Bab 30

2.5K 69 2
                                    

Vote first



Armel ditampar-tampar. Mulutnya diikat dengan kain yg mempunyai bahan yg mengkhayalkan. Kepalanya sakit mungkin terhantuk tadi. Armel terlena akibat ubat yang mengkhayalkan itu. Kaki dan tangannya juga diikat.




Van putih yang membawa armel dipandu laju ke larkin, johor bahru. Begitu jauh perjalanan yang dituju sehinggakan tidak dapat dijejak oleh pihak polis dan sportcar milik aril. Lima orang pemuda yg berbaju hitam dan bertopeng berada di dalam van. Dua duduk di tempat pemandu dan tiga orang memegang armel.




"Wan, lawa sangat ni. " ujar arif pemuda jahat itu.


"Kau jangan buat apa-apa sebelum bos suruh . " balas wan ketua kumpulan penjahat yg diupah oleh sarah.



"Yelah yelah , dia pengsan atau di mati ni ?" tanya amirul iaitu pemuda jahat yg ketiga. Dia mengambil tugas untuk memastikan armel tidak terlepas.



"Kau gila ke ? Dia hidup lagi lah " ujar iqmal. Iqmal mengetuk kepala amirul sedas.



~



"Ya allah sayang , tunggu abang sayang. Abang takkan maafkan diri abang kalau apa-apa jadi dekat anak kita atau dekat sayang. Abang cuai " omel aliff.





"Sabar long. Aku dah call polis dan aku dah call member aku penyiasat macam james bond tu. Aku tak kesah mana-mana jumpa dulu. Aku tawarkan bayaran yg tinggi siapa jumpa dulu. Aku yakin kak long akan selamat. Kita doa banyak-banyak. Istighfar long.  Jangan bagi marah kuasai diri. Aku tahu kau risau dan sayangkan kak long. Sabar ya long" nasihat aril kepada abangnya. Abanya sudah tidak tentu arah. Kadangkala menjerit suruh cepat memandu. Menangis tiba-tiba. Bukan tak boleh cepat masalahnya. Penculik tu dah hilang. Aku bawa balik along ke rumah dahulu dan tunggu berita dari pihak polis dan penyiasat upahan.





"Bini aku tu angah. Kau tak rasa angah. Ni semua salah aku. Aku cuai. Dia mengandung ngah. Macam-macam boleh jadi. Aku takkan maafkan diri aku kalau anak aku jadi apa-apa. Aku takkan lepaskan penculik tu. Yelah jom balik " Aliff mengambil kata putus. Bahaya jugak kalau aril memandu mengejar penculik itu. Lebih baik serahkan pada pihak berkuasa. Mana tahu penculik itu mempunyai senjata api. Aku kena solat tenangkan jiwa dan memohon pertolongan.





"Sabar aliff  , ini dugaan untuk kamu berdua. " ujar umi dan mama aliff.



Semua ahli keluarga berkumpul di rumah umi armel. Memandangkan umi keseorangan dan rumah umi besar untuk diduduki ramai orang. Mereka menunaikan solat hajat untuk memohon pertolongan yang maha agung. Aliff menjadi imam untuk solat hajat. Dia menangis di tikar sejadah apabila mengenangkan armel dan diri yang jahil ini. Semua ahli keluarga memberi sokongan dan harapan kepada aliff. Umi tidur di biliknya. Jantungnya bagaikan hendak luruh apabila menerima berita puteri tunggalnya diculik. Baru beberapa hari dia berjumpa puteri tunggalnya dan sempat mengusik bergelak ketawa lagi. Semuanya berlaku sekelip mata sahaja.





~


"Hoii bangun , membuta je kerja kau dengan perut memboyot ni " tengking Sarah.


Ohh sarah dalang semua ini. Masih tidak hilang dendamnya terhadap aliff sekeluarga. Kali ini armel menjadi mangsa kemarahannya.



"Saya kat mana ni ? " armel mengesat matanya. Pandangan matanya kabur dan  berpinar lagi. Kepalanya terasa berat lagi. Dia tidak ingat apa yang berlaku. Mana aliff ? Apa semua ni.


Dushhhh ..... Sebaldi air disiram di kepala armel. Pandangan armel kembali segar. Sarah ? Dia culik aku ? Armel kembali mengingati peristiwa hitam tadi.



'Kau dah ingat aku siapa dan macam mana kau kat sini HAAAA????!!!!! Tengking sarah



"Saya ingat,  saya minta maaf sarah " ujar armel sayu.


Sarah menghampiri armel dan menarik tudung armel. Jelas rambut basah armel terlihat. Lima lelaki sasa itu tergoda melihat armel. Baju armel diikoyakkan di bahu.



"Sarah , please jaga maruah saya"
Rayu armel menangis teresak-esak.


"Kau nak aku jaga maruah kau ? Kau ingat kau siapa hah ? Kau tu permpuan jalang ! Perampas ! " tengking sarah.




"apa salah saya sarah ? Saya tak kenal awak pun. Saya hanya tahu nama awak sahaja. Saya tak pernah cari fasal dengan awak. Kisah lampau awak dengan aliff tolong jangan libatkan saya. " rayu armel lagi. Dia risau jika baby didalam kandungannya diapakan oleh sarah. Dia rela dirinya diapakan tetapi jangan zuriat dia dengan aliff. Abang, abang kat mana ? Tolong sayang. Baby , mana daddy ni. Abang , sayang takut. Abang , selamatkan sayang please.






Aliff dapat merasakan armel memanggilnya. Naluri suaminya kuat dan dapat membayangi keadaan armel. Aliff mendengar suara nyaring armel meminta tolong kepadanya. Aliff cuba menguatkan imaginasinya untuk melihat tempat armel berada. Aliff cuba menenangkan isterinya. " sabar sayang , abang datang. Jaga baby kita. Abang minta maaf sayang '' ujar aliff.




Armel dapat merasakan aliff membalas komunikasi yg cuba dia lakukan. Cepata abang datang. Sarah macam orang gila ni. Dia tarik tudung sayang. Dia koyakkan baju sayang. Dia herdik sayang. Sayang tunggu abang. Sayang kuat. Sayang akan berjuang demi anak kita.



"Kau buat apa tu ha perempuan gila ? Kau berdoa ? Mana ada tuhan. Tuhan tak dengar doa perempuan murahan macam kau. Kau jeritlah , takkan ada orang dengar lah. Jerit jerit ! Herdik sarah





"Allah dengar doa orang yang teraniaya. Saya percaya kekuasaan allah. Tolong sarah. Ingat allah. Istighfar sarah. Maafkan saya " rayu armel lagi. Dia sudah penat dan tidak berdaya lagi apabila diseksa kejam.




"Remy , kau jaga dia ni. Aku nak keluar kejap. Release tension. Semak muka dia ni. Kau jaga elok-elok jangan bagi terlepas. Kalau terlepas kau aku cari. Bagi dia maka. Aku taknak dia mati. Aku nak seksa dia dulu sampai puas " arah sarah. Mengarah orang je tahu dia ni. Oppss... Before that. Pangg...... Sarah menampar armel sebanyak lima kali.




"Sakitt.....sakittt... Uhukk...uhukkk " ada darah mengalir di pipi armel. Mukanya sudah pucat bagaikan tiada darah lagi. Badannya lesu. Abang cepat sikit datang. Sayang tak kuat dah ni.





Selamat ke baby armel ?




Vote
Shar
Comment

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now