• BAB 1 🌸 •

98 9 4
                                    

Jam sudah hampir pukul 7.30 pagi. 'Perhimpunan dah nak mula argh mati lah aku. Dah lambat sangat ni, tulah layan bola tak ingat dunia semalam.' Aku mengunci motor sambil memarahi diri sendiri.

Aku melihat jam antik pada pergelangan tangan kiriku. "Alah sempat lagi ni. Baru pukul 7.27. Lepaklu sapkoklu." Aku cuba menyedapkan hati. Aku berjalan dengan tenang hendak ke pagar Putra Indrah High School yang terbuka luas. Wah tepat jangkaan aku. Nasiblah dia tak tut.. ehhh ehhhhh! Weiiii! Mataku terus terbeliak.

Sepantas kilat aku berlari ke arah gate yang sudah hampir tertutup. Kalah Usain Bolt weh! Ok tipu. Tulah tadi kemain rilek engko jalan macam tengah cari ikan kat pasar eh. Padan muka hang!

Sebagai seorang pelajar yang baik, naluri aku selalu tepat. Aku tak dapat masuk ke dalam sekolah. Baru je nak bersyukur. Tiba tiba pak cik tu boleh bantai tutup gate. Punah harapan. Hancuq berkecai. Huhuhu.

Seperti biasa.

"Ala pak cik, jangan macam ni. Bagi lah satu chance lagi. Pleaseeeeee.. kali ni je" Aku mengelip ngelipkan mata beberapa kali dan masih tidak berputus asa memujuk pak guard sekolah untuk membuka gate. Ey aku nak masuk lah.

"Tak boleh dik. Pak cik bukan tak nak bagi masuk. Pak cik dah diarahkan untuk tutup pagar lepas bunyi loceng kedua selepas pukul 7.25. Ni kerja pak cik, jangan macam ni" Pak Hamid sudah salah tingkah. Serba salah dibuatnya. Nak dibuka, nanti kena maroh pulok. Nak dibiarkan, dah pening kepala layan budak ni. Aduh nasib awok ler pak cik.

"Please lah pak cik. Saya tak nak kena tulis nama lagi. Saya nak jadi budak baik. Pak cik, nanti saya belanja nasi ayam dekat kantin. Amacam? Boleh lah eh." Aku mengangkat kening beberapa kali dan tersenyum. Harap-harap lah termakan pujukan aku kali ni. Daripada merayu kosong terus nak dirasuahnya orang tua tu dengan nasi ayam. Astaga bagus sangatlah tu ye.

Dalam sibuk memujuk pak guard sekolah, tiba-tiba ada deheman yang menyapaku.

"Ehem" seseorang berada di belakangku. "Oh mak kau" aku cepat-cepat menekup mulut sambil mengurut lembut dadaku. Terkejut mak esah chot! siapa pulak ni. Kacau misi aku betul lah. Jatuh standard merayu macam ni. Aku memusingkan badan lalu mencari deheman yang menyapaku sebentar tadi.

"Eh kau!" Aku menunjuk muka lelaki itu menggunakan jari telunjuk. Kemudian aku telek lelaki itu dari atas hingga bawah. Rambut ala ala messy hair, dihias dengan bandanna hitam, kening tebal, mata sepet, berwarna coklat hazel, hidung mancung, bibir tak terlalu pink, jawline tajam, kulit putih macam cina, kemeja terkeluar, kasut bersih. Wowerzz gangster ke apa ni. Aku mengurut dagu perlahan.

Not bad juga mamat ni. Tak pernah nampak pun. New students ke? Emm. Sekali pandang macam cina celup. Dua kali pandang macam jodoh i pun ada. Auch menyempat hahahaha. Secara tidak sengaja aku menguntumkan senyuman.

Lelaki itu menaikkan sebelah keningnya. Apa benda lah minah ni. Dia fikir aku ni barang koleksi dekat muzium ke nak telek macamtu. Kalau ye pun nak usya, cover lah sikit.

"Weh, dah lama ke buat kerja macam ni?" Lelaki itu menegurku.

Aku tidak menjawab tetapi masih lagi mengelamun. 'Eyyy tapi macam aku pernah nampak dia ni. I think i know him.. Ni bukan ke mamat tadi? Mamat poyo tu (?) O mai god!' Aku bermonolog sendiri di dalam hati. Takku sangka jumpa dia dekat sekolah ni.

"Oi pendek! Aku tanya ni. Pekak ke? Lain kali korek telinga tu. Oh ya lagi satu, aku tahu lah aku handsome tak payah lah pandang macam tu sekali" Lelaki itu senyum segaris kepadaku. Dia menepis perlahan sebelah tanganku yang masih berada di hadapan mukanya. Wah kasar ni! Main tepis-tepis pulak. Ingat tangan aku bola ke apa?

"Eh ewah ewah suka hati keturunan kau je panggil orang pendek! Kau ingat kau tinggi sangat ke? Setakat beza 15 cm pun nak kecoh. Dah lah kepeng tak sedar diri. Nak tepis-tepis tangan orang. Sakit tahu? Huh!" Lancar mulutku menuturkan ayat membalas kata-kata lelaki itu. Aku mengecilkan mata. Memandangnya tajam. Sesungguhnya, bab ketinggian ni mmg pantang bagi aku. 158 cm kira okay lah kan?

Aku memusingkan badan ku ke arah pak guard tadi. Marah memang marah. Malu tetap ada. Aduh. Itulah pandang orang macam tu sekali awatnya weiii.

"Apa bising-bising ni!" Alamak! Pengawas dah muncul. Baru je niat nak sambung pujuk pak cik tu. Haish ni semua salah mamat tu. Nampaknya nama masuk buku lagi lah kali ni.

"Eh awak datang lambat lagi ke?" Pengawas itu menegurku. 'Heee' aku hanya mampu menyengih. 'Dah aku berdiri kat sini sah sah lah datang lambat. Kalau datang awal dah lama kat dalam sana.' Alahai dia ni. Nasib baik dengan aku. Kalau tak, dah lama kena sound direct ni.

"Bagi aku masuk" lelaki itu berkata dengan nada yang dingin. Ikram senyum sinis. "Boleh, tapi kau tak boleh masuk barisan. Tulis nama dekat sini. Cepat!" Ikram menengking lelaki itu. Kemudian dia membuka gate. Uish garangnya. Dengan aku boleh je cakap baik-baik tadi. Eh baik lah sangat. Tukar mood tiba-tiba apesal ni. Datang bulan ke? Eh lelaki mana boleh datang bulan. Merepek aje.

Tanpa menghiraukan Ikram, lelaki itu terus berlalu pergi. Sempat dia melanggar bahu Ikram dengan kuat.

"Kau jangan ingat kau besar sangat. Kau cuma pelajar biasa je dekat sekolah ni. Aku ni bukan pengawas biasa. Ingat tu." Ikram menahan bahu lelaki itu.

"I don't even care who are you in this school and I don't want to know who you are." Lelaki itu menolak kasar tangan Ikram yang berada di atas bahunya. Kemudian dia meniup bajunya seperti orang yang mahu menghilangkan habuk. Sempat dia menghadiahkan senyum sinis kepada Ikram.

Aku terpinga-pinga. 'Perang ke apa diorang ni. Daripada aku layan drama korang, lebih baik aku angkat kaki dulu.' Baru sahaja beberapa langkah berjalan, tiba-tiba seseorang menjerit kepadaku.

"Hey you!". Terkejut dibuatnya. Nak gugur jantung. Siapa lagi yang kacau hidup aku ni. Nak bahagia sikit pun tak boleh. Aku menoleh ke arah suara yang menjerit seperti mak tiri sebentar tadi. Oh si sotong rupanya. Apa lah dia nak. Terjerit-jerit pulak. Panggil macam biasa boleh kan. Bukannya aku pekak pun. Ei ada yang makan kasut size 7 ni karang.

"Ha apahal?" aku memandangnya tajam. Sesungguhnya dia ni lah pegawas yang paling aku benci dekat sekolah ni. "You datang lambat! Mana boleh masuk barisan! Pergi berdiri and tulis nama dekat depan gate sana!" Haih pagi-pagi dah meroyan macam orang hilang anak apesal. Suka cari salah aku. Macam sekarang lah, bukan dia jaga pagar pun. Sebok datang sini ergh.

"Oh yeah? Macamtu ke? Alahai hahah. Minta maaflah. Actually kan, aku tak kisah pun." Aku ketawa hambar dan terus pergi meninggalkan sotong sesat itu. Menyampah betul. Sakit mata. Sakit telinga. Sakit hati. Rasanya semua organ ni sakit lah. Stress pandang muka dia yang tak berapa nak cantik tu. Allahu terkutuk pulak.

'Oh berani kau lawan aku eh. Nanti kau akan terima balasannya. Huh.' Medina memandang sinis ke arah Valqish yang semakin jauh berjalan meninggalkannya.

Precious Love Where stories live. Discover now