Entah pukul berapa, dia terjaga bila sesuatu jatuh ke mukanya. Sepertinya air yang menitis. Otaknya yang mamai ligat pula berfikir dari mana datang air itu? Yang pertama muncul dalam benaknya setelah soalan dilontarkan otaknya ialah wajah-wajah keluarga Ginss. Sebabnya mereka tinggal di tingkat atas rumah pangsapurinya itu.
Dia bergegas bangun. Dalam otaknya masih berantakan persoalan-persoalan padu yang salin bertembung. Sakit juga memikirkan air apa tu. Didongakkan kepala keatas untuk melihat kesan titis-titis air. Betul la datang dari atas getus hatinya.
Dia kemudian menuju ke bilik air. Mukanya dibasuh dan dilap menggunakan tuala kecil yang disangkut di tepi. Fikirnya, pagi nanti mahu berjumpa dengan keluarga Ginss untuk mengadu tentang kebocoran barangkali. Dia kembali ke katil, jam dikerling, baru pukul 4 am. Hatinya resah. Hari ini, maksudnya semalam, adalah hari yang paling sial pernah dia lalui.
Segalanya serba tak kena, pagi dimulakan dengan keretanya kehabisan bateri, puncanya dia terlupa matikan lampu, kebetulan malam sebelumnya dia pulang malam, maka ketika mematikan kenderaan, mungkin dia lupa matikan lampu. Tapi seingat dia, lampu telah dipadam sedari dia mematikan enjin, memang itu tabiatnya. Sudahlah, makin difikir makin penat otak.
Kemudian dia terpaksa melanggan perkhidmatan Grabcar. Sudahla pula, pemandu Grabcar tersebut begitu bebal, sudah di beri lokasi masih sesat, menyebabkan dia lewat tiba ke pejabatnya. Nasi baik angin bosnya baik hari ini, dia dimaafkan. Semasa di pejabat, kerjanya masih bertimbun, dengan masalah yang berlaku disebabkan pelanggan syarikatnya buat masalah, salah seorang staf di tempatnya bekerja berhenti kerja kerana ternampak hantu ditandas pejabat, ada lalat tersekat dicelah-celah mesin pencetak, banyak lagi masalah yang berlaku hari itu.
Matanya semakin kuyu tanda kantuk datang kembali. Akhirnya dia terlelap.
Pagi itu, Darwin bangun tepat jam 7:00 pagi. Kerana jam locengnya berbunyi dengan nyaring sekali. Kebetulan hari ini dia cuti, jadi boleh la dia naik ke tingkat atas untuk bertanya tentang masalah titisan air pada keluarga Ginss. Selesai mandi, dia membakar roti untuk sarapan, baru dia tersedar sesuatu, titisan air dari atas sudah tidak ada. Tidak salah sejak sebelum dia tidur kembali, dan selepas dia cuci muka titisan itu sudah tidak kelihatan. Hairan. Ahhhh, aku kena tanya juga keluarga Ginss, nanti malam pasti titisan itu ada balik, getus hatinya.
Dia menujuk tingkat atas setelah selesai sarapan. Pintu rumah keluarga Ginss diketuk. Ketukan pertama senyap, ketukan kedua juga senyap, baru sahaja mahu ketuk kali ketiga, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Muncul En Ginss yang berwajah sembab. Darwin menyatakan hasratnya ke rumah keluarga Ginss. Namun En Ginss menafikan rumah mereka ada masalah kebocoran kerana dia baru sahaja memeriksa semua saluran air di rumahnya.
Darwin merasa hairan, dia ingin cuba bertanya lagi tetapi En Ginss menutup pintu rumahnya dengan kuat. Darwin terdiam apabila En Ginss menghempas pintu rumahnya. Kerutan mula terbentuk di dahi Darwin. Kalau rumah keluarga Ginss tiada masalah, air apa yang selalu menitis sehingga mengganggu tidurnya.
Darwin buntu memikirnya. Dia merasakan seolah-olah otaknya dicucuk cucuk oleh benda tajam memikirkan hal ini. Kulit kepalanya seperti disiat-siat dengan pisau. Sakit memikirkan masalah yang sering mengganggu tidurnya itu. Sudah 1 bulan dia terganggu tidurnya dek kerana air itu.
Malam tiba, tepat jam 10:00 malam Darwin sudah merasa mengantuk. Dia bersiap untuk tidur. Dia telah meletakkan kamera di satu sudut bagi merakamkan bagai mana air itu boleh muncul, dia amat yakin air itu akan muncul lagi malam ini.
5 jam berlalu, seperti yang dijangka, air itu datang lagi, kali ini ia menitis lebih laju. Darwin yang terpisat-pisat, babgun dan segera mengelap air dimukanya. Bau hamis. Dia segera ke bilik air dan mencuci mukanya. Dan seperti biasa juga, air itu hilang selepas dia bangun. Dan, sangat hairan bila tiada kesan basah langsung di tilamnya. Dia segera melihat kamera yang diletakkan di satu sudut menghadap atas.
Video dimainkan, dari mula tiada apa yang kelihatan. Dia tergelak sendiri melihat gaya dirinya tidur. Ada seperti biawak kena lenyek kereta, ada seperti duyung berenang dan macam lagi.
Tiba-tiba, selepas dilajukan sehingga pukul 2:00 pagi, satu kelibat misteri kelihatan merayap memanjat dinding rumahnya. Kelibat itu mempunyai ekor yang panjang dan matanya merah. Saiz makhluk tersebut sebesar seekor harimau. Dan yang membuat bulunya meremang ialah, makhluk tersebut melekat di syiling rumahnya dan ternganga mengadapnya tidur. Air yang menitis ialah air liur makhluk tersebut.
Darwin segera mematikan video kameranya. Dia termenung jauh. Tak disangka apa yang dilihatnya. Matanya melihat syiling diatas katilnya. Meremang bulu romanya.
Hahhhhh.. satu hembusan hanyir terhasil dari belakang. Darwin menoleh dan kelihatan makhluk tersebut ternganga menghembuskan nafas sambil berpaut pada syiling diatas. Darwin pengsan dengan serta-merta.
ooooOoooo