#Chapter 24#

271 20 0
                                    

Aku dari tadi terdiam. Semua yang aku dengar tadi betul-betul mengejutkan. Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Aku buntu.

Semuanya bagaikan mimpi buruk yang akan menghantui aku sampai bila-bila. Kenapa aku tak boleh ada hidup macam perempuan sebaya aku yang lain? Ada masalah pon pasal masalah hati je tak pun kewangan. Aku? Aku kena lari dari mak sendiri yang dah naik gila dengan permainan dia sendiri.

Gila. Semua ni gila. Kalaulah Jimin takde untuk tenangkan fikiran bercelaru aku sekarang ni, mungkin aku memang betul-betul boleh jadi pesakit dekat hospital sakit jiwa.

"Sayang, dia cakap ape dekat awak? Please sayang awak langsung tak cakap dari tadi. Dia ada buat awak tersinggung ke?" Lembut suara Jimin menyoal. Bahu aku tak lepas digosok-gosoknya sambil bibirnya dilekapkan di atas telinga aku. Lengan panjangnya elok berlingkar dibelakang aku tapi aku ada terlalu banyak benda difikiran aku untuk ambil kisah pasal semua ni.

Maaf Jimin

Semuanya buatkan aku pening.

Tak, bukan kisah Hyemi dengan Taehyung yang memberatkan kepala aku.

Bukan kisah bermulanya pertunangan Hyemi dan Jimin jugak.

Tapi satu lagi kisah yang aku betul-betul tak faham. Semua info yang aku baru dengar dari Hyemi tadi betul-betul mengejutkan.

"Ayah saya,bekas suami mak saya tu ayah saudara awak. Mak saya dengan mak awak memang tak ngam dari dulu lagi dan tu antara sebab kenapa mak ayah saya bercerai."

Jadi Taehyung pernah bertunang dengan sepupu sendiri? Tak memang tak salah tapi kenapa omma tak cakap apa-apa pon masa dorang tunang dulu?

"Sebab dia tak tahu lagi. Saya pon tak tahu. Saya baru tahu pasal ni minggu lepas. Saya jumpa mak awak untuk batalkan semua yang melibatkan saya tapi mak saya lalu dekat kawasan tu jugak. Masatulah baru saya tahu kenapa mak awak lagi benci saya lepas saya dengan Taehyung putus tunang haritu. Pelik jugak saya kenapa dorang tak halang pertunangan tu dari awal. Mungkin sebab dorang tak tahu kot. Lama mana dorang tak berhubung. "

Agak tak logik jawapan dia. Tak kan omma tak cam muka musuh sendiri kot? Lagipon kenapa omma benci sangat dekat mak Hyemi ni?

Tapi bila ingat balik, yang datang majlis pertunangan Hyemi haritu ibu susuan Hyemi. Jadi mungkin masatu omma dengan Mak Hyemi tak tahu lagi yang mereka bakal berbesan.

Tapi ade benda yang lagi mengejutkan aku. Setahu aku, aku cuma ada sorang bapa saudara aku dan baru ada anak dua orang yang masih kecil.

"Jinjja? Mak awak tak bagitau awak? Ayah saya tu abang mak awak."

Aku menggeleng. "Serius tak tahu. Saya ingatkan mak saya dua beradik je."

Hyemj memejam mata dan mula mengurut dahinya. "Kenapa keluarga ni complicated sangat?"

Aku mengeluh. "Kan"

"Sayang please say something. Jangan takutkan oppa macam ni" Suara Jimin mematikan lamunan aku.
Perlahan aku menoleh memandang dia disebelah aku. "Oppa." Mata aku mula berair. Aku rasa macam nak mati je. Buat apa hidup kalau berserabut macam ni?

Melihatkan mata aku yang mula berair, dia cepat-cepat memeluk aku. Kepala aku terbenam di dadanya.

"Kenapa—" aku menarik nafas dalam, cuba menahan diri aku dari menangis. "—Mirae tak boleh ade hidup macam orang lain? Macam kawan sebaya Mirae yang lain?"

Jimin tak membalas. Sebaliknya dia memeluk aku lebih erat, memberi semangat supaya aku meluahkan semua yang terpendam.

"Banyak sangat benda yang Mirae kena fikir dan selesaikan. Dahlah Mirae ni bodoh. Lagi bodoh dari orang paling bodoh yang oppa pernah jumpa. Kerja nak harapkan orang je. Sikit-sikit mintak tolong dekat Taehyung oppa, dekat appa, dekat Jimin oppa. Kim Mirae memang lembab, bodoh tak boleh berdikari." Aku menyambung.

"Hey mana ad—"

Aku memotong percakapan Jimin.

"—ikut markah exam boleh lah kata Mirae bijak tapi sebenarnya Mirae bodoh. Kalau Mirae bijak, kenapa Mirae harapkan semua dekat oppa sekarang? Kalau Mirae bijak Mirae boleh selesaikan semua ni tanpa bantuan orang lain. Mirae bodoh sebab tinggalkan masalah Mirae."

Otak aku betul-betul dah bercelaru. Entah apa yang keluar dari mulut aku pun aku tak tahu. Yang aku tahu, aku memang betul-betul tengah beremosi.

Jimin melonggarkan pelukan, cukup untuk bagi dia boleh nampak muka aku tapi tangan dia masih dibelakang aku. "Sayang , listen here" dia berhenti seketika, merenung kedalam anak mata aku. "Kalau awak bodoh, awak bukan Kim Mirae tau? Kalau ikutkan plan mak dia, dah lama dah Kim Mirae arwah tau? Tapi sebab dia bijaklah dia hidup lagi sekarang"

Kedengaran tak logik. Aku biarkan dia menyambung kata sambil jarinya mengesat air mata aku.

"Apa pun Hyemi kata dekat awak tadi, dont think too much. Siapa kata awak bodoh? Kalau awak bodoh takdenya awak fall in love dengan Park Jimin yang handsome lagikan bergaya ni" dia berloyar buruk. Matanya turut dikenyit nakal.

Aku tergelak kecil dan memukul perlahan dada dia. Orang tengah serius dia buat lawak pulak.

Dia cuma tersenyum. "Lagipun awak bukan terlalu berharap dekat orang, bukan tak boleh berdikari, tapi cuba fikir. Logik tak budak perempuan 18 tahun hadap sorang-sorang mak dia yang psiko? Tak logik. Kalau tak dah lama awak takde tau?" Suaranya berubah lembut.

"Awak tak lembab, awak tak bodoh, awak cuma perlukan sumber kekuatan. Awak sedar tak selama awak dekat sini, awak asyik buat semua sendiri? Basuh baju, basuh pinggan, jemur kain, masak. Saya nak tolong, ade je alasan awak. Saya baru balik kerjalah, esok saya kerjalah, saya penatlah. Tak reti berdikari ke macam tu" dia menyeka rambut aku kebelakang telinga.

"Mirae saya berani. Dia berani lari dari mak dia yang berpengaruh dan boleh bunuh dia bila-bila masa je. Kalau orang lain, memang takkan berani lari. Tak pasal-pasal lagi cepat mati nanti"

Jimin melagakan dahi aku dengan dahi dia.

"Dia still boleh senyum, masak, buat kerja rumah walaupun dua orang terpenting dalam hidup dia dah takde. Kalau oppa kena pon sekarang dah masuk wad gila tau?" Dia mencuit pipi aku.

Aku tersenyum dan menyembamkan muka aku ke dada dia sekali lagi. "Thanks oppa, I love you"

"My pleasure sayang, i love you too" dia mengetatkan pelukannya dibadan aku.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu yang Hyemi beritahu aku tadi.

"Mak awak bukan gilakan duit. Ade orang bagi arahan untuk semua yang dia buat. Semua termasuk kerja membunuh tu. Orang tu dah pengaruh mak awak supaya gilakan duit sama macam dia. Saya tak tahu dia siapa tapi yang pasti, dia psiko mak awak sampai mak awak buat semua ni."

Banyak mana lagi benda yang aku tak tahu? Sekarang aku rasa bersalah sebab aku benci omma aku.

Tapi kenapa omma tak bagitau aku awal-awal? Aku boleh faham kalau dia bagitau aku tapi—

"Mak awak tak sanggup sebenarnya. Yelah bunuh suami dengan anak sendiri kot! Tapi sebab dia terpengaruh dengan orang tu, dia sanggup buat apa-apa je untuk harta ayah awak. Saya dengar haritu dia cakap yang dia akan bagi separuh harta ayah awak dekat orang dan separuh lagi untuk dia. Cuma satu benda je yang halang hasrat dorang sekarang ,awak, Kim Mirae, selagi awak hidup selagi tu dorang tak dapat apa yang dorang nak. Jadi hati-hati."

Aku mula buntu. Omma ni...jahat ke baik sebenarnya?

🔪🔪🔪

Saya cuba nak update byk² tapi byk pulak aktiviti family saya cuti ni. Sorry eh huhu.



Without You ◆pjm◆ ||Completed||Where stories live. Discover now