BAB 18:-

5.9K 324 24
                                    


  "Siapa nak join camp tu nanti?"Soalan Afiqah memecahkan sepi . Mereka berempat senang menikmati minuman sejuk di kantin sekolah pada petang itu. Mereka baru selesai aktiviti ko- kurikulum dan tengah berehat sebelum pulang ke rumah.

 "Berapa hari camp tu?"tanya Wani sambil menyirup air sirap limau.

"Tiga hari dua malam. Dekat Sungai Congkak."Beritahu Erin.

"Jomlah pergi. Inikan last camp kita sebelum tamat sekolah. Bila lagi kita nak rasa join camp motivasi macam ni lagi?"ajak Nia.

"Ala, Nia. Mentang-mentang Amir pergi, kau pun mesti nak ikut kan?"usik Erin.

"Eh mana ada."Nia tak mengaku. Memanglah di sebabkan adanya Amir, dia lebih bersemangat nak pergi. Maklumlah, ada penyejuk mata,hahahha......

"Tak dalah, ni kan last camp yang kita boleh join. Jomlah, we create last memories together..."cadang Nia.

"Betul juga."Wani dan yang lain bersetuju.

"Jom kita pergi....."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  Mereka tiba agak lewat di kawasan perkhemahan itu. Waktu telah menunjukkan pukul 3.00 petang. Masing-masing sangat lapar. Mujurlah , sebaik sahaja selepas pendaftaran mereka semua diarahkan untuk makan tengah hari.

 Kawasan tempat makan hanya meja panjang berserta bangku. Jadi, mereka terpaksa makan beramai-ramai.Tengah-tengah makan, Amir dengan selamba meletakkan pinggan makan di hadapn Nia dan melabuhkan duduk. Zareef turut mengikut Amir. Amir mengangkat tangannya membaca doa.

"Jemput makan."kata Amir kepada Nia sebelum  memulakan suapan.

Nia berpandangan dengan yang lain.Dia mendekatkan diri ke Amir."Siapa bagi kau duduk sini?"

Amir berhenti makan. Dia turut mendekatkan dirinya."Kau pun nak aku duduk sini sebenarnyakan?"

Nia berganjak ke belakang."Eii!! Kau ok ke tak ni? I think there's something wrong with you right now!

 Zareef tergelak kecil. "Dia memang macam ni sekarang, Nia. Aku pun tak tahu apa dah jadi dengan dia ni. Asyik merepek je sejak kebelakangan ni....."

Amir langsung tak menghiraukan mereka yang mengutuk dirinya."Salah Nialah."jawabnya.

Nia terkejut. "Apa pula salah aku?"

"Siapa suruh curi hati aku?"kata Amir bersahaja.

"Uuhhkk!!"Nia tersedak.

"Ooohhhh......"semua orang bersorak apabila mendengar kata-kata Amir.

"Jangan merepeklah, Amir!"Nia menekan sedikit suaranya.

Amir tergelak."Yalah-yalah. Nak gurau pun tak boleh"

Nia mencebik . Hatinya yang rawan cuba di tenangkan.'Wahai hati, dah lah tu, dia bergurau jelah.'

Amir tersenyum dalam diam. Dia tak bergurau sebenarnya bila dia cakap sebegitu, harapnya Nia faham apa yang dia cuba sampaikan.

Zareef di sebelahnya sudah tergeleng-geleng."Wani, kita bila pula?"tanyanya.

Wani terkejut apabila mendengar namanya disebut?"Bilanya apa pula?"

"Kita."

Wani tak faham."Kita?"

"Yalah. Amir dan Nia dah confess dah, kita bila pula? Awak tu janganlah sombong sangat, saya nak berkenalan pun segan...."Zareef menggunakan teknik Amir. Berterus-terang.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now