"Our life is so important. We cannot buy it with money nor gold. So, appreciate it while you are still alive."
Hyera pov.
Angin yang kuat menyapa pipi lembutku membuatkan aku tersenyum sendiri. Akhirnya, perkara ini akan berakhir. Perkara ini akan tamat tak lama lagi.
Bunyi geseran engsel pintu bumbung sekolah menyapaku membuatkan aku menoleh ke arah tersebut. Wajah milik Junghee muncul, memandangku dengan jelingan tajam.
Dia melangkah ke arahku dengan tangan yang disilangkan di dadanya. "Apa kau nak??"
Aku tertunduk sebelum memandang tepat ke dalam mata milik Junghee. "Junghee ... saya minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini. Saya minta maaf sangat2. Saya nak awak jadi kawan saya semula. Semua yang berlaku itu salah saya. Kalaulah saya tak rapat dengan Jungkook, kalaulah saya tak melayan Jungkook, kalaulah saya--"
"Tch, jadi kau nak beritahu aku yang Jungkook tu tertarik kat kau lah ya??"
"Ani ... saya cuma nak minta maaf atas kesilapan saya dulu. Maafkanlah saya. Saya tak patut buat perkara itu dari mula. Kita jadi kawan semula nak tak??" Aku menghulurkan tanganku menunggu untuk disambut olehnya.
Tanganku ditepis kasar dan badanku ditolak kuat ke belakang. "Kau ingat dengan maaf kau tu, kau boleh hilangkan kesakitan yang terpendam dalam hati aku ni?? Kau, ingat kau boleh putar balik masa ke masa di mana Jungkook belum rapat dengan kita??"
"S-saya tahu saya tak boleh buat macam tu. S-saya cuma nak minta maaf atas kesilapan saya tu. Saya masih anggap awak kawan saya. Saya tak dapat lupakan kenangan semasa kita masih rapat lagi." Aku tersenyum sebaik sahaja memikirkan kenangan aku bersama Junghee semasa aku dan dia masih lagi berkawan.
Junghee menolak badanku sekali lagi. Kali ini dia menolak dengan agak kasar sehingga aku terlanggar dinding paras pinggang di belakangku.
"Kau memang tak sedar diri kan. Aku masih tak puas lagi buli kau. Kalau aku dah puas nanti, bolehlah aku maafkan kau." Dia melangkah mendekatiku. Satu senyuman sinis terbit di bibir kecilnya."Tapi, aku ada satu cara yang boleh buatkan aku maafkan kau dengan cepat."
"Mwo??"
"Aku nak kau mati."
Leherku dicekik oleh Junghee, menyekat saluran pernafasanku dan badanku ditolak ke belakang di mana aku betul2 berada di hujung bumbung tersebut, menunggu masa untuk jatuh.
Kami berada di tingkat 5. Kalau aku jatuh, mungkin inilah penghujungnya bagi aku kan??
Aku cuba melawan Junghee, namun dia lebih kuat. Pernafasanku mula menkadi tidak teratur. Oksigen dalam peparuku mulai berkurang menyebabkan pandanganku menjadi sedikit kabur. Aku semakin lemah dan semakin sukar untuk melawan.
Aku hanya memejamkan mataku, menerima apa sahaja yang akan berlaku kepadaku.
Badanku terasa ditolak ke belakang sehinggaaku merasakan yang aku terjatuh dari bumbung tersebut. Namun, aku tidak merasa sakit dan aku dapat merasakan yang aku masih belum menjejak tanah.
Mataku dibuka perlahan dengan tenaga yang aku ada. Di hadapanku kini wajah Joshua yang menghulurkan tangannya, menarik tanganku agar aku tidak terjatuh.
"Bertahan Hyera. Saya akan pastikan awak tak jatuh. Buka mata awak. Pegang tangan saya kuat2." Arahnya.
Aku akur akan arahannya walaupun aku berasa agak pening sekarang ini. Aku cuba membuka mataku dan tanganku cuba menggenggam kuat tangan milik Joshua. Aku takut ... aku takut aku akan jatuh.
Pandanganku mulai gelap membuatkanku agak cemas. Adakah aku akan selamat?? Apa akan jadi kepada aku kalau aku jatuh nanti?? Inikah pengakhirannya bagi aku??
YOU ARE READING
Stand By You || Seventeen Chan (Completed)
Fanfiction"Terima kasih sebab awak selalu ada di sisi saya ... " End : 2/7/17