Mukhriz berjalan keluar dari kamar mandi sambil mengelap rambutnya yang masih lagi basah. Dia duduk di birai katilnya. Siapa lah minah tu. Garang gila. Mukhriz tersenyum dan makin lama makin melebar senyumannya apabila teringat gadis itu.
Seseorang gadis bertubuh sederhana. Cukup tinggi bagi seorang perempuan. Berambut ikal mayang, mata bulat, hidung taklah mancung sangat, bibir pink, berkulit sawo matang. Boleh dikatakan 'perfect' di mata seseorang lelaki. Aik wait, dah kenapa pulak nak fikir pasal budak tu. Aish buang tebiat kau ni Mus.
Ah tapi aku tak kesah. Aku kena juga cari tahu siapa minah yang berani cari gaduh dengan aku minggu lepas. Dia tak kenal aku siapa lagi. Tapi, kenapa aku tak pernah nampak dia. Agak-agaknya budak baru ke?
Mukhriz termenung sendiri. Dia membaringkan badannya dan memandang siling.
Ting! Telefon miliknya berbunyi menunjukkan ada mesej yang baru sahaja masuk.
Haish kacau betul lah. Baru feeling nak berangan. Mukhriz mencapai telefon pintar miliknya. Ada orang whatsapp. Segera dia membuka apps tersebut. Siapa pula ni. Eh sesat apa Zaqif tiba-tiba whatsapp ni. Tak pernah-pernah cari aku time macam ni.
Zaqif: Weh mus. Busy tak? Jom lepak petang ni. Lama dah tak jumpa kau..
Me: Aik jarang-jarang ajak aku lepak. Apahal ni selalu busy manjang hahaha.
Zaqif: Jgn begitu mus, rindu ler. Jumpa dekat tempat biasa lepak. Aku lanje ok 😙
Me: Iyelah. Tempat biasa. Pukul 4.30. Sharp. Jangan lambat. AKU TAK SUKA MENUNGGU! You know right 😘
Zaqif: Ya alright! Pape roger okay 😎
Demam kot si Zaqif ni. Dan dan nak ajak lepak. Selalu busy aje. Dah bekerja lah katakan. Orang nak belanja takkan nak kata tak boleh pula kan. Rezeki tak baik ditolak. So amarilah kita!
*******************************
Aku menggulingkan badan ke kiri dan ke kanan berulang kali di atas katil. "Arghhhhhhh! bosannyaaaa" aku mengusutkan rambut. Dah macam hantu kak limah. Cuti yang membosankan. Nak sambung tidur tak boleh pulak sebab dah terlajak tidur. Nak layan tv, takde cerita best pula. Drama korea kegemaran pun takde harini.
Ha! Aku memetik jariku dan terus melompat dari katil ke bawah. Aku mencapai telefonku. Segera aku menghubungi Sofi. Semenggah sangat perangai tu Valqish.
Aku membuka contact dan membuat panggilan.
Tut.. tut.. "Hello" panggilan bersambung. "Wah! thank god!" aku menjerit riang. "Eh eh kau apesal ni. Minum ketum ke" amboi takdak insuran langsung mulut dia ni.
"Tokmung. Aku nak ajak kau keluar ni. Kau free tak?" Senyap. "Oi dengar tak?" Aku menjerit pelan. "Ish aku dengar lah. Kau kalau cakap elok-elok boleh kan. Ingat aku pekak ke nak jerit-jerit? Sakit telinga aku. Btw tiba-tiba je ni apesal? Aku rasa macam malas lah nak keluar."
"Dah kau senyap. Aku jeritlah. Mana tau takde line ke. Oh ya aku ingat nak jalan-jalan. Bosan do. Sambil tu boleh cari barang assignment sekali. On tak?Jom lah. Ajak lah yang lain sekali. Ramai-ramai baru meriah." Beria aku memujuk Sofi.
"Em boleh lah, aku pun nak cari barang sikit ni. Borak dalam group whatsapp l.." belum sempat Sofi menghabiskan ayatnya, aku sudah menutup panggilan. Aplikasi whatsapp dibuka.
Group DaymsQuad dibuka.
Me: Heylo evelibadi! Busy dok? Jom keluaq 😋
Sofi: How dare u Val! Aku belum habis cakap kau dah tutup. Damn 👿
Ash: Sian hahaha kemana Val?
YOU ARE READING
Precious Love
Teen FictionValqish Imanina seorang gadis yang agak kasar perwatakannya. Selama 16 tahun dia hidup dengan tenang. Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang lelaki yang sangat kerek dan suka menyakitkan otaknya. "Kau tu perempuan, duduk rumah tolong mak cuci pinggan...