"Eng..engkau! Engkau bukan budak yang gilakan kucing semalam tu ke?" Tergagap Jannah menanyakan soalan yang..-kau dah tahu, tapi saje lagi nak tanya.
"Yes, i'm. Aku ialah mr. meow jiran sebelah rumah kau merangkap sebagai CEO baru kau!" Kata Firdaus dengan penuh angkuh lagi sombong bagai nak rak lagi bangga diri lagi hidung tinggi kalahkan monyet lagi erhhhh. Menyampah.
"Oh yeah. Kau nampak muka aku macam kisah ke?" Selamba Jannah berkata sambil membuat muka nakalnya. "Ishhh, kau ni kan.." disebabkan terlampau geram dengan sikap Jannah yang tidak menghormatinya, Firdaus bangun lalu mahu menolaknya jatuh...tetapi...
"Sebelum kau nak sentuh aku, biar aku kasi lebam dulu kau punya muka jebon tu, wahai mr. CEO!!!" Dushhh!!! Penumbuk berapi yang dilepaskan oleh Jannah sebentar tadi telah memengsankan Syed Firdaus Hanafi dengan empat kelip mata.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh Amanina, setiausaha Syarikat Cuba Jaya. Dengan muka terkezutnya dia bertanya... "Ya Allah!!!! Ni kenapa ha? Kau dah buat apa Jannah?" Kalut bebenor nampak gayanya tuuu.
Jannah hanya mejulingkan matanya naik ke atas. 'Asal kau datang? Kan dah kecoh..haish, menyemak jer'. Kata Jannah di dalam hati dengan perasaan yang teramat selamba.
Woiii sedarlah CEO kau pengsan tuuu!
♡♤♡♤♡♤
Selang beberapa minit, Firdaus keluar dari bilik rawatan dan menuju ke arah Jannah yang sudah terlena di atas kerusi menunggu. "Woit, bangun lah. Aku dah siap." Firdaus mengejutkan Jannah.
"Woi budak gangster...kau tak reti nak bangun ea. Okay takpe, biar aku dukung kau masuk dalam kereta. Kau taknak bangun sangat en." Jannah?? Masih diam membisu dengan keadaan kepalanya yang ditunduk ke bawah dan tangan yang menyilang, ala-ala gangster kampung dusun.
♡♤♡♤♡♤
Lena betul si Jannah ni tidur sehinggakan dah nak tiba di rumah pun..masih dia tidak bangun dari tidurnya.
Dalam 100m lagi dari rumah, tiba-tiba Jannah terjaga dari lenanya dan menjerit seperti orang gila nak berak. "Arghhhh!!! Penculikkkk!!! Aku kat mana ni, woiii!!! Lepaskan aku!!!! Abah ada orang nak culik Jannah!!! Abah tolongggg!!!" Mengigau agaknya budak ni.
'Owh, jadi nama dia Jannah? Cantik nama macam tuan dia.' Puji Firdaus dalam hati sambil tergelak sakan melihat Jannah yang terjerit seperti orang gila dari tadi. Firdaus memberhentikan keretanya di seberang jalan.
"Senyap lah woiii!! Kau tak kena culik pon. Sekarang ni kau selamat ada dengan aku. Aku Firdaus, bos kau. Kita dah nak sampai rumah ni. Kau duduk diam-diam. Jangan nak terlompat-lompat lagi macam tadi. Paham!?" Wuuu, garangnya dia. Takut pulak author.
Jannah hanya membisu tidak kata apa-apa dan setibanya mereka di hadapan rumah, Jannah terus keluar daripada kereta tanpa mengucapkan terima kasih sebab tolong dukung dia ke apa ke...
"Jannah!!!" Laung Firdaus dari dalam kereta. Tersentap Jannah apabila mendengar Firdaus memanggil namanya. 'Adoiii..dia tahu dari mana ea nama aku'. Tanpa berlengah, Jannah memusingkan badannya menghadap ke arah Firdaus.
"Apahal!?" Sahut Jannah.
"Aku nak tahu nama penuh kau." What!? Sesedap nasi beriani kau je nak tahu nama panjang aku ek. Memang tak ah aku nak bagi tahu kau.
"Tak boleh. Nama aku terlampau panjang. Banyak sangat. Cukup kau panggil aku Jane je."
'Jane? Jane tu siapa pulak..?' Adoii, konpius Firdaus dibuatnya. "Tapi bukan nama kau Jannah ke?" Firdaus tidak berputus asa.
"Taklah. Jannah tu nama adik aku. Kay ah aku nak masuk dalam. Menyemak je tengok muka kau yang biru tu. Pape pon, sorry tertumbuk kau tadi." Haa..keluar pon perkataan 'sorry' tu dari mulut miss gangster. Dengan perasaan malu, Jannah terus lari masuk ke dalam rumah agamnya.
Reaksi Firdaus?
"It's okay, miss gangster." Katanya sambil senyum seorang diri di dalam kereta. Tak keluar-keluar lagi ke dari kereta tu -_- .
♡♤♡♤♡♤
Pada malam itu, sebelum tido...Firdaus keluar dari rumah dan duduk di pondok kecil yang bersebelahan dengan kolam ikan.
Angin terasa lembut menyapa ke muka Firdaus pada malam ini. Firdaus memandang ke atas langit, dengan pemandangan yang cantik bak bulan purnama....tiba-tiba dia teringatkan kejadian yang berlaku siang tadi.
Sebenarnya bukan pasal tu sangat yang dia 'throwback'kan tetapi.....ya. Firdaus teringatkan Jannah. "Jane...kau ni sebenarnya cantik tau tapi tu lah. Terlajakkk gangster. Takut pulak aku. Sampai tertanya-tanya aku dibuatnya...ada ke lelaki yang nak dekat kau ek? Tapi takpe, kalau takde orang nak pon...aku ambik. Hehe. Eh apa yang aku melalut ni. Astarghfirullah." Haa.. baru sedar kau ya Firdaus. Tadi bukan main kau throwback tak ingat dunia.
"Meowww , meowwww" terasa ada sesuatu di kaki Firdaus. Apabila melihat ke bawah, oh dah agak... si Felix, kucing kesayangan Firdaus.
"Eh sayangku, Felix. Felix dah ngantuk ya. Nak ajak papa tidur la tu. Hehe, jom kita pergi tidur ya sayang." Firdaus mengusap lembut belakang leher si Felix.
Dengan segera Firdaus bangun dari bangku bersama Felix dan menuju masuk ke dalam rumah. Tapi sebelum itu, sempat lagi Firdaus melihat ke arah rumah Jannah iaitu disebelah rumahnya.
"Haih, tak sangka jiran sebelah rumah aku ni sebenarnya P.A aku di office. Kita berjumpa esok pagi ya wahai miss gangster." Kata Firdaus sambil tersenyum sendirian.
♧CONTINUE♧
♢Jangan lupa vote&komen tau ^_^ .
YOU ARE READING
Mr. Meow & Miss Gangster
Romance"Ishhh...Aku tak suka kucing la." -miss gangster "Tapi, saya rasa awak bagaikan kucing saya..So, awak kena terima saya seadanya!" -mr meow . . . . Sebuah novel yang menyisahkan tentang mr meow yg anti akan wanita disebabkan oleh sebuah tragedi yang...