"Oppa. Jagi lapar. Jom turun masak nak? Lapar dah ni" kata Jae Hee yang sedang duduk di atas katil. "Oppa pun sama lapar tapi takkan nak kacau hyung dengan noona yang tengah setelkan masalah diorang pulak " jawab Jungkook yang sedang leka tengok tv sambil baringkan kepala berbantalkan peha Jae Hee. Jae Hee yang bosan terus bermain dengan rambut Jungkook yang rapi tersikat. "Jagi main lagi...oppa geletek sampai jagi menangis kang" arah Jungkook.
Automatik Jae Hee menarik kembali tangannya dari rambut Jungkook ke atas pehanya. Nak usik sikit pun nak marah. Jae Hee terus membuat pouty face. Jungkook memandang dia sekilas pandang dan kemudian ke tv kembali.
"Bukannya nak pujuk orang tua ni. Dah la kepala berat macam batu. Nak je aku tarik tarik rambut dia bagi botak tau. Geramnya aku. Dah la buat peha aku macam milik tetap dia. Hempuk orang tua ni dengan tv tu kang. Baru la dia tahu langit tu tinggi ke rendah" desis hati kecil Jae Hee. "Oppa tahu jagi kutuk oppa dalam hati" tersentap Jae Hee bila Jungkook dapat membaca perasaannya. "Arghh!!Lapar nak makan" jerit Jungkook lantas bangun dari pembaringannya dan terus menuju ke bawah.
*******
Kai Hyun's POV
Aku tak sampai hati. Biarlah aku terseksa tapi jangan aku seksa hati dan perasaan Jimin. "Noona, masakkan kitorang boleh tak?Lapar laaaaa" suara Jungkook membuatkan aku dan Jimin terkejut.Mende lah dia ni tau,mengacau je."MinMin, YunYun nak pergi masak la. Sebab tu hah,dah ada yang menyuruh"kata aku sambil menunjuk ke arah Jungkook.
"Min lapar tak?" Soal aku. Dia mengangguk kecil sambil memegang perutnya. Comelnya. Aku cubit pipi tembam dia sebelum pergi ke Jungkook."Gguk-ah,nanti tolong panggil Jae dekat bilik. Suruh dia turun bawah makan. Aku nak masak kejap" kata aku sambil menuju ke dapur.
"Kookchi...Kookchi,come here" aku memanggil anjing yang baru Jae Hee beli. Jae Hee punya mengada-ngada mengalahkan Jimin. Dia cakap nak jaga Kookchi bagai,last last tangan aku juga yang buat semua benda. Kookchi menyalak dengan kuat selepas nampak aku. Dia datang kat aku dan menggeselkan badannya kat kaki aku. Mesti dia lapar gila. Jae Hee ni pun satu,dah tahu ada anjing tapi taknak jaga. "Makan banyak-banyak tau. Nanti kalau dah besar mesti comel" cakap aku seorang diri sementara mengisi makanan di dalam bekas untuk diberikan kepada Kookchi. Kookchi hanya menyalak untuk memberi respon kepada aku.
Aku tinggalkan Kookchi yang sedang menikmati makanannya lalu aku terus menapak pergi ke dapur. Aku keluarkan bahan-bahan yang aku perlukan untuk masak. Harini aku nak masak barbeque chicken wings. Lama tak masak ayam sebab aku kesian dekat Jae He yang takleh makan ayam. Kalau dia degil juga memang satu badan dia naik bintik-bintik pastu mulalah dia tergaru sini tergaru sana macam beruk.
"Sedapnya bau. Kai masak ape?" Kata Jae Hee yang baru tiba di dapur. "Masak ayam,tapi kau allergy kan? So,aku dah buatkan sup kimchi untuk kau. Kau takyah nak menggatal capai ayam tu eh. Kejap lagi tergaru-garu macam orang gila kang aku jugak yang susah" bebel aku panjang lebar. "Yelah yelah" jawab Jae Hee sambil lewa. Jae Hee pantang kena bebel bila dia tengah mood lapar sampai rasa nak makan orang hidup-hidup.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
FanfictionPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...