Rumah Jae Hee & Kai Hyun
8.45 pagiKai Hyun's POV
Bunyi bising yang datang dari telefon aku mengarahkan aku supaya bangun.Nada dering yang sama tak henti-henti berbunyi.Nada dering yang datangnya daripada tak lain tak bukan seorang sahaja.Seorang namja.Aku capai telefon aku dan menukarkannya kepada 'silent mode'.
Aku bangun dari pembaringan dan mendapati bahawa lantai bilik aku dipenuhi dengan serpihan kaca.Aku berjalan ke arah bingkai yang pecah itu dan mengangkatnya. Aku cuba keluarkan gambar yang ada dalam bingkai tu.Walaupun tangan aku sudah berkali tertusuk serpihan-serpihan kecil,aku masih mahukan gambar itu.
Setelah dapat gambar tu,aku meletakkannya di atas meja solek.Aku turun ke bawah untuk mengambil penyapu.Bayangan Jae Hee tak kelihatan.Keluar beli sarapan agaknya.Aku menuju ke bilik aku balik untuk menyapu semua serpihan tersebut.
Kemudian,aku menuju ke bilik air untuk mandi dan membersihkan luka aku. Biasanya ada orang tolong balutkan,tapi kali ni aku balut sendiri.Lepas pakai baju,aku turun ke bawah untuk mengemas ruang tamu yang berselerak.
Sedang aku mengutip bantal-bantal untuk disusun semula di sofa, telefon rumah berbunyi. "Yeoboseyo?" kata aku. "Kai-ah,asal tak angkat phone tadi .Buat Jae risau je. Lain kali bawa je phone pergi mana- mana incase kalau jadi apa apa" Jae Hee bebel membuatkan aku terpaksa memekakkan telinga buat sementara waktu."Tadi Kai tersilentkan phone, sorry about that" jawab aku.
"It's okay , Jae dengan Jungkook keluar beli breakfast kejap tau" katanya yang memberitahu aku tentang keberadaanya sekarang. "Hah,okay okay"jawab aku lagi. "Duduk rumah sorang-sorang tu jaga diri elok elok okay? Nanti Jae balik secepat mungkin. Annyeong" sambung Jae Hee. "Hah, yelah.Annyeong" kata aku sebelum memutuskan talian. Setelah meletak ganggang telefon,aku kembali mengemas ruang tamu.
Lagi sekali aku diganggu.Tapi kali ni bunyi loceng pintu.Aku membuka pintu dan Jimin berdiri betul-betul di hadapan aku.Saat aku nak tutup pintu tu balik,dia tahan dengan tangan dia.Dia menolak aku masuk ke dalam dan mengunci pintu tersebut.
"Orang telefon tak nak jawab call tu ke? Ke dah pekak sangat?" soal Jimin sambil memerli aku dan senyuman sinis yang terukir di bibirnya. Aura negatif masih ada pada dirinya, menguasai si dia untuk menjadi seorang yang dingin seperti ini. Jadi aku biarkan soalan dia tergant. Dia memandang diri aku dari atas ke bawah. "Luka tu siapa yang balutkan?"soal dia.
"Yun ada tangan lagi lah.Boleh balut sendiri" jawab aku sambil menuju ke ruang tamu. Aku, dengan selambanya menyambung balik kerja-kerja mengemas aku seperti tak ada kehadiran sesiapapun.Jimin yang dari tadi merenung tajam merampas majalah-majalah yang aku nak susun dan mencampakkannya ke atas lantai. "MinMin nak apa lagi?!" Satu tengkingan cukup untuk membuat Jimin mengambil satu langkah ke belakang.
Jimin's POV
Dia baru sahaja menengking aku. Mungkin aku betul-betul dah melampau macam apa yang Jae Hee cakap.Tapi sekali lagi ego dan kemarahan menguasai diri aku.Aku menolak Kai ke atas sofa secara kasar.Esakan mula kedengaran. Aku mengangkat tangan aku cuba untuk menampar muka putih Kai.
"OPPA! YAH STOP IT!" ada suara yang membuatkan niat aku terus terbatal. Aku menoleh dan menelan air liur. Aku lihat Jae Hee sudah bercekak pinggang di depan pintu dan Jungkook yang berdiri di sebelahnya menggelengkan kepala. Aku terus bangun dari sofa. Aku dapat rasakan Jae Hee sedang menjeling aku begitu tajam. Lalu gadis tersebut terus berlari mendapatkan sahabatnya yang sedang menangis teresak-esak akibat tindakan aku.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
FanficPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...