Airplane

137 18 22
                                    

Cast:
*Hanbin
*Bobby
*Lee Hana

"Yah,cepatlah sikit!Nanti kantoi yang kita bertiga ponteng sekolah!" Bobby,Hanbin,dan Hana bagaikan tiga biji telur berada di hujung tanduk.Nak ponteng sekolah punya pasal,mereka terpaksa panjat pagar sekolah yang setinggi 2.5 meter tu dulu baru boleh cabut lari.Tinggi doh!

Bobby terlebih dahulu memanjat pagar.Kemudian diikuti oleh Hanbin dan Hana.Disebabkan Hana memakai skrit,faham faham jelah mcm mana keadaannya.Si Bobby dan Hanbin bukannya jenis gentleman nak menolong,tpi dua ekor ulat beluncas tu ambil kesempatan untuk mengintai.Jahanam betul!

"Tutup mata korang!Kalau tak aku genyeh kasut aku ni kat muka!" Hana mengugut.Bobby dan Hanbin hanya meletuskan tawa.Tak makan saman.Akibatnya,terus saja kasut adidas Hana melayang tepat ke arah muka Bobby.Hanbin terselamat kerana sempat mengelak.

"Sakit wei!Berbekas kesan tapak kasut kau pada muka ploless aku ni!"Bobby mengusap pipinya yang merah.Sakit tu boleh tahan jugaklah.Hana segera melompat turun dari pagar sebaik sahaja dua lelaki miang tu menutup mata.Namun,kaki Hana terseliuh.Dia hampir terjatuh.Tetapi,dia dapat merasakan tubuhnya langsung tidak menyentuh tanah.Ada dua belah tangan sasa telah merangkul kemas pinggangnya.Hana buka mata.Hanbin!

" Hati hatilah sikit.Nasib baik aku sempat sambut kau!"bisik Hanbin.Hana tergamam.Tiba tiba sahaja Hanbin mengangkat tubuhnya dengan gaya bridal style.Pelik,apabila Hanbin terus membawa Hana melarikan diri bersama sama dengannya.Bobby pula lesap hilang entah ke mana!

"Woi budak,berani korang ponteng sekolah!" Rupa rupanya guru disiplin sekolah yang berkepala botak dan berjanggut palsu itu sedang meluru ke arah mereka sambil memegang rotan.Dah kantoi!Patutlah macam lipas kudung lari.

* * * *

"Gila!Guru disiplin hampir tangkap kita tadi.Nasib baik selamat!" Hanbin keletihan.Mana tidak,sejauh 10 meter dia lari sambil mendukung Hana tadi.Hilang terus tenaganya.Mereka bernasib baik kerana guru disiplin tidak menangkap mereka.Nyaris nyaris saja.

"Korang duduk dulu ye.Aku nak pergi beli air.Takpe,kali ni aku belanja!" Mimpi ke buang tebiak Si Bobby.Sejak bila Si Haji Bakhil ni jadi pemurah.Nak belanja air lagi.Bobby bingkas bangun dan berlalu pergi ke arah kaunter untuk memasan air buat mereka bertiga.Tinggal Hanbin dan Hana di situ.

"Kaki kau dah ok ke!" Hanbin begitu prihatin dengan keadaan Hana.Risau jugak dia dengan keadaan gadis tersebut.

"Jangan risau.Tak lama lagi oklah tu!" balas Hana.Dipamer senyumam manis pada Hanbin.Cute sangat!Di mata Hanbin,Hanalah perempuan paling cantik yang pernah dia jumpa.Hana berambut panjang perang.Mukanya berwarna kuning langsat.Jadi tidak heranlah,kalau ada kumbang kumbang yang gilakan atau pendamkan perasaan pada Hana.

"Ye ker ni!Bak sini kaki kau!"

"Buat apa!"

"Aku nak garu kurap kat kaki kau tu!"Sengaja dia mahu menyakat Hana.

"Gila!"Hana tersentak.Hanbin menarik kakinya secara paksa.

"Bagi jelah.Aku nak sapu ubat.Nanti sakit tu melarat!"Diletakkan kaki itu pada pahanya.Hanbin membuka begnya.Dia mengambil minyak angin.

Perlahan lahan Hanbin melumurkan minyak angin pada kaki Hana.Diurut urut lembut buku lalinya.Selepas itu,dia meleraikan ingatan tali lehernya dan dibalut pada bahagian kaki Hana yg sakit.Wajah Hana membahang merah.Dialihkan pandangannya ke bawah.Tidak berani memandang Hanbin.Entah mengapa Hanbi terlalu mengambil berat terhadapnya.Kalau dia dalam kesusahan,Hanbin lah orang pertama yang akan berikan pertolongan serta sokongan.Nak harapkan Bobby,dia tu pandai gelak dan mengejek orang je.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AirplaneWhere stories live. Discover now