1

73 0 0
                                    

Kaki lima penuh sesak. Awal pagi lagi mereka sudah berkumpul di hadapan papan kenyataan yang terlekat pada dinding kaki lima. Majoriti daripada mereka adalah pelajar perempuan yang begitu taksub dengan Carta Prince Charming yang pasti akan terlekat di papan kenyataan itu pada hari isnin setiap minggu .

Kakinya berhenti melangkah apabila tiada ruang lagi untuk dia mencelah melalui kaki lima itu. Nor Farhana atau lebih mesra dengan panggilan Hana memeluk tubuhnya . Matanya tajam memandang gelagat pelajar-pelajar perempuan yang berkumpul di situ sehingga tiada ruang sedikit pun untuknya mrngatur langkah ke kelasnya. Masing-masing begitu taksub dengan Carta Prince Charming.

Carta Prince Charming sering kali dipersoalkan. Sepuluh tahun dahulu ,PIBG SMK Mutiara pernah membuat siasatan untuk menghentikan tradisi ini dengan bermalam di sekolah dan mereka menemui sesuatu yang luar biasa.

Beberapa tahun kemudian, sekali lagi dipersoalkan oleh pihak PIBG . Mereka telah memasang CCTV disekitar kaki lima namun akhirnya menemui jalan buntu kerana rakaman CCTV tidak menunjukkan sesiapa yang menampal carta tersebut. Tetapi,anehnya carta tersebut tetap muncul pada keesokkan harinya.

Bagi pandangan Nurul,Carta Prince Charming adalah benda yang melalaikan kerana menganggung-anggungkan lelaki yang dianggap sebagai Prince Charming. Antara mereka yang selalu masuk dalam Carta Prince Charming adalah lelaki-lekaki yang menonjol di sekolah . Terutama sekali ahli-ahli rasmi Kelab Bola Sepak.

"Aku dah kata,mesti Rezza dapat merampas takhta Prince Charming daripada Fiq"

Hangat telinga Hana mendengar pelbagai suara suara sumbang memuji nama Rezza yang sememangnya popular di kalangan pelajar perempuan. Sebut sahaja nama Rezza,satu sekolah tahu siapa gerangan orangnya. Siapa lagi kalau bukan kapten pasukan bola sepak sekolah .

Fiq atau nama sebenarnya Akmal Fiqri juga merupakan saingan sengit Rezza . Dia juga merupakan seorang pemain rasmi Kelab Bola Sepak . Selalunya kita sering lihat di drama-drama di televisyen , jika dua hero bersaing pasti hubungan mereka dingin tapi mereka tidak begitu , malah mereka bersahabat baik dan sentiasa kelihatan bersama .

Ehh dah dah asyik cerita pasal fiq dengan Rezza jer,nak tau jugak apa yang terjadi dengan Hana .

Berbalik kepada cerita tadi . Hana mendengus marah. Sejak tadi dia tidak dapat melangkah kerana sangat sesak .

"Hoi"
Tidak tahan dengan situasi itu,Hana mengeluarkan vokal yang lantang. Menjerit sekuatnya sehingga semua pelajar yang berkumpul di situ terdiam seketika apabila menyedari ada satu suara yang lebih kuat daripada suara mereka. Masing-masing berpaling memandang ke arah empunya suara tadi .

"Kau orang ni takde kerja lain ke? Berkumpul di sini... Orang nak jalan pun susah!"
Semua terdiam. Masing-masing tidak berani bersuara apabila terpandang wajah Hana yang bagaikan harimau kelaparan yang tidak menjamah apa-apa makanan lagi akibat sakit gigi.

Nurul mula mengorak langkah dan dengan spontan semua pelajar perempuan yang berkumpul di situ memberi laluan kepadanya bagaikan seorang putera raja yang angkuh memaksa mereka tunduk memberi laluan.

"Aku tak fahamlah dengan kau orang ni, benda karut macam ni pun nak bangga sangat. Apa yang hebat sangat dengan Carta Prince Charming ni ?

Dengan beraninya,Nurul menanggalkan Carta yang tertampal di papan kenyataan. Serentak dengan itu,semua yang berada di situ tercengang. Mereka hilang kata-kata . Terkejut juga ada. Ia bagaikan mimpi apabila melihat seseorang menanggalkan Carta Prince Charming dan mengoyakkannya.

Hana berpaling apabila terasa suasana yang riuh rendah tiba-tiba bertukar menjadi senyap. Bagaikan tiada sesiapa yang berada di situ. Pelik. Semua pelajar yang kecoh tadi kaget bagaikan patung bernyawa memandangnya .

"Kenapa? Kesian dengan Prince Charming kau orang? Maaflah,mereka bukan prince charming tapi prince sampah!" Dengan selamba,Hana membuang carta tersebut ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh dari papan kenyataan tersebut . Tanpa rasa bersalah, Hana segera mengatur langkah berlalu ke situ tanpa mempedulikan mereka yang masih lagi terpinga-pinga dengan apa yang berlaku tadi.

Ah,selesai! Hana senyum kemenangan. Puas!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PRINCE CHARMINGWhere stories live. Discover now