"Ibu, Iman nak pergi dah ni." Aku menjenguk ke dalam biliknya. Takde pun. Mana lah ibu ni. Dari tadi panggil tak menyahut pun.
"Ibuuuuu oh ibuuuuu." Aku memanggilnya berkali-kali. Aku turun ke bawah sambil menyerunya lagi. Haih mana pulak perginya ni. Dalam bilik takde. Luar takde. Kalau ye pun nak main nyorok-nyorok tunggu lah balik sekolah nanti.
"Kau nak pergi mana ni?" Tiba-tiba seseorang menegurku. Siapa lagi kalau bukan abangnya seorang itu. Terkejut edan. Dia menyandar di almari. Dia menilikku dari rambut sampailah ke kaki dengan pandangan yang menjengkelkan.
"Pergi sekolah lah. Apasal kau ni? Ada apa-apa ke? Tocang aku senget ke? Baju aku kotor ke?" Aku melihat diriku pada pantulan cermin yang tergantung cantik di dinding ruang tamu. Ada benda pelik ke? Cantik je aku tengok.
"Takde apalah. Pelik je kau ni. Ha nak aku hantarkan ke?" Tanyanya. "Tak payah lah. Nak gerak dah ni. Nak tunggu abang bersiap ergh macam perempuan." Aku ketawa sinis.
"Eh mestilah, kena handsome baru awek sangkut duh." Katanya sambil senyum senget. Ey geli jantung. Aku hanya memandangnya dan berlalu pergi. Malas hendak melayan. Tak pasal-pasal bas tinggalkan aku nanti.
"Minum lah dulu kalau ye pun. Ibu ada sediakan breakfast ni." Tegur Puan Zahra yang entah muncul dari mana. Ibu menyuruh aku menjamah sarapan dahulu. "Eh ibu ni! Nak tercabut jantung. Dari mana ni?" Aku menghampirinya. Nasib lah aku tak mati. Tak sempat nak bersanding atas pelamin.
"Ibu dekat luar tadi. Ingatkan ada orang datang. Rupanya jiran sebelah tu nak pindah. Boleh pula terlupa." Kata Puan Zahra. "Oh yelah. Iman nak pergi dah ni. Udeh telat. Hehehehe." Aku menyengih. "Makan lah dulu Iman oiiii." Puan Zahra menahanku. "Takpe bu, nanti Iman minum kat sekolah je." Kataku sambil menyalam tangan Puan Zahra.
"Eh jap. Tadi masa ibu suruh aku kejut kau, ibu kata kau nak pergi stadium. Tak pernah-pernah. Buang tebiat ke hahahahah." Meletus gelak tawanya apabila melihat mukaku yang sudah bertukar merah. Tunggu masa nak meletus je. Tidak habis mengusik. Maklumlah jarang-jarang jumpa. Asyik outstation punya pasal.
"Eh diamlah kau. Abang, kau kerja pukul 8 kan. Yang bangun awal-awal ni buat apa. Sibuk je." Aku menjegilkan mata kepadanya.
"Eh lantak lah. Aku nak tolong ibu. Kau budak kecik apa tahu." Dia masih tidak mahu kalah. Sengaja dia menekankan ayat kecik. Cari pasal pagi-pagi ni, ada yang breakfast pinggan nanti.
"For your information love. I'm sweet seventeen in this year and ya dah genap 17 tahun dah pun." Aku ketawa sinis. Pantang betul bila orang cakap aku budak kecik. Ingat aku merangkak lagi ke?!!
"I'm sorry. But I'm twenty dear and for me, you're still my little girl." Dia senyum manis. Sengaja je nak membakar. Nasib sayang je. Kalau tak dah lama aku hempuk guna helmet biar benjol keluar bukit seketul.
"Aip aip. Dah dah lah tu mengusik. Iman, pergi sekolah cepat. Nanti lambat kena tinggal bas pula." Puan Zahra menolak-nolakku pelan. Amboi macam menghalau gayanya. Dia tersenyum melihat telatah kedua-dua anaknya. Budak-budak ni kalau dah berjumpa macam ni lah jadinya. Dua-dua kuat mengusik. Dua-dua tak mahu kalah.
"Okay bu. Iman gerak dulu. Apa-apa call je. Iman mesti jawab punya. Bye. Assalamualaikum." Aku mencapai kunci motorku dan helmet selepas menyalamnya buat kali kedua.
--------------------------
Stadium penuh dengan murid-murid Putra Indrah High School. Mataku liar memerhati setiap sudut stadium yang sudah lama tidak kulihat.
YOU ARE READING
Precious Love
Ficção AdolescenteValqish Imanina seorang gadis yang agak kasar perwatakannya. Selama 16 tahun dia hidup dengan tenang. Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang lelaki yang sangat kerek dan suka menyakitkan otaknya. "Kau tu perempuan, duduk rumah tolong mak cuci pinggan...