Part 1

17 2 0
                                    

Hari ini seperti hari-hari semalam pada bulan Februari. Mendung.Kelam.

Syaiera berjalan dengan malas ke kelasnya, dengan beg sandang hitam yang melekap pada bahu. Syaiera mempunyai kebiasaan menyeret kaki apabila berjalan. Dan apabila dia menguap langsung tidak ditutupi mulutnya dengan tangan. Perlakuan tidak senonoh Syaiera mengundang perasaan jengkel Aini. Aini, kawan baik Syaiera lebih bersemangat berjalan dengan tubuh yang kecil memudahkan pergerakannya.

Tidak seperti Aini yang bertudung kemas dan berbaju kurung, Syaiera hanya memakai t-shirt dengan rambut tidak terurus, menampakkan sisi aneh gadis itu pada zaman hijabnista kini.

"Syaiera!" Seorang budak lelaki kurus menempelkan flyers pada dadanya. Dewan kuliah mereka masih suram dengan hanya kehadiran beberapa orang pelajar. Mungkin kerana sudah beberapa hari hujan, dan hari ini pun masih hujan. Maka, ramai yang lebih sanggup memanjakan tubuh di atas katil di rumah
Syiera merengus.
" Watch out!"
"Ingat kau tak peduli,"  Adib tersengih.

Syaiera mengerutkan dahi memikirkan alasan tidak rasional Adib mungkin berkait dengan penampilannya yang berseluar kaki kembang dan tidak bertudung.

" Minggu kebudayaan AJAIB?"
Syaiera menatap dalam-dalam flyers itu. Design flyers itu langsung tidak menarik. Dengan tulisan-tulisan bahasa lama yang dirasakan Syaiera sangat sangattt kuno! Dengan warna huruf yang membentuk perkataan 'ajaib'yang berwarna gelap pun seperti dipilih dengan malas warnanya.

"Ajaib? Apa ni? Presiden kau tak reti pilih nama ke?"

"A.J.A.I. B. Stand for Anugerah Jasa Angkasa Indah Budaya..."

Kerutan pada dahi Syaira bertambah. Sungguh dia tidak faham dengan dengan budak-budak seni dan sastera seperti Adib. Tetapi dia masih tidak beranggapan reka bentuk flyers dan nama event itu  dipilih oleh orang-orang mahir seni.

" Diamlah. Itu pengarah En. Hidup yang pilih. Dia kan tak suka colourful. Datang jela. Mana tahu. Kau nanti bertemu jodoh berkat perkataan A.J.A.I.B tuuu." leter Adib berlagu-lagu sebelum kembali ke tempatnya.

Aini menjenguk dari belakang leher Syaiera.

"Apa tu?"

" Entah. Budak seni punya event."

Syaiera menyimpan flyers dalam beg. Selalunya tabiat dia memang begitu. Kerana dia selalu membayangkan kos lepas untuk membuat flyers.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Puisi CintaWhere stories live. Discover now