kena jumpa anak kita. Adam. '' suaranya menjadi semakin perlahan. Sebak hatinya melihat keadaan suaminya begini. Lelaki baik seperti Mashah tak harus terbaring kaku begini.
'' I sayang kan you, I bodoh sebab abaikan you. '' dia membawa tangan Mashah ke bibirnya.
'' I promise bila you dah bangun I akan dengar cakap you. You nak suruh I buat apa cakap je I buat, but please wake up~ '' suara serak bercampur tangis. Dia mengharapkan masih ada kesempatan dia perbetulkan semua ini.
ADEL berteleku di sejadah. Untuk pertama kalinya dia bersujud serah diri pada maha bekuasa Allah s.w.t setelah sekian lama dia tinggal dan lupakan. Allah... berdosanya dia.
'' encik Mashah disahkan koma. Kami tidak dapat memberi kepastian sama ada encik Mashah akan sedar dalam jangka waktu ini ataupun tidak ''
Terasa lemah lututnya untuk berdiri bila saat doktor memberi khabar duka pada mereka. Adel mengangkat tangan dengan kepala mendongak ke siling biliknya. Air mata yang bergenang mengalir perlahan menuruni pipi.
'' Ya Allah, aku hambamu yang hina yang Allah. Terlalu banyak dosa telah aku lakukan padaMu, mama dan papa, dan juga satu-satunya suamiku. Aku tahu aku tidak layak meminta belas dariMu, tapi aku mohan Ya Allah hanya untuk kali ini Kau makburkan doaku. Kau sembuhkan suamiku, Kau sedarkanlah dia Ya Rabb... jangan Engkau menghukum dia kerana daripada salahku. Aku memohon Ya Allah.... '' Aku rindu dia, I need him. Dia meraup tangan ke muka mengaminkan doa bersama deraian air mata di pipi.
'' ark.. ark.. ''
Adel berpaling melihat Adam dalam baby cot. Bibirnya tersenyum kecil. Adam macam tahu saja Adel sudah selesai solat mula merengek kecil minta di angkat.
Adel menanggalkan telekung dan melipatnya terus di letak pada penyidai. Sejadah yang selalu di guna Mashah dicium dulu sebelum meletakkannya di atas rak sebelah Al-Quran. Adel menghampiri Adam di baby cotnya.
'' Anak mummy dah bosan ye duduk dalam ni, '' Dia mengacah anak sulungnya. Diangkat Adam dan di letakan atas katilnya.
'' ark.. ark.. ark.. '' Adam turut memberi riaksi bila mummynya mula bercakap dengannya.
'' Iye sayang, anak mummy nak cakap apa ni? Anak mummy rindu daddy? Kalau daddy ada mesti dia tak pandang mummy, melekap saja dengan Adam kan? '' lirih saja suaranya.
YOU ARE READING
Wasiat Cinta (adelmashah)
ChickLitRE-EDIT SOON! Highest rank #1 in chicklit Bila kepala batu bertemu kepala batu, kau rasa aman ke nak hidup? Oh no! Tapi macam mana kalau Mashah memang diciptakan untuk Adel? ''You kena kahwin dengan I,'' mocha latte di cawan di teguk dengan sopan. ...