BAB 26

100 3 4
                                    

Aku mengikut Iz menadah tangan dan berdoa kepada Yang Esa. Lembut alunan bacaan doanya. Ya, aku akui. Walaupun dia suka bertempik, namun dia tetap lembut disudut lain.

Aku mengaminkan doanya. Iz menyuakan tangannya dan dicium olehku. Alhamdulillah. Kami sudah selesai menunaikan kewajipan solat Maghrib.

"Ausha.. kau nak tahu something?"

Aku memandang. Merenung anak matanya. Hati aku terus terusik. Bagai dipukau olehnya.

"Ausha?"

"Hah? Ya kenapa. Kau cakap apa tadi?"

Aku tersedar. Terus aku melarikan pandanganku ke bawah dari terus memandang matanya.

"Aku tanya tadi..kau nak tahu something tak?"

"Nak. Apa dia?"

"Hmmm..itulah. Lain kali, kalau nak tenung mata aku..cakap lah. Janganlah nak sorok macam tu."

Aku menahan malu.

"Cerita ini akibat solat dihujung waktu."

Aku terus memasang telinga.

"Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang-julang.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca Al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.

Para malaikat terus mengheret dia. Dan... mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.

Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba-tiba terasa tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.

Lelaki itu kelihatannya sangat daif.
Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab: "Aku lah solat kamu."

"Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapa...?."

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

"Adakah kamu lupa? Selama hidup di dunia dulu kamu sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

"Setiap kali Maghrib kamu beri tumpuan pada drama tv dulu..

"Zohor kamu lewat. Kamu utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.

"Kamu ingatkah itu semua??"

Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur...

Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan...

Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.

Dia bangun dengan cepat dan
mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar. "

Aku kagum. Inikah Iz yang aku kenal selama ini?

"Hello.. aku dah habis cerita ni. Kau janganlah tenung aku sampai macam tu."

Iz melambai lambai tangannya. Aku kembali ke alam nyata yang hanya figura bernama Iz didepan aku ketika ini.

"Terima kasih Iz. Apa yang kau cerita tadi sangat berguna. In Sha Allah, selepas ini..aku akan perbaiki balik apa yang kurang.

"Kita berdua sama-sama perbaiki sesama kita. By the way, my pleasure." Dia senyum

Iz senyum?

"Ibu tadi suruh turun makan lepas solat. Dah..pergi turun cepat. Tolong mak mentua kau tu. Kau tu yang tahunya baca novel tak habis-habis."

What? Mana sudut kesucian dia tadi?

"At least, novel make me fun and life in great imagination. You will never understand."

"Bukannya hero idaman kau keluar dari buku tu. Membazir masa je berangan."

Aku memandang geram.

"Pergilah turun." Aku bingkas bangun.

"One more." Aku toleh melihatnya.

"Aku ni suami kau. Jangan berangan bersweet sweet dengan hero dalam novel tu."

"Whatever." Aku terus beredar

Suratan Terakhir Buat ImamkuWhere stories live. Discover now