Saat ini Hanim sedang baring di atas katil, melihat siling putih dan pusaran kipas yang meniup kedinginan pada segenap inci tubuhnya. Dia sedang tertanya-tanya, apakah maknanya cinta kalau dapat ditafsir menggunaan rasa.
Adakah ianya manis, pahit, atau pun masam?
Adalah rasanya sama seperti tatkala dia menjemput cebisan ayam ke dalam rongga mulutnya? Atau pun rasanya sama seperti aiskrim vanila yang mencair ketika disentuh lidahnya?
Entah. Dia sendiri tak ada jawapannya. Yang dia tahu, hatinya sudah mati rasa. Dia sudah tidak tahu apa rasanya cinta dan bagaimana rasanya mencinta dan dicintai seseorang.
Lelaki itu sudah ambil segalanya.
YOU ARE READING
Tulis
PoetryIni merupakan koleksi cerpen atau ayat pendek yang ditulis secara suka-suka. Genrenya tidak tetap. Kadang-kadang berkisar tentang cinta. Kadang-kadang berkisar tentang kisah ngeri. Kadang-kadang saja mahu buat awak menangis. Pastikan anda membaca de...