Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya . Pintu hati yang telah lama tertutup perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar, turut sama merasai apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.
Dalam situasi yang tidak di duga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Namun, langit tidak selalunya cerah... mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan kebencian melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga akhirnya. Namun, segala-segalanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan buat seumur hidupnya.
Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran kepada Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?
YOU ARE READING
Hatimu Milikku
Fanfiction"Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu. Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku" *Adaptasi novel. Sy bukan penulis sebenar tp sy copy cerita ni. So maafkan sy sekiranya ini membuatkan anda marah. Kalau nak lagi best belilah bukunya 😇